Wednesday, October 16, 2013

SATRIA H2B : Part 3

Ramai tertanya - tanya apa itu H2B? H2B itu burger special cheese ke? Bagi yang tahu ramai juga yang menantikan kemunculannya. Okay apa itu H2B? H2B singkatan daripada perkataan H22A + B-series gearbox. Kenapa H22A? Kenapa tidak b-series sahaja? B-Series kan lagi meriah barangan performance? B-Series ada pelbagai jenis performance camshaft?

Enjin terbaru Honda adalah dari keluarga K-Series. K-Series buat masa sekarang merupakan enjin NA yang paling KING. Suka atau tidak, kita harus akui kekuatan K-Series. Dengan keupayaan menaikkan CC kepada 2.4 (ada yang menggunakan 2.6 bagi perlumbaan drag), sudah cukup meninggalkan saingan Honda. Kami pernah mencuba memberikan saingan sengit kepada K24 dengan menggunakan piston yang besar (blok B18cR yang di-bore 84mm) ketika MegaLAP pusingan pertama dahulu. Ya, dengan berbeza 1 saat sahaja (k24-2m29s b-series 2m31s) ianya sudah cukup memberikan isyarat yang cukup jelas CC memainkan perkara yang sangat penting. Malahan SNF 2013 kita dapat menyaksikan kepantasan K24 apabila side-by-side dengan B20 (kategori RaceCars Class 1)...tidak mampu lagi dikejar.

Nak main K24? Modal sangat besar. Halfcut k20a sahaja sudah mencecah belasan ribu ringgit. Itu belum dikira barangan performance lagi. Jadi setelah membuat kiraan dan membuat sedikit research di dalam laman web, H22A menjadi taruhan. Jika dahulu dengan CC 1933 sudah mencatatkan masa 2m31s. Dengan penambahan kira-kira 260cc lagi, berkemungkinan akan berlaku sedikit perubahan catatan masa. H22A juga agak lemah dari sudut gear-ratio. Jadi kami membuatkan satu langkah dengan menggabungkan gear-box B-Series. Gearbox B-Series mewah dengan pelbagai jenama gear-ratio. Jadi misi untuk memberikan saingan tahap tertinggi kepada K24 (angan-angan mau tinggi hahaha) gabungan H22A dan B-series transmission harus diguna-pakai, maka lahirlah H2B.

Part 2 proses membaraikan barangan lama yang ada di Satria H2B, maka masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Misi menaikkan enjin dan membuatkan kiraan dan ukuran mounting adalah tajuk utama Part 3 kali ini. Wajib diketahui kedudukan mounting Satria dan Honda sangatlah berlainan, maka ukuran mounting harus dibuat dengan sangat - sangat teliti.

Proses menaikkan enjin H22A bermula. Agak susah juga nak masukkan enjin H22A dalam body Satria.

Setelah memasukkan enjin H22A kedalam body Satria, pelbagai perkara yang harus diambil kira. Peredaran udara dalam engine bay, dimanakah mounting baru harus diletakkan. Skru mounting nak ikat macam mana. Kekuatan mounting merupakan aspek paling-paling penting. Mounting barai..enjin kemana, timing kemana...mamat pakai 3 silinder datang potong sambil senyum kekeke.

Adjustment demi adjustment dilakukan. Imej sekarang dapat kita saksikan kebingungan, ruang yang sangat sempit. Intake sangkut dan macam - macam lagi.

Intake performance ada pelbagai jenis. Ada yang short runner dan ada yang long runner. H2B akan menggunakan long runner. Tapi..ruangan sangat sempit. Apakah tindakan selanjutnya? Tunggu next episode!!

Selesai proses menggantungkan enjin H2B buat sementara waktu. Budak tak hensem lagi sewel kena ucapkan terima kasih. Rajin budak ni walaupun makan macam hantu hehehe.

Sekian..jumpa episod seterusnya!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!





Tuesday, October 8, 2013

SATRIA H2B : Part 2

Kenapa Proton Satria? Apa istimewa model ini? Kenapa tidak Honda sahaja? Kenapa tidak itu tidak ini.

Engine builder / tuner yang bagus akan sentiasa mencari ruang untuk memajukan diri. Dari sudut pembinaan enjin hinggalah ke badan kereta. Mereka akan cuba menjadi sejarah dengan membuat lain dari yang lain. Ada kalanya cubaan mereka akan gagal dan akan dicemuh kerana tidak mahu mengikut arus. Tapi kalau berjaya pujian melambung akan diberikan. Itu lumrah. Jadi baik mencuba dari buat benda yang sama sahaja.

