Thursday, December 29, 2011

Byebye 2011, Selamat Datang 2012



Salam sejahtera buat semua,

Dah lama aku tak update blog aku yang tak popular ni. Sibuk dengan tugasan kerja dan kerja sampingan yang lain. Bukan idea tu takde, cuma masa tak mengizinkan. Baru nak update dah kena buat benda lain.

Tahun 2011 bagi aku ianya merupakan satu tahun yang cukup bermakna dan berkualiti. Mungkin bagi sesetengah orang tidak, tapi percayalah bak kata Confucius “Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall” maknanya Keagungan terbesar kita bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, tetapi sentiasa bangun setiap kali kita jatuh. Buat yang kurang nasib baik tahun ini, berusahalah lebih kuat kerana setiap kejatuhan bukanlah bererti kita akan gagal selama – lamanya. Tapi dengan syarat kita harus jujur dengan orang lain, sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Sebagai Muslim jika kita yakin dan jujur percayalah kebaikan itu pasti datang dan itu janji Tuhan!

Okay apa menarik untuk tahun 2011? Bagi diri aku yang mengaku (macam bagus nak mampus ni hahaha) akan terus menyuarakan hasrat grassroot motorsports Malaysia akhirnya tercapai. Ya, mungkin belum tahap untuk melihat terbinanya Litar Perlumbaan yang berkos rendah. Tapi apabila melihat acara motorsports di sana – sini ianya merupakan satu perkara yang benar – benar menggembirakan hati.

Melihat kemunculan semula Saturday Night Fever yang pernah satu ketika dahulu menjadi satu fenomena untuk penduduk di Lembah Klang khasnya dan seluruh tanah air benar – benar mengingatkan kembali memori lama. Ya, SNF versi baru ini masih baru namun ianya sudah meninggalkan kesan. Ramai yang sudah menyiapkan jentera masing – masing persis sebagaimana 10 tahun dahulu. Persiapan demi persiapan dilakukan setiap pusingan. Okay lah, kurang – kurang ada juga event yang jadi tempat gang – gang kereta kaki rempit ni. Dari melangut tengok kereta pastu merempit selit sana selit sini buat pakcik – pakcik terkejut tengok korang melintang depan mata dia, tak ke cibai namanya?

Untuk diri sendiri khasnya untuk jentera aku yang tak berapa laju ni nampaknya semua berjalan lancar. Perkara yang tak dirancang tetiba pulak menjadi. Perkara yang dirancang berjalan terlebih lancar walaupun pada permulaannya agak sedikit hampeh namun untuk penutup tahun MUKA ADA SIKIT SENYUM!! Dengan beberapa setup yang hanya memakan kos yang sangat minimum, hasilnya? 12whp ahaksss....thanks to Ali of proDRAG Motorsports.

Untuk sahabat – sahabat yang rapat (rapat tahap mafia orang kate hahaha) nampak gayanya tahun 2011 merupakan tahun yang menjadi. Kalau dulu bertahun mendiamkan diri sampai ada puak – puak yang baru datang sini memperlekehkan kau namun tahun ni bila mula bersaing dan berlumba akhirnya memberi impak pada semua, sekurang – kurangnya ianya membuka mata mat – mat yang suka sangat mengkritik dan perasan bagus dan tak reti nak hormat orang (walaupun suara sumbang tu tetap wujud ahhh lantak kat ko la, dok diam diam kat kedai kopi).

Membebel banyak tak bagus juga, jadi untuk tahun 2011 aku rasakan ramai sahabat – sahabat berada di landasan BALASAN yang BAGUS. Penat lelah, kesabaran yang tinggi benar – benar membuahkan hasil.

Kepada gang - gang workshop, gang - gang motorsports dan AKTIVIS-AKTIVIS Motorsports selamat maju jaya aku doakan. Moga tahun depan ianya lebih baik dan mantap. Moga setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan (itu pun kalau tahun depan kita tak berubah jadi jahat la). Moga - moga tahun depan kita akan bekerja dengan lebih keras dan jujur. Untuk mendapat hasil yang bagus itu sahaja jawapannya. Mula agak pedih penutupnya mesti dengan izin Tuhan pasti sukses. Macam orang cakap "No Sacrifices, No Victory!"

