Showing posts with label Drag Battle. Show all posts
Showing posts with label Drag Battle. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Proper Track For Drag : Qatar

Qatar pun sudah ada trek untuk perlumbaan drag yang sesuai. Dengan adanya trek yang sesuai sudah pasti prestasi mereka akan lebih hebat dan gempak

Kita? Entahlah...terpaksa menumpang di litar antarabangsa Sepang.

Berharap suatu hari nanti kita akan punyai litar untuk lumba pecut ni..

Enjoy the video..

Wednesday, March 31, 2010

Trek Murah di Lembah Kelang

Perak sudah ada trek sendiri. Melaka sedang dalam pembinaan. Namun kenapa di Lembah Kelang khasnya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur tidak ada? Ya benar, kita sudah ada Sepang. Tapi pernahkah mereka terfikir berapa ramai orang sangat yang sanggup ke Sepang. Kos yang melibatkan tol, minyak dan tempat letak kereta saja sudah cukup memeningkan kepala mereka. Itu belum campur kos untuk membeli tiket.

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia membina satu trek yang bersifat kos rendah di sekitar kawasan yang berdekatan dengan Lembah Kelang. Adakan satu satu trek yang mempunyai pelbagai fungsi. Satu bahagian khasnya untuk mereka yang meminati berlumba satu pusingan trek dan satu lagi khas untuk mereka yang meminati perlumbaan drag. Kenapa perlu ada trek dwi-fungsi? Kerana buat pengetahuan pihak berkenaan, permotoran sebeginilah yang menjadi minat kepada anak - anak muda Malaysia.

Cuba lihat trek sementara yang ada di Cyberjaya. Trek yang hanya wujud setiap bulan. Trek yang hanya disifatkan sementara. Trek yang dianggap cukup merbahaya kerana ciri - ciri keselamatan yang teramat kurang. Trek yang wujud di atas sebatang jalan mati. Tapi menarik minat ribuan peminat perlumbaan drag. Walaupun dalam keadaan yang tidak selesa seperti tempat letak kereta yang memaksa pemilik kenderaan memanjat tembok pembahagi jalan, namun atas minat yang tinggi kepada dunia permotoran semua perkara yang tidak selesa itu diabaikan. Namun jika kita memikir secara mendalam, di sebuah kawasan yang berprestij seperti Cyberjaya mempunyai sebuah trek yang teramat daif. Kawasan yang mengundang pelancong asing untuk datang berkunjung. Bukankah ini mencemarkan sedikit imej negara kita?

Bukanlah niat penulisan ini untuk mengeji pihak penganjur perlumbaan saban bulan itu. Tapi niat penulisan ini mahu mengajak para pembaca dan pihak berkenaan merenung kembali dan berfikir secara teliti. Lihatlah minat anak muda terhadap dunia permotoran di Malaysia. Teramat tinggi. Namun wajarkah minat mereka ini disia - siakan dan wajarkah keselamatan mereka disia - siakan juga? Mujurlah ada pihak penganjur seperti di Cyberjaya ini ada. Sanggup mengambil inisiatif untuk menganjurkan perlumbaan di atas sebatang jalan mati demi untuk memenuhi permintaan para peminat sukan lumba drag.

Rasanya sudah tiba masa untuk pihak - pihak berkenaan mulai berfikir dan berbincang sesama sendiri. Apakah perlu trek murah seperti yang dicadangkan tadi harus dibina atau tidak? Jika tanya pada semua pelumba, pemilik bengkel dan peminat sukan permotoran sudah pasti jawapan yang diterima adalah 100% mahukan trek sebegini dibina. Harus diketahui bukan bererti trek Sepang tidak bagus. Trek Sepang merupakan satu trek yang berprofail tinggi. Kawasan yang hanya sesuai kepada mereka yang professional sahaja. Bagi mereka yang masih baru atau amatur, litar sebegini tidak sesuai. Bila ada trek yang bersifat tidak berprofail tinggi di ibu kota ini, mereka yang masih amatur dapat berlatih setiap minggu dan ini akan meningkatkan skil mereka sebelum mereka dengan berjayanya beraksi di litar Sepang. Litar Sepang sepatutnya dijadikan penanda aras tahap skil atau bakat mereka. Jadikan ianya sebagai sebuah tempat tahap standard atau piawaian yang tinggi.

