Monday, April 26, 2010

Gosip - gosip Motorsport (2)

Hye Im Back..

Ok kalau korang ingat lagi Honda Civic EG yang pakai blok B20B dengan piston 84mm high compression, intake Skunk2 dan berbagai lagi (poyo macam jauh sangat artikel tu padahal bawah ni je).

Well tempoh memasakkan bearing, piston, piston ring berakhir dengan pantas. Sepatutnya Honda ni datang balik untuk tujuan tuning bulan 6 tapi mungkin sebab owner jalan banyak jadi tempoh tu sekejap sahaja.

Masa yang dinantikan akhirnya telah tiba. Setelah melalui beberapa run di atas mesin Dyno, kuasa kuda yang dilahirkan adalah...



216.3hp diatas mesin Dyno Dynamic 4 Wheel Drive. Siapa yang tahu pasal mesin dyno pasti tahu mesin jenis ni dia punya berat macam mana. Mesin dyno yang hampir - hampir menyerupai permukaan jalan. So teramat dan hampir tepat horsepowernya dengan permukaan jalan. Rendah di mata gang - gang dynojet namun horsepower inilah paling tepat di atas permukaan jalan (mana korang nak, gempak horsepower atas mesin atau horsepower yang gempak macam atas permukaan jalan).

Mungkin rendah pada siapa yang biasa dengan dynojet. Tapi kalau ikut kiraan yang ramai telah buat. Untuk mendapat horsepower di atas mesin dynojet kita harus mencampurkannya 10%. Ada juga yang kata 8%.

Takpa tak nak bagi korang kusut meh aku tolong kirakan :

  1. 216.3 + 10% = 237.93
  2. 216.3 + 8% = 233.60
Jadi yang mana agak jealous tu korang ambillah kiraan number dua tu. Oh ya sebelum tu, enjin ini masih belum di tune sepenuhnya. Kalau ikut kata Tauke ProDrag, antara yang belum di set adalah campulley. Jangkaan yang dia bagi 5-6 hp. Takpe aku jangka dalam 10hp lagi hehehe..So korang semua kiralah sendiri 216.3 + 5-6hp jadi berapa lepas tu korang tambah la sendiri 8% atau 10% untuk convertkan dia ke dynojet. Ermm agak gempak buat mesin yang tidak di design untuk tujuan drag dan trek. Well Done proDRAG Motorsport Team.

p/s kalau korang perasan, apa yang menarik kat graph dyno tu.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Monday, April 12, 2010

Gosip - gosip Motorsport

Peh tajuk macam sial nak jadi macam artis. Dah lama aku tak menulis pasal keadaan semasa.

Ok, cerita ini dah lama 19 Mac 2010. Masa tak mengizinkan nak menulis pasal speksifikasi kereta kawan - kawan yang dibikin ni. Sibuk dengan kerja dan sibuk meluahkan perasaan mengenai masalah yang dihadapi oleh gang - gang motorsport ni dan macam biasa menuntut trek di Lembah Kelang.

Ok masa untuk cerita pasal dunia modifikasi. Kali ini aku nak cerita pasal Honda Civic EG 2 Door (gua tak reti sangat pasal EG4 la EG6 la EH la apa kebana lagi). Honda Civic ini akan menjalani suatu proses modifikasi yang boleh dikatakan agak ekstrem.



Agak ekstrem sebab kereta ini tak diubahsuai untuk jadi mesin drag. Street Use atau bahasa pasar untuk rempit sepanjang masa.

Antara proses modifikasi yang dibuat adalah dengan meningkatkan CC. Dari 1.6 kepada jeng jeng jeng...
The Mighty One...B20B...Blok 2 Liter.

Dulu pemilik kereta ini pakai blok B16A. So dia tak puas hati dengan kuasakuda yang dia dapat. Tak puas hati sebab intake dah pakai Skunk2, Super90, E-Manage dan cam gila gempak Skunk2 Pro2. Tapi horsepower ermm gua senyum tapao lalalala.

So sebab tak puas dia bertekad dan increasekan kuasakuda dia. Atas nasihat gua punya mekanik dia pun beli la blok The Mighty One 2Liter.


Piston masih mengekalkan saiz original blok B20B iaitu 84mm cuma piston ditukar untuk mendapatkan compression yang lebih tinggi. Piston jenis apa? Korang kena la tanya tauke proDRAG Motorsport.


So target kereta ini horsepower yang dijangka dapat adalah 190-2++ hp. Aku ulang sekali lagi. Bukan untuk kegunaan DRAG dan TREK. Just for rempit and street use. Jadi camshaft skunk2 Pro2 tak digunakan secara maksimum. Kereta ini dah siap. Dah jalan pun. So kita tunggu pada bulan 6 setelah piston semua dah masak dan kereta tu ready untuk di tune..

So once again MOTORSPORT FOR LIVE!!