Kepada yang suka mengkritik (khasnya kaum “pendatang”) di kedai kopi sambil kaki sebelah letak atas kerusi dengan rokok terselit kat jari lepas itu kutuk orang sana – sini, pomen tu tak bagus, event ni tak bagus, mamat ni bengap bla bla bla..aku doakan harap korang semua berubah. Cuba belajar menghormati orang lain. Jangan terlalu mengagungkan diri sendiri dan keadaan yang berada di sekeliling pinggang kau sahaja. Cuba buka mata seluas – luasnya bahawa masih ramai yang lebih bagus dari kau dan keadaan sekeliling pinggang kau….amin

Okay, cukup setakat ini. Mari kita berubah kearah yang lebih baik. Dari buruk kepada baik. Dari gang beli cincin RM24 juta kepada beri air percuma kepada rakyat ehhhhhhh…ape kene mengene hahahaha..

BYEBYE!

--
zahrin

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Idul Fitri



Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada pembaca - pembaca blog yang tak seberapa ini. Pastikan kereta anda semua telah diservis, periksa sistem brek, tayar dan lampu. Jangan ingat time racing je kena check kereta hehehe. Ingat, keselamatan adalah paling utama.

Buat "monyet - monyet" yang dah tukar ekzos, tukar enjin, tukar absorber, tukar sportrim, tukar bodypart dan apa - apa yang ditukar, jangan bawa kereta macam orang tak betul. Cilok sana cilok sini, bagi lampu tinggi, menggelabah kat belakang macam kereta korang tu R35, cucuk rapat - rapat. Ingatlah wei, jalanraya bukan tempat berlumba. Rempit - rempit gak, tapi kalau dah berlanggar korang tu jadi bangkai je. Suruh berentap tempat betul tahu lak takut. Macam - macam alasan bagi..puihhh.

Ehhhh terEMO lak aku hahahaha...sorry - sorry. Minta maaf sekali lagi hahaha.

Apa pun aku doakan agar kita semua selamat pergi dan pulang. Sambutlah hari kebesaran ini dengan penuh kesederhanaan. Kalau sapa satu kampung dengan aku mai la pakat lepak sama - sama nooo..

Okaylah...lepas raya nanti sambung membebel. Lepas raya jugaklah perjuangan menuntut trek kos rendah akan diperhebatkan lagi. Harap semua terus menyokong usaha ini!!

MOTORSPORT FOREVER!!

Thursday, August 18, 2011

Motorsports Dan Kehidupan

Ramai tanya apa yang best sangat hobi kereta ni? Membazir la!! Sanggup habis ribu – ribu beli sport rim hasilnya duduk kat jalan juga, Beli tayar mahal – mahal hasilnya HABISKAN BUNGA TAYAR KAT CEO SEPANG GAK!(kenapa aku tetiba capslock? Jeng jeng).

Semua orang ada minat. Aku suka mengambil jalan mudah untuk tidak mempertikaikan minat individu masing – masing. Sebagai contoh ada yang suka beli barang kereta update di facebook walaupun pada asalnya mamat yang suka update di facebook tu kutuk orang yang beli barang kereta pastu update di facebook. Ikut hati nak je aku tempeleng muka dia, tapi itulah manusia. Kita harus hadapi dengan tenang dan jangan kalut – malut.

Ada juga seorang kenalan yang suka beli barang – barang kereta yang high end, tapi tak masuk apa – apa pertandingan. Bagi orang yang merasa dirinya KING, pasti kata “Rugi buat kereta mahal – mahal tapi tak masuk apa – apa pertandingan”. Ikut hati betul juga mamat yang perasan KING tu (walaupun dia pun tak masuk apa – apa pertandingan). Tapi itulah manusia. Perangai mereka pelik – pelik. Hadapi dengan tenang dan senyuman.