Baik kenapa Satria? Proton Satria dipilih untuk projek kali ini kerana Proton Satria mempunyai berat 1005kg sahaja berbanding Honda Civic EK9 1052kg. Dalam dunia perlumbaan berat sesuatu jentera merupakan antara salah satu elemen atau aspek terpenting. Power to weight ratio. Lagi ringan sebuah jentera lagi pantaslah ia bergerak. Dengan berat badan 1005kg ianya agak memudahkan kita melakukan sedikit "diet". Dengan target berat badan 900kg, proses kearah itu agak mudah dilaksanakan. Jadi untuk merealisasikan maka Proton Satria dibeli dari seorang sahabat jauh. Setibanya jentera ini ke Sunway, kami tahu ada beberapa perkara yang harus dilakukan. Pemeriksaan demi pemeriksaan harus dilaksanakan sebelum jentera ini beraksi cemerlang. Untuk PART 2 kita ceritakan proses membaraikan (hah..menanggalkan ayat sebenarnya hehe) bahagian luaran. Tujuan? Selamat membaca.

Sesi pertama adalah sesi menurunkan enjin dan menanggalkan apa yang patut. Keadaan body ini masih lagi dalam keadaan yang mantap. Makna kata tidak perlu antar ke kedai untuk menampal apa yang patut.
Chasis masih lagi dalam keadaan normal. Enjin 4G13p bakal digantikan dengan enjin yang lebih berkuasa. Proses menanggalkan apa yang patut mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mungkin lama bagi setengah pihak, namun untuk memastikan pemeriksaan terhadap badan jentera ini haruslah dilakukan secara teliti. Setiap sambungan harus diperhatikan dengan tajam. Hasil daripada pemeriksaan rapi di setiap penjuru struktur badan kereta ini ternyata ianya tidak memberikan masalah. Siapa mahu keadaan chasis sesuatu kereta atau jentera dalam keadaan bermasalah. Letih nak melayan. Selesai satu bab!

Ramai yang menanyakan enjin apakah yang bakal diguna-pakai? Heheh tunggu. Bagi yang tahu relax relax sudah. Yang tak tahu, tunggu update seterusnya. Apa yang pasti, kemunculan kali ini harus meninggalkan sejarah. Macam Honda Civic EK9 SNF, sampai orang kata "Dia ni 2liter bro"..kehkehkeh.

Adios..

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Monday, September 30, 2013

SATRIA H2B : Part 1

Dalam apa - apa jenis racing, handling menjadi perkara penting. Baik dari perlumbaan drag hinggalah ke perlumbaan trek. Tapi perlumbaan trek, aspek handling menjadi perkara sangat - sangat penting. Semua orang boleh buat enjin super duper bapak punya power. Tapi apabila tiba di selekoh, cornering out.

Jadi untuk memastikan Proton Satria H2B ini bergerak lancar dan lincah maka F Tuned Suspension menjadi pilihan. F Tuned merupakan barangan buatan Malaysia. Kenapa F Tuned? Kenapa tidak Ohlins? Kenapa tidak Aragosta? Kenapa tidak Tein? Kenapa tidak Cusco? Kenapa tidak itu kenapa tidak ini? Satria H2B memilih barangan buatan Malaysia kerana yakin dengan kebolehan orang Malaysia dan memberi peluang kepada syarikat ini membuktikan kepada rakyat Malaysia di luar sana, bahawa kita mampu buat!

Jika kita perhatikan struktur suspension ini, nampak kukuh dan menyakinkan. F Tuned Racing Suspension menggunakan sistem Monotube/Inverted Monotube. What the hell is Monotube? Why Monotube? :
- High durability - Able to take more punishment than twintube
- High cost to manufacture – parts need to be machined with precision
- Can be tuned for high damping
- Larger piston to dissipate more oil on a single stroke
- Can be mounted upside down
- Able to counter side load – improves handling and less damage to piston-oil seal, reduced oil leaks (Inverted)
- Shaft encased – reduce the chance for dirt and dust to accumulate (Inverted)
- Suitable for high performance and racing application

Makna katanya, Monotube yang mempunyai batang shaft yang besar lebih menjamin prestasinya. Ianya lebih mudah di-tune untuk mendapatkan hasil yang mengikut citarasa driver dan jentera.

Suspension ini bakal melalui proses tuning yang ekstrem untuk mengikut citarasa driver dan karektor jentera dan untuk melalui selekoh demi selekoh dengan pantas tanpa ada perasaan "eh eh lepas ke tak ni?" Itu yang penting hehehe.

