Sunday, February 27, 2011

Saturday Night Fever Rd. 2 : Part 2

Okay gang..

Tinggal beberapa hari saja lagi Saturday Night Fever Round 2 akan dijalankan. Mungkin dari pihak penganjur iaitu Ignition.my sekarang ini tengah sibuk gila. Transponder, borang - borang penyertaan, dan macam - macam lagi lah semuanya tengah disusun dan dipastikan semuanya dalam keadaan baik.

Buat para peserta, sudah pasti persediaan terakhir sedang rancak dijalankan. Upgrading the power, handling, new setup, dan bla bla bla bla. Semuanya untuk mencuba mendapat masa terpantas dan terus memenangi kategori yang dipertandingkan. Dari CamproChase sampailah SuperStreet. Semuanya sedang berusaha menaikkan prestasi kereta masing - masing.

Aku macam biasa, berminat nak tengok kategori 1.8 dan FF. Sebabnya, untuk kategori 1.8 kita dapat melihat rival sepanjang zaman Satria GTi, Toyota dan Honda Civic EK akan berentap. Pergilah mana - mana race, 3 jenis kenderaan ini pasti bersaing dengan persaingan yang tersangat hebat. Adakalanya Satria menang, adakalanya Toyota menang dan begitu juga Honda. Jadi, kategori ini tersangat menarik untuk ditonton. Dengar khabar, para pelumba dari Malaysian Super Series, ex-champion MME 1st edition dan 2nd edition juga akan menyertai kategori ini. Wow wow, satu kategori yang tersangat hangat. Pertempuran dikelas ini sangat menarik. Siapa kata SNF tak menarik dan tak popular?


Kategori FF, macam biasa. proDRAG dan Evotec akan menghantar jenteranya. Honda Civic EK9. The most egoistic Honda EK9 sekali lagi akan menyertai kategori ini. Mungkin ada yang kata, bengong punya EK9 nak berentap dengan KSeries. Tapi macam aku katakan dulu, JUST FOR FUN. JUST FOR FUN!! Tapi memang seronok kalau ada para peserta kata EK9 ni dah 2 Liter. 1.6 je gang. Tak power mana pun. Jadi untuk persiapan untuk pusingan kali ini, hanya overhaul enjin, sentuh sikit - sikit. Ya lah, nak berlawan dengan K20 Type-R sudah pasti ada benda nak kena upgrade. Tapi tumpuan lebih kepada handling supaya exit corner akan lebih pantas. Fuh, pecah rahsia. Target, power yang sama tapi masa ada sikit pantas. Dapat tak dapat entahlah. Tapi kalau duduk kategori 1.8 dan bandingkan dengan masa - masa yang ada di kategori tersebut, diizinkan Tuhan dapat nombor 1. Errr, tak masuk 1.8 ke? hehehe

OKay gang...jumpa 5/3 di Sepang. Saturday Night Fever Rd.2 The Heat is On!!

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Wednesday, February 16, 2011

Tribute To Super Saga

Dulu, masa trek Batu Tiga ada dan siaran langsung atau rakaman perlumbaan sering dimainkan di media perdana dan media cetak. Kita mesti dan selalu nampak kelibat kereta ini. Sudah 20 tahun lebih kereta ini berada di jalanraya. Ketika dahulu kereta inilah yang menjadi sebutan oleh gang - gang otai a/k/a lama. Baik Lydia Racing Team, Hiper Racing (thanks to Ali proDRAG who gave me the info), Matspeed dan ramai lagi.

Sekarang kelibat kereta ini dah tiada di trek selepas trek Batu Tiga dirobohkan. Mungkin ada yang menggunakan untuk tujuan perlumbaan drag. Tapi itulah, aku nak korang semua enjoy the video.

TRIBUTE TO SUPER SAGA!!


Thanks to Mr.Syazwan who created this video.

Sunday, February 13, 2011

Saturday Night Fever Rd. 2 : Part 1

Salam and Good Day,

Demam Sabtu Malam (Saturday Night Fever..amacam gempak tak aku terjemahkan) kembali. Round 2 akan diadakan pada 5/3/2011. Sebelum aku nak tulis pasal SNF, aku tulis pasal sejarah SNF dan sesuatu.