Aku ada juga jumpa yang minatnya dengan kamera. Habis beribu – ribu tapi tak jadikan ianya sebagai salah satu punca rezeki. Walaupun ada yang kritik “Apa la wei, beli barang mahal – mahal tapi tak reti cari duit”. Itulah manusia, minat masing – masing yang teramat pelik. Kita harus tenang dan senyum jika berdepan dengan mereka yang ada minat pelik – pelik.

Aku sering berdepan dengan beberapa individu bila bersuara dialah yang paling hebat. Pelbagai mitos dia keluarkan. Dari MIVEC Redtop sampailah MITOS kenapa B16B rev lagi sedap daripada B18cR sebab design piston dia meruncing keatas (WTF???) Nak menjawap kang dia keluar ayat hikmat dia aku ni tak main Honda. Tapi adakah aku tempeleng atau bagi tumit aku tepat di dahi dia? Tak…aku senyum dan tenang. Jadikan ianya satu ilmu untuk kita (hahaha). Apabila datang individu macam ini, kita tanya pada yang pakar. Sebab? Sebab datang benda mitos pelik kita kena pastikan ianya benar dan tidak benar. Bila bertanya barulah ilmu tu bertambah sikit barulah kita lepas ni berjaga – jaga sikit dengan mamat yang macam ni. Moral dia datang sesuatu berita selidiki dulu. Aku dah ramai jumpa orang macam ni. Ingat pindah ke tempat baru kuranglah sikit, eh eh ada jugeeee!!

Motorsports juga mengajar kita mengenal erti kehidupan dari sudut nak tengok mamat tu sembang meletup ke tak atau bahasa lembutnya kebenaran. Bercerita dari sudut pengalaman yang cetek ni, aku pernah bersembang dengan seorang sahabat ini. Aku saja bercerita dan memetik seorang dua nama – nama mekanik TOP di Lembah Klang ni. Pada mulanya dia buat muka tak kenal dan terus mengaku tak kenal. Minggu depan tup tup terus kenal, “Aku pernah pegi kedai dia”, “Oh dia yang buat kereta tu jadi roket” bla bla bla. Cuba korang bayangkan perasan aku masa tu macam mana, nak lempang dia manusia lak, nak kutuk..aku bukan jenis boom orang. Diam je la. Orang jenis macam ni spec yang tak nak kalah. Dia lah KING, dia lah yang kenal habis semua orang, pendek kata dia hebat lah! Susah sangat ke nak mengaku diri kita tu naïf dan tidak tahu? Kalau kita naïf dan tidak tahu tidak akan menjadi masalah. Kalau kita mengaku mesti akan ada orang yang akan mengajar kita. Hidup ni senang saja. Aku ni bukan nak kata aku ni BEST GILA NAK MAMPUS, tapi mengaku salah dan menerima teguran menyebabkan aku belajar ilmu baru.

Aku juga hormati sesetengah individu dalam Motorsports bukan semata – mata berapa banyak piala dia dah menang, bukan semata – semata betapa banyak barang Rare yang ada dalam kereta dia, bukan semata – mata dia yang paling kedepan dalam soal modify kereta ni. Bagi aku penghormatan yang aku berikan adalah kepada usaha yang dia lakukan tanpa menyusahkan orang lain dan kesungguhan yang dia tunjukkan. Sebagai contoh rakan blogger aku Mr.Arul, dia ni haram tak pernah masuk race, haram tak pernah cerita penah titik Evo ke, Subaru ke, apa lancau la..Dari pakai Honda Civic EK 2 Doors terpaksa downgrade kepada Perodua Kancil L5. Keputusan dia ambil tu walaupun ada suara – suara sumbang kata “Hak ela apa ke bengap dari EK main kancil” blablabla..Tapi aku tetap hormat dia. Downgrade sebab dia nak beli rumah untuk keluarga. Dia korbankan sekejap minat motorsports dia untuk family. Moleklah tu, dari buat enjin dan kereta bagai tapi kehidupan keluarga macam pendatang haram duduk dalam rumah setinggan. Sanggup gadai kehidupan keluarga semata nakkan orang tunduk kat kaki kau respect sebab kau kedepan main kereta? Heh??!!

