Sunday, August 22, 2010

Reliability Is Everything

(khas untuk mereka yang tak berapa nak jutawan sangat)

Tajuk ini memang satu topik ada masa kita kurang ambil tahu dan ambil berat. Kita selalu yang ada duit terlebih sikit terus nak buat kereta kaw - kaw. Terus nak potong Evo 6, R34, R35, NSX dan sebagainya. Sampai kita lupa tahap ketahanan enjin kita. Kita lupa ada dalam poket kita ni ada berapa sen je tinggal kalau enjin ni buat hal. Kita make up body kereta dan ruangan enjin sampai lupa tanggungjawap kita.

Aku saja nak membebel kali ni kadang gelak pun ada, kesian pun ada. Kadang kita yang mat - mat modify yang kurang jutawan ni bila nak buat upgrade power engine tu kasi ingat la. Aku pilih untuk mempertahankan reliability enjin aku tu. Bagi aku kalau enjin (blok) tu kaput satu malapetaka yang teramat sial. Modify takde hal tapi biar kita ingat kereta kita tetap street use. Hari - hari berjalan. Hari - hari kita ada satu masa terpaksa membawa laju. Bila dah masuk saiz piston maksimum lepas tu kaki berat macam badak bila blok dah pecah jangan marah pomen. Aku yakin setiap pomen atau mekanik dalam Malaysia ni mesti ada bagi tips what should you do and dont.Kalau yang tak bagi nasihat tu pun sikit sangat bilangan dia. Pasti pomen macam tu tak kekal lama dan satu dunia tahu dia tu siapa.

Kita harus memahami karektor enjin kita sedalam - dalamnya. Mungkin kita tak semahir mekanik - mekanik kat luar tu. Tapi sekurang - kurangnya kita dapat tahu mana yang buruk dan mana baik. Isu reliability ni cukup penting buat kita sebenarnya. Penting supaya takde la kereta kita ni keluar masuk workshop. Pakai sekali, masuk balik sebulan. Ada kawan aku seorang ni, buat beria enjin kereta sampai over the limit, asal aku tanya mana kereta ko, masuk bengkel lagi blok pecah la, piston crack la, sleeve tercabut la apa la. Sebab utama? buat tak ingat dunia. Duit dah makin susut. Mula la rasa nak jual kereta pastu salahkan mekanik korang tak reti buat padahal pomen dah bagi nasihat apa yang akan jadi kalau ko buat macam itu dan ini.

Power semua orang nak power. Tapi kita yang tak berapa nak jutawan ni, kena la ada limitnya. Apa guna kalau power tapi power yang dapat kita rasa tak lama. ORang jutawan tu, enjin dorang tahan tengoklah apa barang dia pakai. Dart Sleeves la, Golden Eagle la, apa macam mak nenek lagi dia pakai. Kita? Tu la blok yang kita ada. Kita modal tak berapa nak banyak jangan la. Maximum piston boleh sumbat 83mm kita hentam 85mm gak. Sebab nak ikut member yang pakai blok atau sleeves terbaek tu. Reliability takde bro...takde. Pastu kaki berat macam badak air. Tau nak menekan jek. Mau tak pecah. Lepas tu dah pecah paksa pomen buat cepat. Sanggup lari tukar pomen sebab pomen tak bleh nak buat kereta banyak beratur. Lu ingat lu special ke? Akhirnya kereta dah berapa lama tak siap, mood main kereta dah takde. Punca, tak faham karektor enjin korang. Tahan ke tak kalau kita buat modification macam tu.

Aku membebel macam bagus ni sebab ramai sangat dah aku tengok perangai macam tu. Aku membebel supaya kita yang tak berapa nak jutawan ni biar ada limitation sikit. Biar diri tu paham sikit karektor enjin. Ni bila takde ilmu bila mekanik kata macam ni ko paham kot lain. Tak pasal - pasal mekanik gak yang kena. Relax, main kereta ni satu hobi. Satu benda kita patut mendapat ilmu bukannya hentam saja. Nama pun hobi. Pakcik - pakcik yang hobi main pancing pun tahu, pakai mata kail ni apa jadi. Takde untuk laut dalam dia hentam kat sungai. Macam tu juga lak kita.

Ok la..setakat ni je la. Next time ada lagi. Saja share pendapat aku.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Saturday, August 14, 2010

Activities On Saturday

Salam, ok semalam hari Sabtu aku pergi ke Sunway. Tempat aku mempoyokan diri, buang masa dan macam - macam lagi dengan kereta aku yang entah bila nak laju.

Sampai sana terus mencari makan untuk buka berbuka puasa dengan gang - gang otak mereka yang agak mereng dan tak berapa betul Chino, Sham aka Cross4 dan Bob. Round - round kat bazar Subang. Ok juga la, menggugat iman juga la. Rasa nak borong semua makanan. Fuh...mak aii..