Saturday Night Fever at Batu Tiga

Saturday Night Fever tersangat popular pada tahun 1990an. Sebut saja SNF semua orang pasti akan merindui detik itu. SNF tersangat popular bagi mereka yang pernah menjejakkan di trek Batu Tiga. Bagi yang tidak pernah, pasti tidak akan merasai betapa seronoknya perasaan waktu itu. Sebab itu apabila acara ini dihidupkan kembali, ramai kaki trek Batu Tiga muncul kembali. Bagi yang tak pernah tengok dan celik mata terus tengok dunia motorsports selain dari Batu Tiga pasti akan mengatakan, Saturday Night Fever tak popular.....KAHKAHKAHKAHKAH!!(saja bold, khas buat pengkritik kedai kopi kritik tak tahu hujung pangkal)

Okay, dengar khabar ada perubahan jadual dan saringan. Semua kategori akan mendapat 3 saringan (satu saringan ada 5 laps), kecuali K-Car hanya 2 saringan sahaja (2 heats only). Bukan nak anak-tiri, tapi K-Car punya penyertaan tersangat banyak dan meriah. Perubahan jadualnya adalah :

Campro Chase
SuperCompact
Street 1.8 Open
RWD Pursuit + 4WD Battle (combined)
FF Festival
Race Cars
SuperStreet Open + EuroCup (combined)

Seperti biasa, Evotec & proDRAG akan menyertainya kalau takde masalah. Kalau ada, jumpa next round hahaha. Kategori yang aku minat nak tengok, Street 1.8 dan FF Festival. Street 1.8 sebab kita dapat tengok CLASH OF THE TITANS. Toyota, Satria GTi, Honda EK9, Satria Neo, Super Saga Iswara dan ramai lagi. Berentap antara satu sama lain. Persoalan yang ada dalam otak aku sekarang, mampukah EK9 warna oren tu dapat pertahankan kedudukan nombor satu lagi dan membuktikan pada orang ramai dia menang hari itu bukan sebab nasib akibat keadaan kucar - kacir apabila Toyota Vios yang sedap berentap dengan Toyota SEG untuk kedudukan satu dan dua secara tetiba berpusing akibat ada masalah dengan sistem suspensi. Jadi memang Street 1.8 akan menjadi medan pertempuran yang hebat, rugi kalau tak tengok. Sudah pasti Toyota SEG akan cuba berebut tempat pertama. Sudah pasti Satria GTi akan menjadi batu penghalang buat Honda EK9 warna oren.

Kategori FF Festival macam biasa. Integra DC5 Moorthy dapat tak dikalahkan. Terlalu laju untuk dikejar oleh orang lain. Apakah nanti akan datang pencabar baru buat Moorthy? Kalau Evotec dan proDRAG masuk (Honda Civic EK9), mampukah ia sekali lagi menjadi perhatian penonton hanya kerana menyebabkan beberapa Integra DC5 dan FD2R terus - menerus duduk dibelakangnya?1.6 vs. 2.0. (sengaja bold nak bagitau perbezaan CC buat pengkritik hebat di kedai kopi). Atau adakah kemunculannya nanti sekali lagi benar - benar mengejutkan khasnya penyandang nombor satu itu?

Okay setakat ini, baru intro. Aku menulis lagi sampai RACE DAY. KALAU AKU RAJIN. Buat penganjur minta perlahankan audio ketika Sutan tengah mengomel memberi ulasan sewaktu perlumbaan sedang berlangsung itu sahaja gua minta, lain semua mantap. Perubahan jadual juga mantap.

Ok, selamat jumpa lagi.

MOTORSPORTS FOR LIVE!!

Wednesday, February 9, 2011

Budaya Hormat Dalam Motorsport

Dahulu aku sering memandang negatif pada sesetengah mekanik yang ada dalam dunia motorsport Malaysia. Walau hebat bagaimana mereka pun, aku tetap mahu mencari salah mekanik - mekanik yang hebat dalam Malaysia. Aku cuba mengorek kejahatan yang mereka ada. Aku akan pertikaikan kehebatan mereka dalam modifikasi enjin. Tapi pada akhirnya aku tertanya pada diri - sendiri, apa yang aku dapat?

Tapi setelah usia semakin meningkat aku mulai sedar seburuk mana pun mereka, mereka tetap antara manusia yang memeriahkan setiap acara motorsport di dalam negara kita. Baik perlumbaan drag mahupun perlumbaan litar penuh. Bayangkan jika mereka yang KONONNYA jahat dan tidak bagus ini tidak aktif dan tidak wujud apakah acara yang saban bulan kita tengok akan meriah sebegini rupa. Apakah kerana jentera mereka tidak pantas maka kita mahu terus menghina mereka? Apakah dengan cara ini kita mampu memeriahkan acara perlumbaan dalam negara kita ini?

Aku masih ingat ada segelintir rakan - rakan yang merasakan analisa mereka bagus dalam dunia motorsport ini, sering menghamburkan kata - kata negatif kepada mereka yang ada keinginan untuk berlumba. Kritikan yang langsung tidak membina semangat. Pasti kita semua pernah dengar, "Kereta kau tak laju lah", "Workshop A tak bagus la sure kalah punya", "Nak menang macam mana sticker bersepah", "Dia pandai bawak ke", dan bla bla bla bla...