Siapa kata motorsports merupakan satu benda yang tak menyeronokkan. Kita boleh nikmati kehidupan dengan lebih bermakna. Kita boleh kenal perangai manusia masing – masing bagaimana. Aku memang suka dengan kehidupan motorsports. Sebab macam aku nyatakan tadi. Daripada orang yang suka sebar Mitos sampailah apa saja barang dia pakai itulah yang paling best dan gempak. Aku pakai Perodua Myvi pon kena tibai siap kata kereta Myvi tak best kereta **** lagi best. Pernah jumpa orang macam ni? Relax relax sudah. Senyum je! Angkat kaki lambung belah jauh – jauh. Motorsports jugalah yang membuatkan aku kenal erti kehidupan betapa hobi ini buanglah sejauh mana pun pasti akan datang balik. Tinggal nak pakai Supercar ataupun kereta Mini. Ukur baju sendiri.

Sekian itu je lah bebelan aku kali ni. Banyak lagi sebenarnya tapi karang bebel banyak – banyak boring pula kan?

See ya!!

Monday, August 1, 2011

Handbag Dan Kereta

(Tulisan yang menarik untuk diulas oleh aku)

2 minggu lepas aku hantar kereta Proton Waja (perasan power) aku tu pegi dyno. Dengan beberapa projek penambahan yang dilakukan maka sudah tentu kita kena tengok hasilnya. Tapi sayang masalah lama berulang..Misfires! Damn man.

Balik ke bengkel, bincang apa yang tak kena. Perbincangan bukan setakat dengan Mr.Pomen sahaja malah dilanjutkan melalui SMS, facebook dan email. Sampai adalah seorang dua gadis – gadis hot (sorry memang aku dikelilingi oleh gadis hot hahaha) pelik tengok perangai aku. Kalau cerita pasal kereta hidup, aktif, horny dan sebagainya. Memang pelik pun. Siapa kata mat kereta tak pelik? Pelik dan ajaib!

Pelik sebab kita punyai minat yang mula dari sekolah sampailah ke tua. Dari pakai Perodua Kancil hinggalah ke Porsche. Pelik sebab kita tak jemu – jemu dengan minat ini. Ermmm..pertama sekali kepada wanita – wanita dan gadis – gadis di luar sana kena la berterima kasih dengan mat – mat kereta tegar ni sebabnya elok main kereta tak jemu – jemu dari main perempuan tak jemu – jemu. Kami hanya pergi ke bengkel dan jumpa kawan – kawan sembang mengarut semuanya pasal kereta.

Ada yang mengadu “tak habis – habis dengan kereta, bila u nak ada masa dengan I”..Awww huhuhu. Okay okay, tapi cuba renung balik. Kalau kami yang minat kereta ini kalau meluangkan masa dengan anda semua. Habis satu One Utama kita round. Habis satu Suria KLCC kita jalan. Habis satu Sunway Pyramid kita pusing – pusing. Masa yang dihabiskan tersangat kualiti. Dengan suasana yang sejuk sebab kena aircond. Makan tempat best. Tengok movie dan yang penting shopping handbag! Apa beza handbag dengan kereta? Kebanyakkannya wanita mesti ada handbag lebih pada 3. Baik dari jenama Bonia sampailah ke Burberry. Setiap tahun ada sahaja handbag baru dibeli. Ada yang lebih hebat setiap bulan beli handbag baru.