Tunggu episod seterusnya...wohoooo!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Saturday, September 7, 2013

SATRIA H2B : PREVIEW

Salam sejahtera,

Dah lama tak tulis pasal kereta, jentera perlumbaan. Kali ini dengan semangat berkobar - kobar setelah lama menyimpan hasrat teringin nak menulis mengenai jentera perlumbaan yang ditulis dari awal pembinaannya hinggalah kesaat berentap di Litar.

Okay subjek kali ini Proton Satria. So? Apa istimewanya. Enjin 4G63? Mivec? 4G93?


Kali ini projek ini akan menjadi lain dari yang lain. Jika anda perasan dengan tajuk sudah terang - terangan terlihat perkataan H2B. Apa itu H2B? Tungguuuu apabila semuanya mula dipasang jika mengikut waktu.

Projek kali ini lebih kepada perlumbaan TimeAttack. Maknanya banyak barangan yang berkait - rapat dengan perlumbaan selekoh bakal digunapakai. Istimewanya kali ini, boleh dikatakan hampir 80% barangan tersebut MADE IN MALAYSIA. Kenapa? Sudah tiba masanya kita mengangkat barangan buatan Malaysia. Jika ianya terbukti di litar wajib kita mengangkat barangan buatan Malaysia ini. Jika Jepun bangga dengan barangannya kenapa tidak kita? Barangan MADE IN MALAYSIA ini dari sistem brek ke sistem klac ke handling setup, sistem penyejukkan (radiator) ke meter.

Okay, update projek ini agak mustahil untuk dikemaskini setiap minggu. Mungkin 2 minggu sekali ataupun 1 bulan sekali.

Standby!! 2m30s!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

p/s tak kisah nak share cuma jangan mengaku blog ini anda punya dan nama saya menjadi nama anda..SEKIAN!

Monday, September 2, 2013

Susu Punya Lembu Sapi Dapat Nama

Salam.

Dah lama tak update blog aku. Sorry, blog ini ada masalah nak upload image. Dulu meriah dengan image, tapi lepas tukar phone (hehe sorry takde niat nak berlagak), image yang ada terus hilang entah kemana. Nanti aku cari jalan.

Okay, baca tajuk mesti rasa pelik. Pernah atau tidak anda membuat sesuatu perkara dan hasilnya diREMBAT secara kejam oleh orang lain.

Tidak menjadi masalah untuk ilmu atau hasil nukilan kita menjadi tatapan orang ramai. Artikel MIVEC yang aku tulis secara bersusah - payah telah menjadi tatapan puluhan ribu pembaca dan di-post-kan di dalam forum - forum kereta. Berkongsi ilmu atau pendapat dengan orang lain membolehkan dengan harapan minda kita terbuka luas. Nak copy-paste tanpa memberi sebarang kredit kepada blog aku pun tidak menjadi masalah.

Tapi kali ini situasi dia RARE sikit! Dah pakai artikel aku satu hal, siap claim nama aku pon nama dia!!! WHAT THE F*CK!! Helo brader MAT KACAU...perbuatan anda mengaku nama SAYA sebagai MOHD ZAHRIN MOHD ZAHRAN adalah perbuatan paling jijik dan keji sepanjang hidup SAYA. Mengaku BLOG aku sebagai hak kau adalah sesuatu perbuatan jijik dan hina!!


TERIMA KASIH kepada kawan baik aku yang perasan dengan artikel yang DIROGOL dengan tanpa segan - silu. Korang kasi tengok pengakuan yang paling hebat dan kental dalam sejarah TAMADUN MANUSIA..hahaha...

YANG NI KAWAN AKU TANYA..ADAKAH MAT KACAU NI TUAN PUNYA BLOG..DENGAN SELAMBA LEMBU DIA KATA "YUPPP"

DAN KEMUNCAKNYA..MENGAKU NAMA DIA MOHD ZAHRIN...


Helo brader MAT KACAU!! Sudah - sudahlah mengaku pakai nama orang. Aku boleh buat report polis untuk memastikan nama baik aku tidak disalah-guna oleh saudara MAT KACAU!

Buat pembaca - pembaca blog aku yang tak seberapa ini...hati - hati dengan brader MAT KACAU ini. Kalau dia boleh mengaku nama aku sebagai nama dia..apatah lagi bila anda semua berurusan membeli barang dengan brader ini.

Kalau brader MAT KACAU rasa ini blog dia..kalau rasa Mohd Zahrin Mohd Zahran nama dia..jom jumpo den dopan - dopan. Aku nak tau log in untuk blog ini apa!!