Tapi sekurang - kurangnya mereka yang ada niat mahu berlumba berani mencuba. Mereka tetap melakukannya walaupun dikritik maha hebat oleh mereka yang tersangat otai katanya. Kalaulah mereka yang sering dikritik ini terkesan dengan kritikan dari mereka yang "otai" ini, jangan terkejut setiap perlumbaan yang ada di negara pasti akan sunyi. Sunyi sebab penyertaan yang semakin kurang. Mana tidaknya kalau mereka takut kena kutuk dengan mereka yang tersangat "otai" ini.

Aku masih teringat waktu dulu, aku selalu sangat menidakkan kehebatan seorang mekanik ini. Selalu kata nasib dia baiklah, tak hebat mana pun, orang tu lagi hebat, itulah inilah. Tapi lama - kelamaan, aku mulai sedar. Sekerap mana aku menghina mekanik tersebut sekerap itulah dia telah memenangi dalam setiap perlumbaan. Baik nombor tiga mahupun nombor satu. Sekurang - kurangnya dia telah meletakkan satu penanda buat orang lain untuk membina jentera yang lebih pantas daripada jentera dia. Sekurang - kurangnya kehadiran dia ditunggu - tunggu oleh semua orang. Kita yang menghina atau mengkritik tak kena gaya ni, ada orang tunggu tak? Ada orang nak gerun tak? Jangan mimpi!

Aku suka dengan karektor kawan aku seorang ini. Seorang mekanik, kawan dan sifu pada ramai mekanik diluar sana. Dia memang menghormati mekanik diluar sana. Hatta pesaing terdekatnya sekali pun. Namun untuk menghina mereka tidak sama sekali. Walaupun ada di waktu awal kemunculannya dengan Proton Satria 1.3 (super 1300) pernah membantai semua jentera di sekitar Shah Alam dan Glenmarie tak kira apa jenis enjin sekali pun. Pernah memenangi semua kategori pada satu malam di Jempol. Oh ya, waktu dulu Jempol merupakan tempat perlumbaan drag yang TOP. Jadi, kepada sesiapa yang ada hati nak pertikaikan tak mengapa. Ternyata kalian newbies. Tapi dia tetap menghormati pada mereka yang pernah tewas ditangan beliau. Itu belum dikira pernah menjadi The Quickest 4G91 dan pernah menjadi orang yang ditunggu - tunggu baik di Sepang mahupun Nilai 3. Tapi kenapa dia tidak pernah mengutuk mereka yang pernah tewas ditangan dia. Akhirnya dia telah dihormati. Hormat bukan sebab kepantasan jentera semata, tapi sebab akhlak dan sifat yang dia tunjukkan.

Kenapa kita yang biasa ini lebih suka mencaci, mengutuk dan mengkritik tak kena gaya? Salahkah kita menghormati orang lain. Kita punya pasukan masing - masing dan sudah pasti kita bangga dengan pasukan kita. Tapi janganlah sampai tahap pasukan lain tidak bagus dimata kita. Motorsport bukan tempat untuk menyebarkan permusuhan bodoh. Sebelum kita kritik, elok mengkritik diri - sendiri. Jangan pertikaikan orang lain punya kemampuan. Jangan senang - senang nak kutuk orang lain.

Artikel ini aku tulis supaya kita menghormati antara satu sama lain. Gossip, mengkeji ada masanya suatu hari nanti akan makan diri kita balik. Nak mengkeji biar perkara prinsip bukannya kemampuan dia menghasilkan sesuatu jentera mahupun kemahuan dan kemampuan dia memandu. Kita hina jika dia menipu pelanggan dan sebagainya. Tapi untuk menghina kemampuan dia, maaf. Aku mohon hentikan saja niat itu. Kita boleh berbincang kenapa jentera kurang baik walaupun telah melabur puluhan ribu. Melalui perbincangan kita meningkatkan ilmu. Tapi dengan terus - menerus mengkritik pada tak kira masa, kita ada masalah dengan mental kita.

Kalau ada sesiapa terasa, faham - faham sendirilah. Jadi, aku berharap perbincangan yang sihat adalah bagus. Tapi perbincangan itu mula bertukar menjadi kutukan yang melampau elok kita berhenti. Jika ada seseorang datang pada kita dan menghina tak kena gaya, cara terbaik adalah diam, senyum dan BLAH! Kerana sesungguhnya mereka itu tidak pernah membantu dunia motorsport kita.

MOTORSPORT FOR LIVE!!