Jika mahu berbicara soal ekonomi, trek yang bersifat sederhana inilah yang bakal menjana ekonomi negara. Bayangkan dengan kos penyelenggeraan yang tidak setinggi Sepang dan sentiasa dibuka pada hujung minggu, bukankah ianya akan mendatangkan keuntungan atau wang secara berterusan? Sesiapa sahaja yang pernah melalui zaman kegemilangan trek Batu Tiga pasti tahu bagaimana meriahnya suasana di sana ketika malam minggu. Bagaimana peniaga - peniaga kecil yang berniaga di kawasan sekitar turut mendapat tempias anak - anak muda yang berada di trek tersebut. Mana yang kita mahu, trek Sepang yang hanya sesekali dibuka dan keuntungan yang belum tentu dapat atau trek bersifat sederhana ini yang dibuka setiap minggu dengan yuran masuk dan tiket yang murah akan tetapi keuntungan pasti dapat dengan syarat setiap minggu dibuka. Pilihan ditangan pihak berkenaan.

Jika mahu bicara soal gejala sosial iaitu lumba haram, inilah masanya untuk kita mewujudkan trek sebegini yang dekat dengan ibukota Malaysia ini. Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan lumba haram adalah mereka yang sudah gian mahu berlumba. Tapi sayangnya mereka tiada tempat. Tiada tempat untuk mereka melepaskan gian. Jadi akhirnya mereka melepaskan gian mereka di jalanan. Walaupun mengundang bahaya, namun itu tidak diambil kira kerana bagi mereka melepaskan gian itulah yang lebih utama. Kita boleh cakap kenapa tak lepas di trek. Trek yang mana satu? Sepang? Trek yang terlalu jauh buat mereka ini. Tanyalah kepada mereka ini, adakah mereka sanggup ke sana. Sudah pasti jawapan yang bakal kita perolehi adalah TIDAK!! Kita yang memperkenal Valentino Rossi, Micheal Schumacher, filem - filem lumba dari dunia barat dan keluaran kita sendiri, namun apabila anak - anak muda ini mahu menjadi seperti mereka tiada tempat untuk mereka menunjukkan skil sebenar. Jika dulu ada trek Batu Tiga yang dekat dengan ibukota namun sekarang? Dimana? Itu belum dikira mereka yang susah atau datang dari keluarga kurang senang belum tentu dapat menjadi pelumba professional kerana tiada siapa yang mahu menaja mereka dan mereka ini terpaksa mengikat perut semata - mata mahu memasuki sesi latihan di litar Sepang yang mencecah RM300.00!! Itu juga belum dikira litar yang hebat itu hanya ada tarikh - tarikh tertentu untuk hari terbuka trek. Jadi dimana pelumba - pelumba yang kurang upaya kewangan mereka ini untuk menunjukkan bakat? Sedangkan ada ribuan di antara mereka lebih berbakat daripada mereka yang bernasib baik yang mempunyai ahli keluarga yang kaya - raya yang menyediakan segala bentuk kemudahan yang mereka boleh berikan kepada anak - anak mereka. Jadi soalan sekali yang ingin diutarakan dimana mereka mahu berlatih dan berlumba? Sudah pasti lebuhraya, jalanraya di kawasan sekitar Lembah Kelang ini! Maka dapatlah kita melihat ratusan motorsikal berlumba di jalanraya, dapatlah kita dapat melihat puluhan kereta berlumba di jalanraya.

Dunia permotoran mampu menaikkan nama Malaysia jika betul kaedahnya. Sampai bila kita mahu melihat hanya segelintir sahaja yang membawa naik nama Malaysia. Sedangkan di Jepun kerana wujudnya trek - trek yang berprofail rendah maka puluhan pelumba mereka tampil mewakili bengkel masing - masing namun tetap bangga membawa nama negara mereka. Kita? Tengku Djan, Faidzil Alang, Fairuz, Jazeman Jaafar, Alex Yoong hanya beberapa kerat sahaja. Sedangkan mereka yang benar - benar berbakat tidak dapat menunjukkan skil mereka sebenar hanya kerana tidak punya tempat yang sesuai.

