Wednesday, October 16, 2013

SATRIA H2B : Part 3

Ramai tertanya - tanya apa itu H2B? H2B itu burger special cheese ke? Bagi yang tahu ramai juga yang menantikan kemunculannya. Okay apa itu H2B? H2B singkatan daripada perkataan H22A + B-series gearbox. Kenapa H22A? Kenapa tidak b-series sahaja? B-Series kan lagi meriah barangan performance? B-Series ada pelbagai jenis performance camshaft?

Enjin terbaru Honda adalah dari keluarga K-Series. K-Series buat masa sekarang merupakan enjin NA yang paling KING. Suka atau tidak, kita harus akui kekuatan K-Series. Dengan keupayaan menaikkan CC kepada 2.4 (ada yang menggunakan 2.6 bagi perlumbaan drag), sudah cukup meninggalkan saingan Honda. Kami pernah mencuba memberikan saingan sengit kepada K24 dengan menggunakan piston yang besar (blok B18cR yang di-bore 84mm) ketika MegaLAP pusingan pertama dahulu. Ya, dengan berbeza 1 saat sahaja (k24-2m29s b-series 2m31s) ianya sudah cukup memberikan isyarat yang cukup jelas CC memainkan perkara yang sangat penting. Malahan SNF 2013 kita dapat menyaksikan kepantasan K24 apabila side-by-side dengan B20 (kategori RaceCars Class 1)...tidak mampu lagi dikejar.

Nak main K24? Modal sangat besar. Halfcut k20a sahaja sudah mencecah belasan ribu ringgit. Itu belum dikira barangan performance lagi. Jadi setelah membuat kiraan dan membuat sedikit research di dalam laman web, H22A menjadi taruhan. Jika dahulu dengan CC 1933 sudah mencatatkan masa 2m31s. Dengan penambahan kira-kira 260cc lagi, berkemungkinan akan berlaku sedikit perubahan catatan masa. H22A juga agak lemah dari sudut gear-ratio. Jadi kami membuatkan satu langkah dengan menggabungkan gear-box B-Series. Gearbox B-Series mewah dengan pelbagai jenama gear-ratio. Jadi misi untuk memberikan saingan tahap tertinggi kepada K24 (angan-angan mau tinggi hahaha) gabungan H22A dan B-series transmission harus diguna-pakai, maka lahirlah H2B.

Part 2 proses membaraikan barangan lama yang ada di Satria H2B, maka masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Misi menaikkan enjin dan membuatkan kiraan dan ukuran mounting adalah tajuk utama Part 3 kali ini. Wajib diketahui kedudukan mounting Satria dan Honda sangatlah berlainan, maka ukuran mounting harus dibuat dengan sangat - sangat teliti.

Proses menaikkan enjin H22A bermula. Agak susah juga nak masukkan enjin H22A dalam body Satria.

Setelah memasukkan enjin H22A kedalam body Satria, pelbagai perkara yang harus diambil kira. Peredaran udara dalam engine bay, dimanakah mounting baru harus diletakkan. Skru mounting nak ikat macam mana. Kekuatan mounting merupakan aspek paling-paling penting. Mounting barai..enjin kemana, timing kemana...mamat pakai 3 silinder datang potong sambil senyum kekeke.

Adjustment demi adjustment dilakukan. Imej sekarang dapat kita saksikan kebingungan, ruang yang sangat sempit. Intake sangkut dan macam - macam lagi.

Intake performance ada pelbagai jenis. Ada yang short runner dan ada yang long runner. H2B akan menggunakan long runner. Tapi..ruangan sangat sempit. Apakah tindakan selanjutnya? Tunggu next episode!!

Selesai proses menggantungkan enjin H2B buat sementara waktu. Budak tak hensem lagi sewel kena ucapkan terima kasih. Rajin budak ni walaupun makan macam hantu hehehe.

Sekian..jumpa episod seterusnya!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!





Tuesday, October 8, 2013

SATRIA H2B : Part 2

Kenapa Proton Satria? Apa istimewa model ini? Kenapa tidak Honda sahaja? Kenapa tidak itu tidak ini.

Engine builder / tuner yang bagus akan sentiasa mencari ruang untuk memajukan diri. Dari sudut pembinaan enjin hinggalah ke badan kereta. Mereka akan cuba menjadi sejarah dengan membuat lain dari yang lain. Ada kalanya cubaan mereka akan gagal dan akan dicemuh kerana tidak mahu mengikut arus. Tapi kalau berjaya pujian melambung akan diberikan. Itu lumrah. Jadi baik mencuba dari buat benda yang sama sahaja.

Baik kenapa Satria? Proton Satria dipilih untuk projek kali ini kerana Proton Satria mempunyai berat 1005kg sahaja berbanding Honda Civic EK9 1052kg. Dalam dunia perlumbaan berat sesuatu jentera merupakan antara salah satu elemen atau aspek terpenting. Power to weight ratio. Lagi ringan sebuah jentera lagi pantaslah ia bergerak. Dengan berat badan 1005kg ianya agak memudahkan kita melakukan sedikit "diet". Dengan target berat badan 900kg, proses kearah itu agak mudah dilaksanakan. Jadi untuk merealisasikan maka Proton Satria dibeli dari seorang sahabat jauh. Setibanya jentera ini ke Sunway, kami tahu ada beberapa perkara yang harus dilakukan. Pemeriksaan demi pemeriksaan harus dilaksanakan sebelum jentera ini beraksi cemerlang. Untuk PART 2 kita ceritakan proses membaraikan (hah..menanggalkan ayat sebenarnya hehe) bahagian luaran. Tujuan? Selamat membaca.

Sesi pertama adalah sesi menurunkan enjin dan menanggalkan apa yang patut. Keadaan body ini masih lagi dalam keadaan yang mantap. Makna kata tidak perlu antar ke kedai untuk menampal apa yang patut.
Chasis masih lagi dalam keadaan normal. Enjin 4G13p bakal digantikan dengan enjin yang lebih berkuasa. Proses menanggalkan apa yang patut mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mungkin lama bagi setengah pihak, namun untuk memastikan pemeriksaan terhadap badan jentera ini haruslah dilakukan secara teliti. Setiap sambungan harus diperhatikan dengan tajam. Hasil daripada pemeriksaan rapi di setiap penjuru struktur badan kereta ini ternyata ianya tidak memberikan masalah. Siapa mahu keadaan chasis sesuatu kereta atau jentera dalam keadaan bermasalah. Letih nak melayan. Selesai satu bab!

Ramai yang menanyakan enjin apakah yang bakal diguna-pakai? Heheh tunggu. Bagi yang tahu relax relax sudah. Yang tak tahu, tunggu update seterusnya. Apa yang pasti, kemunculan kali ini harus meninggalkan sejarah. Macam Honda Civic EK9 SNF, sampai orang kata "Dia ni 2liter bro"..kehkehkeh.

Adios..

MOTORSPORTS FOR LIFE!!