Dan lepas ini tidak mustahil blog aku yang tak seberapa ini bakal di HACK...hahaha

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Tuesday, January 3, 2012

Sejarah Variable Valve Timing

Hari ini kita cerita mengenai sejarah. Sejarah yang mungkin ada sebahagian kita tidak pernah ambil tahu (termasuk aku). Sejarah mengenai industri permotoran dalam dunia. Tujuan nak bercerita ini agar kita (termasuk aku) lebih faham dan menghormati enjin dari model lain.

Sejarah Variable Valve Timing ini agak panjang. Bermula semenjak kurun ke – 19 lagi. Waktu itu ianya digunakan untuk tujuan industri berat. Namun setelah melihat betapa efisyennya sistem ini, maka ianya mula digunapakai ke atas enjin.

Untuk pengetahuan semua, FIAT merupakan pengeluar kereta yang pertama menggunakan sistem Variable Valve pada tahun 1960an. Ianya diikuti oleh GM pada tahun 1975 namun sistem ini dibatalkan kerana gagal sistem LIFT untuk berfungsi. Selang 5 tahun kemudian pada tahun 1980, Alfa Romeo turut serta menggunakan sistem ini pada model Alfa Romeo Spider dengan jayanya.

Mengikuti kejayaan ini, syarikat otomobil Jepun juga tidak ketinggalan menggunakan sistem ini. Honda turut mencuba sistem keluarannya sendiri pada tahun 1983 pada motorsikal CBR400F dan ianya dikenali sebagai VTEC. Namun dalam usaha Honda memperbaiki sistem tersebut dan mencubanya pada kereta keluaran mereka, Nissan terlebih dahulu dalam perlumbaan mengaplikasikan sistem Variable Valve ini keatas kereta ciptaan mereka pada tahun 1986 yang diberi nama NVCS pada enjin VG30DETT. Selang 3 tahun kemudian iaitu pada tahun 1989 maka muncullah sistem VTEC yang digunapakai secara meluas keatas kereta keluaran Honda.

Menjelang tahun berikutnya barulah ianya diikuti oleh Mitsubishi (MIVEC), BMW (Vanos), Mazda, Toyota dan banyak lagi.

Kenapa? Kerana ianya dilihat dapat membantu meminimumkan penggunaan minyak pada kadar RPM rendah. Hari ini sistem boleh dikatakan digunapakai oleh semua pengeluar kereta. Malah Proton juga turut serta dalam penggunaan sistem ini iaitu CPS.

Aku penggemar sistem Variable Valve. Apabila mendengar sistem ini berfungsi pada kadar RPM yang ditetapkan ianya merupakan satu muzik yang paling indah dan merdu. Sistem ini ada kelebihan bagi mereka yang gemar berlumba. Kuasa yang ada bermula pada RPM rendah dan meningkat mendadak pada RPM tinggi (kalau cam profile performance spec la). Bak kata Pak Latip LYDIA RACING “Racing ni macam selimut pendek, tutup atas bawah terbuka, tutup bawah atas terbuka”. Teori ini pula disambung oleh anak dia Ali proDRAG “Variable Valve ni cover semua. Atas bawah hidup”.

Jadi tulisan kali ini memang khas untuk pemilik enjin variable valve. Sejarah panjang untuk mencipta sistem ini harus kita ketahui. Unik dan sangat istimewa. Sistem turbo ianya sangat mudah, namun untuk Variable Valve ianya melalui satu sejarah panjang dan sistem ini terbukti mampu menjadikan sesuatu enjin itu tersangat berkuasa.

Tapi di Malaysia, kita masih belum melihat kepantasan sebenar (kecuali VTEC yang laju) yang dihasilkan oleh sistem ini. Berpotensi untuk menjadi hebat adalah dari keluaran Toyota. Namun ianya masih panjang. Untuk MIVEC, kita tunggu sahaja kelibatnya.

p/s mungkin ada yang tak puas hati dengan fakta diberikan..silakan untuk membantah.

Thursday, December 29, 2011

Byebye 2011, Selamat Datang 2012



Salam sejahtera buat semua,

Dah lama aku tak update blog aku yang tak popular ni. Sibuk dengan tugasan kerja dan kerja sampingan yang lain. Bukan idea tu takde, cuma masa tak mengizinkan. Baru nak update dah kena buat benda lain.