Perak sudah ada, Melaka sudah ada namun di Lembah Kelang kenapa tidak dibina juga trek murah sebegini.

Dengarlah rayuan anak - anak muda Malaysia. Binalah sebuah trek sederhana kosnya demi untuk sebab - sebab yang diberikan. Binalah seperti mana yang ada di Perak dan di Melaka walaupun di Melaka trek itu sudah mencapai tahap piawaian professional.

Binalah trek untuk perlumbaan drag yang mengikut speksifikasi yang betul dengan permukaan jalan yang sesuai dengan kereta yang berkuasa 1000 kuasakuda. Barulah mereka dapat mencatat masa yang sama dengan para pelumba drag di Amerika dan jiran kita Thailand. Bina satu trek yang lengkap dengan para penonton selesa. Tapi sudah pasti pihak berkenaan lebih arif kerana dapat membuat lawatan di Thailand dan Amerika sebelum membinanya.
Binalah sebuah trek yang sesuai untuk para penunggang motorsikal dan kereta. Mungkin boleh satu kawasan dibina 2 trek. Sebelah kiri drag dan sebelah kanannya trek penuh. Yakinlah sudah pasti ianya akan penuh saban malam minggu. Rayuan terakhir dari penulisan ini, binalah untuk kami anak - anak muda supaya dapat memenuhi aktiviti malam minggu di trek daripada menghabiskan masa di jalanan.

Sekian terima kasih

MOTORSPORT FOR LIVE!

Monday, March 15, 2010

MUSC Drag Challenge 2010

MUSC Drag Challenge 2010.

Nah aku bagi jadual lengkap bila perlumbaan seterusnya kepada siapa yang tak dapat lagi la. Yang dah dapat. Diam - diam sudah.



Dengar khabar pihak penganjur nak letak Christmast Tree. Well satu usaha yang bagus. Aku sokong sepenuhnya. Ok la..takdak la jauh sangat. Bayaran masuk pon ok. Dari dulu RM 4 sekarang dah RM 6. Ok la tu kot.

JADI khas buat korang yang dok lumba haram. Baik mat motor dan mat kereta. Tempat dah diberikan dan disediakan. Apa lagi.

RACING TIMEEEEEEEEE....

Korang berentap gak kat jalan lepas tu polis datang tibai jangan marah ok. Kata - kata ini khas buat mereka yang berdekatan dengan area cyberjaya sahaja. Yang berjauhan kalau kena tibai dengan polis sebab trek macam ini takdak. Pegi depan muka polis tu cakap "Nak race kat trek macam mana, trek kat kawasan ini pon takde!!".

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Sunday, March 7, 2010

JDM Power : Mitsubishi All The Time



The Adrenalin...the G-Force...all came from Mitsubishi. Hahaha...just for fun.

Drag Racing In Malaysia Scene. Sepang Drag Battle.

If we have proper track for drag racing. Sure we can have 7 sec cars in our scene.

Well enjoy the SHOW.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Thursday, February 25, 2010

Ready For Action

Masih ingatkah lagi model kereta L5 yang telah melalui proses Spot-Weld?

Yup, that car ready for action..at least maybe for this week event at Cyberjaya Drag Battle.

Here is i put some photos. So enjoy it :


So bright...buta mata beta hehe


Sorry bro..terexpose pule..one of legends..only for those who are really lama in this scene will know him.


290++hp..hope can compete dengan otai - otai K-Car like Ujang NS Drag and sebagainya.


Semua proses kereta ini dijalankan di bengkel proDRAG Motorsport.


The Kings, born to racer, mechanics, tuner and good person.....(suka hati aku la nak panggil apa..dah kawan aku hehe)

Dalam hidup ini tolonglah sedar kita ini siapa. Kau bawa Honda EK bukan bererti kau bawa NSX. Kau bawa Mitsubishi Galant tak bererti kau bawa Evo ke apa. Sedar diri. Takpe lagi kalau tukau enjin. Tapi tolonglahh...tolongglahhhhhhh

korang tengok apa dia tulis..

