Sunday, February 22, 2015

SATRIA H2B : CHASIS (2)

Hye berjumpa lagi,

Chasis part 1 hari tu kita cerita sedikit secara ringkas berkenaan chasis dan kerja-kerja pengukuran roll-cage bermula di SRF. Siri kali ini kita mula memasuki bab-bab beberapa perkara yang sudah mula ekstrem. Banyak peralatan yang ditelah di-custom made. Senang cerita lebih teliti dan serius.

Masih ingat siri lepas dimana hanya 4 point sahaja? Sekarang dah berbelas-belas point hahaha. Ini salah satu contoh roll-cage yang mementingkan keselamatan dan dalam masa yang sama pengukuhan chasis juga dibuat. Sangat-sangat kemas!! bro SAIDI memang gempak!!

Kerja-kerja ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Krew-krew SRF masih mengukur dan membetulkan apa yang sepatutnya agar Satria H2B dapat meluncur pantas.

Untuk memastikan body kereta tidak mengalami fleksi yang melampau ketika menyerang high speed cornering di Litar Sepang, maka pengukuhan wajib dibuat. Anda dapat melihat bahagian absorber belakang telah dipasang besi di kawasan tepi. Ini bertujuan untuk memastikan badan kereta tidak mengalami sebarang perubahan struktur badan. Perubahan ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tapi ikut kata master of chasis SAIDI, dah pasang nanti mesti akan rasa perbezaannya.

Masih ingatkah lagi lower arm Skunk2 dan absorber EK9? Yup, bahagian ini telah dinaik-taraf lagi agar dapat memberi kesan yang maksimum macam ada satu komen "ingat pakai benda ni boleh korner 180km/h?!!" hahaha, whatever dude. Jadi setelah berbincang dengan sangat teliti maka beberapa perkara telah dinaik-taraf. Jika anda perasan, pemegang lower arm telah digantikan dengan model Evo 123 agar lebih kukuh dari model Satria. Umum diketahui frame dari Evo 123 ini sudah pasti lebih kukuh dan kuat sebab model ini model Evo maa..turbo lak tu!!


Proses meringankan struktur kereta ini dilakukan dengan membuang bahagian tempat simpan tayar belakang. Namun pembuangan itu harus digantikan dengan beberapa batang besi yang ditujukan kepada beberapa penjuru agar casis tidak menjadi lembik dan fleksi. Ikut kata mr.Saidi dengan penambahan 4 batang besi ini mampu menguatkan casis.

Ikutkan byk lagi benda yang menarik hasil kolaborasi bersama Encik Saidi SRF. Tak mengapa kita akan tunjukkan lagi..

Bersambung!!



Friday, February 20, 2015

SATRIA H2B : CHASIS (1)

Sebuah jentera perlumbaan yang bagus apabila ciri-ciri keselamatan dititik-beratkan. Sudah pasti roll-cage menjadi peralatan yang sangat-sangat penting. Namun roll-cage juga bukan sekadar berfungsi melindungi pelumba tapi ianya berfungsi pengukuhan chasis. Kenapa perlu chasis dikukuhkan sedangkan jika kita sudah punyai enjin dan sistem suspensi sudah tip-top. Chasis sangat penting untuk memastikan kawalan atau handling kereta lebih sensitif, dinamik dan sudah pasti masalah understeer dan oversteer dapat dikurangkan sebanyak mungkin.

Untuk Siri Bercakap Dengan Jin opss haha Siri SATRIA H2B ini kita fokus mengenai chasis. "woi kata pasal enjin!" Hahah last-last la relax isap rokok dulu. Struktur badan kereta ini telah melalui proses demi proses pengukuhan chasis di sebuah kedai chasis yang top di Malaysia..abang SAIDI of SRF!!

Dapat kita lihat, Satria H2B sedang melalui proses membuat apa-apa saja alat, benda dan sebagainya untuk memastikan kereta ini dapat diringankan sebanyak mungkin. Cuba tengok belah kanan, batang besi roll-cage juga sudah dipasang

Roll-cage mula dipasang dan diukur agar cage yang dipasang benar-benar mengenai struktur chasis yang amat perlu dikukuhkan. Dapat dilihat roll-cage 4 point mula diletakkan di tempat sewajarnya.

Setelah 4 batang roll-cage dipasang buat sementara waktu, maka proses pengukuran dijalankan. Kenapa perlu ukur? Ingat apa yang telah dituliskan sebentar tadi, untuk memastikan titik-titik penting chasis dikukuhkan sebaik mungkin.

Ini baru sebahagian roll-cage yang masih belum siap. Tunggu pada minggu hadapan apabila roll-cage dah siap dan sudah pasti ada benda rareeee telah dibuat dan dibikin!!