Tahun 2011 bagi aku ianya merupakan satu tahun yang cukup bermakna dan berkualiti. Mungkin bagi sesetengah orang tidak, tapi percayalah bak kata Confucius “Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall” maknanya Keagungan terbesar kita bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, tetapi sentiasa bangun setiap kali kita jatuh. Buat yang kurang nasib baik tahun ini, berusahalah lebih kuat kerana setiap kejatuhan bukanlah bererti kita akan gagal selama – lamanya. Tapi dengan syarat kita harus jujur dengan orang lain, sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Sebagai Muslim jika kita yakin dan jujur percayalah kebaikan itu pasti datang dan itu janji Tuhan!

Okay apa menarik untuk tahun 2011? Bagi diri aku yang mengaku (macam bagus nak mampus ni hahaha) akan terus menyuarakan hasrat grassroot motorsports Malaysia akhirnya tercapai. Ya, mungkin belum tahap untuk melihat terbinanya Litar Perlumbaan yang berkos rendah. Tapi apabila melihat acara motorsports di sana – sini ianya merupakan satu perkara yang benar – benar menggembirakan hati.

Melihat kemunculan semula Saturday Night Fever yang pernah satu ketika dahulu menjadi satu fenomena untuk penduduk di Lembah Klang khasnya dan seluruh tanah air benar – benar mengingatkan kembali memori lama. Ya, SNF versi baru ini masih baru namun ianya sudah meninggalkan kesan. Ramai yang sudah menyiapkan jentera masing – masing persis sebagaimana 10 tahun dahulu. Persiapan demi persiapan dilakukan setiap pusingan. Okay lah, kurang – kurang ada juga event yang jadi tempat gang – gang kereta kaki rempit ni. Dari melangut tengok kereta pastu merempit selit sana selit sini buat pakcik – pakcik terkejut tengok korang melintang depan mata dia, tak ke cibai namanya?

Untuk diri sendiri khasnya untuk jentera aku yang tak berapa laju ni nampaknya semua berjalan lancar. Perkara yang tak dirancang tetiba pulak menjadi. Perkara yang dirancang berjalan terlebih lancar walaupun pada permulaannya agak sedikit hampeh namun untuk penutup tahun MUKA ADA SIKIT SENYUM!! Dengan beberapa setup yang hanya memakan kos yang sangat minimum, hasilnya? 12whp ahaksss....thanks to Ali of proDRAG Motorsports.

Untuk sahabat – sahabat yang rapat (rapat tahap mafia orang kate hahaha) nampak gayanya tahun 2011 merupakan tahun yang menjadi. Kalau dulu bertahun mendiamkan diri sampai ada puak – puak yang baru datang sini memperlekehkan kau namun tahun ni bila mula bersaing dan berlumba akhirnya memberi impak pada semua, sekurang – kurangnya ianya membuka mata mat – mat yang suka sangat mengkritik dan perasan bagus dan tak reti nak hormat orang (walaupun suara sumbang tu tetap wujud ahhh lantak kat ko la, dok diam diam kat kedai kopi).

Membebel banyak tak bagus juga, jadi untuk tahun 2011 aku rasakan ramai sahabat – sahabat berada di landasan BALASAN yang BAGUS. Penat lelah, kesabaran yang tinggi benar – benar membuahkan hasil.

Kepada gang - gang workshop, gang - gang motorsports dan AKTIVIS-AKTIVIS Motorsports selamat maju jaya aku doakan. Moga tahun depan ianya lebih baik dan mantap. Moga setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan (itu pun kalau tahun depan kita tak berubah jadi jahat la). Moga - moga tahun depan kita akan bekerja dengan lebih keras dan jujur. Untuk mendapat hasil yang bagus itu sahaja jawapannya. Mula agak pedih penutupnya mesti dengan izin Tuhan pasti sukses. Macam orang cakap "No Sacrifices, No Victory!"

Kepada yang suka mengkritik (khasnya kaum “pendatang”) di kedai kopi sambil kaki sebelah letak atas kerusi dengan rokok terselit kat jari lepas itu kutuk orang sana – sini, pomen tu tak bagus, event ni tak bagus, mamat ni bengap bla bla bla..aku doakan harap korang semua berubah. Cuba belajar menghormati orang lain. Jangan terlalu mengagungkan diri sendiri dan keadaan yang berada di sekeliling pinggang kau sahaja. Cuba buka mata seluas – luasnya bahawa masih ramai yang lebih bagus dari kau dan keadaan sekeliling pinggang kau….amin

Okay, cukup setakat ini. Mari kita berubah kearah yang lebih baik. Dari buruk kepada baik. Dari gang beli cincin RM24 juta kepada beri air percuma kepada rakyat ehhhhhhh…ape kene mengene hahahaha..

BYEBYE!

--
zahrin