Sekian.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Monday, February 22, 2010

Lembah Kelang Trek Untuk Drag?


Trek Untuk Lumba Drag Di Sandakan, Sabah


Trek Di Kampung Gajah Perak

Hari ini aku nak menulis mengenai menyuarakan suara anak - anak muda yang teringin sangat nak berlumba. Berlumba dalam jarak dari bengkel, dari rumah, dari mana sahaja dekat dan mampu buat mereka.

Aku tulis ni bukan nak declare war dengan Sepang International Circuit. Trek di Sepang sememangnya high class dan memang world class. Tapi...ada tapi dia. Cuba tanya pada mereka yang pro dalam perlumbaan drag. Adakah sesuai trek ini digunakan untuk berlumba. Adakah tar yang digunakan sesuai untuk memberi cengkaman yang cukup untuk kereta yang berkuasa 900hp - 1000hp? Apakah jarak yang diberikan untuk kenderaan masing - masing untuk berhenti cukup jika para pelumba memecut hingga ke tahap maksimum?

Tanya mereka dahulu...

Para mekanik bukannya tidak bagus. Sudah ramai yang mampu menghasilkan kuasa kuda yang menggila. 1000hp? Petik jari sahaja. Namun untuk mencatatkan masa bawah 8 saat teramat susah. Sedangkan di Thailand, kereta yang hanya mempunyai 600hp mampu mencatat masa sepantas 8 saat. Kerana apa? Kerana trek yang ada pada mereka mampu memberi cengkaman yang mencukupi, jarak yang selamat untuk para pelumba berhenti namun tidak sesekali membuat mereka untuk teragak - agak untuk menekan pedal semaksimum mungkin hingga ke garisan penamat.

Aku cemburu dengan sahabat - sahabat para pelumba/mekanik/tuner drag di Sabah dan Perak dan di mana sahaja trek yang sesuai untuk drag disediakan. Mereka berpeluang untuk mencatatkan masa yang lebih pantas dari kita yang berada di Lembah Kelang. Tidak percaya?



Dengan hanya menggunakan kenderaan macam Hilux, Triton sahaja mereka mampu mencatatkan masa yang teramat menggerunkan. 9 saat untuk kenderaan yang dah macam lori. Sebab apa? Sebab mereka mampu memecut semaksimum kerana jarak yang diberikan cukup.

Entahlah....bukan nak meminta lebih - lebih. Tapi bagi kami satu trek yang bagus supaya kami dapat menunjukkan kepada dunia luar. Hey we Malaysian can get better time than you all. Sukan drag sebenarnya popular di Thailand, Australia dan sememangnya di Amerika Syarikat.

Harap - harap adalah orang mendengar suara para peminat drag dan khasnya pelumba/mekanik/tuner perlumbaan drag.

Motorsport FOR LIVE!!

Friday, February 5, 2010

Peraturan Untuk Sepang Drag Battle 2010

Perlumbaan drag dah dekat around the corner. Kepada peminat perlumbaan drag jangan lupa pada 20/2/2010. 1st round yang dijangka panas.

Teramat panas sebab sudah tentu banyak jentera baru yang telah dinaiktaraf oleh para pembina enjin yang terkenal ini.

Harap cuaca ok - ok saja.

Baik buat kepada para peserta yang akan memasuki perlumbaan ini sila baca Rules & Regulations yang dikeluarkan oleh SIC.

Here is the new regulations :

http://malaysiangp.com.my/files/u1/pdf/Drag10-Sporting-Regulations.pdf

Lets Drag

PUSH THE METAL WHEN IT TURNS GREEN!!!

Thursday, January 28, 2010

Sepang Drag Battle 2010

The biggest event for fans of drag racing has returned!!

With new machines, new setup and anything new for this event should be awesome.



HHope this event will attract more people and the Sepang Circuit authorities please do not raise the price!

Enjoy this event!!