Sampai time makan kita makan. Dah selesai makan, aku memang perhati je satu kereta ini. Kereta idaman zaman - berzaman. Kereta punca aku tengah mengorat Jenna Jameson selamba aku tinggalkan Jenna Jameson kalau nampak kereta ni lalu.


The Mighty Mitsubishi Evolution 6


Evo 6 memang jadi idaman aku le. Gila best. Evo 6 ni tengah buat beberapa modification untuk menaikkan horsepower. Camshaft, management, dan banyak la lagi. Lupa pula nak tanya lebih - lebih. Hey, bila lah boleh pakai.

Then lepas dah puas mencarut, melalut, gelak macam sakai, poyo kaw kaw dan macam - macam lagi. Sampai pula satu barang yang rare. Terlalu rare bagi aku la. Orang lain yang lama dalam motorsport mungkin dah kerap jumpa.

AEM Twin Module


Entah mana Encik Ali proDRAG kita ni dapat barang ni. Geram betul. Fungsi sama macam MSD Disc 2 Plus. Tapi ignition spark dia lagi gangster. Lagi macho dari Vin Diesel. WOI AKU NAK JUGAK LA!! Kata Ali ada lagi 1 benda yang akan sampai bulan depan. WTF!! Takpa sila kumpulkan duit anda.

Ok dah puas - puas merapu kat proDRAG Motorsport. Makan sudah, gelak sudah. Sahur pula kat Nasi Lemak Bangsar. So apa lagi. Balik le.

Okay la tunggu aku rajin lagi. Next time aku update lagi blog ni lagi. See ya

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Friday, August 13, 2010

Bukit Putus : New Playground

Bukit Putus bagi orang selalu pegi Jempol untuk drag racing kat sana memang tahu dah, jalan ini memang semua orang normal jadi sawan. Elok bawak slow kat area Seremban, nampak je selekoh pertama Bukit Putus, ok drop gear masing - masing...attack the corner like honky Jenna Jameson for the last time.

So, sekarang ini jalan baru nak ke Kuala Pilah dah baru. Mungkin jalan gangster ini akan dijadikan tempat permainan bagi mat - mat rempit kereta (sememangnya dah pun). Sorry, ini halal not the haram one.

Jadi pihak penganjur dah hantar taiko Tengku Djan pergi test road gangster ni.

Jalan ni memang cantik. Bak kata Halim Gunther and Lan Bruno...jalan macam kat Best Motoring siot (macam Jepun la senang cerita).

So enjoy the video...hope i will have a chance to attack this HANDSOME road...HAIL TO BUKIT PUTUS!!

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan...Ramadhan datang kembali.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pembaca yang dah cecah 1000 lebih ni (heh..seribu je hahaha), para pengikut aku yang 8 orang tu (wakakaka kesian ko brader).

Selamat menyambut ramadhan, bulan mulia. Bulan penuh kerahmatan. Raikannya, penuhi dengan ibadat yang benar. Jauhi amalan bidaah, khurafat, syirik dan sebagainya.

Jangan tinggal puasa ye...

Peace..Assalamua'laikum w.b.t

Saturday, August 7, 2010

Honda Prelude Monster : In The Making

Salam,
Finally apa yang aku janjikan dulu akhirnya dapat ditunaikan jugak. Antara kereta yang menjadi perhatian aku sepanjang dia berada dalam workshop.

Honda Prelude H22A VTEC yang bakal diturbokan. Projek yang masih dalam proses. Semua kiraan harus diambil dengan tepat. Compression ratio semua kena kira dengan tepat.

Target horsepower untuk kereta ni dalam 300++whp low boost. Dengan body besar and berat ni sesuai sangat dengan horsepower sebanyak tu. Baru sedap nak potong adik - adik dia yang pakai EG, EF, EK, CRX yang halus - malus.

So korang tengok la gambar - gambar ni untuk tatapan hujung minggu.


The Mighty Honda Prelude In The Making


Custom Made Banana Made By proDRAG Motorsport


Super Lighten Crank Pulley


And The Real Power starting from here..87mm.


All Built up by Ali proDRAG Motorsport. Thumbs Up!!

MOTORSPORT FOR LIVE!

Wednesday, August 4, 2010

Jom Race




Mesin rumput paling laju dalam dunia. Mesti ramai syarikat maintainance suke benda alah ni. Cepat buat keje. Dia punya laju 87.833 batu sejam..Boleh potong rumput sejauh 10 km kalau berdesup macam ni...jimat masa dan menguntungkan.

Awesome hahahaha



MOTORSPORT FOR LIVE errr motorsport ke yang ni hehe..mestilah!!