Kita punya minat yang sama. Kita juga sering mencuba barangan cap Ayam. Dari gred AAA sampailah ke Z. Kami juga guna sport rim cap ayam yang gred AAA. Kamu gadis – gadis hot pakai juga handbag Made in Thailand dan beli dari jauh nun di Kota Belanja Bandung hehehe. Janji bergaya dan nampak best. Tak pakai rim TE37 yang ori kita pakai yang hampir sama dan Made In Taiwan.

Aku berani jamin, wanita atau gadis diluar sana kalau bersembang mengenai dengan teman – teman mereka mesti dengan penuh bernafsu dan ada masanya terus klimaks. Yup, sama macam kita orang lelaki yang minat kereta. Bila satu tahap tu kita mula sembang dengan suara kuat dan last sekali mesti kita cakap “Pehhh stim baii” kena macam kawan aku Arul “Pancutttt” (mamat ni memang sex maniac sikit).

Cuma mungkin ada bezanya, handbag bila dah lama dan koyak sikit sudah pasti masuk dalam kotak dan berdebu. Kita orang lelaki yang minat kereta tidak sesekali akan buat macam itu. Kita akan lap dan basuh kereta. Lagi lama barang itu, lagi kita sayang. Lagi lama barang lagi kuat kita berusaha untuk memastikan ianya tidak ditelan zaman. Caranya? Tukar sportrim, tukar enjin (hehehe), tukar cat dan yang paling penting..bagi laju!!

Masing – masing ada minatnya. Kalau boleh toleransi kan molek tu. Kalau nak pertikaikan lagi minat masing – masing memang takkan habis. Kita orang lelaki yang minat kereta sudah pasti tidak akan lari dari tanggungjawap masing – masing baik sebagai seorang anak mahupun seorang ayah. Ya, kita mungkin ada sedikit nakal dengan mengUSHA aweks – aweks yang cun dan hot. Kita juga buang masa tapi ini tidak bererti kita jenis lelaki yang akan lari kepada wanita lain. Kalau ada pun itu bukan peminat kereta sejati. Mereka hanya gunakan kereta untuk memuaskan nafsu yang tak pernah habis. Mereka gunakan kereta untuk mengorat girlfriend orang, Mereka gunakan kereta untuk pikat isteri orang. Mereka gunakan kereta untuk ada perempuan selain dari yang setia pada mereka. Peminat kereta yang sejati kita akan bincang dari sudut teknikal, enjin, sportrim, handling dan macam – macam lagi. Kita akan juga berbincang bukan setakat kereta malah isu semasa. Itu bezanya. Aku ada kawan – kawan yang jatuh kepada dua – dua kumpulan ini. Satu pihak memang guna kereta nak sebat perempuan. Satu lagi memang atas dasar minat yang memang mendalam.

Ada satu ayat yang membuatkan aku terfikir dan bersetuju dengan ayat tersebut. Ayat yang membuatkan aku terus kekal dalam hobi ini : “This type of wife will never run off..” (sumber) Sebabnya walaupun kereta kita sudah lama dan mungkin ditelan zaman, tapi ia tetap setia menemani kita kemana saja kita pergi. Hujan, panas, frust menonggeng, tengok race, tengok wayang, pergi lepak kedai mamak dan yang penting masuk trek berentap! Kereta tidak pernah meninggalkan kita. Kita yang akan meninggalkan kereta. Kereta tidak pernah cuba ikut tuan yang lain, kita yang selalunya akan ikut orang lain.

Sebab itu kita yang minat kereta akan terus dengan hobi kita dan terus bernafsu dengan kereta!

Oh ya…

Handbag dan kereta sama saja! Tiada beza pun!

Sekian!

Monday, April 25, 2011

SNF Pusingan ke-3 : The Saga Continues

Sorry lambat update blog. Bz dengan tugasan sampingan yang diberikan. Yang tahu tahulah, yang tak tahu takpe duduk diam-diam hahaha (sarcastic sikit bukan selalu)

Pertama sekali aku ingin ucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjur satu siri acara yang gempak. Dah lama penduduk lembah Kelang tak menyaksikan acara yang dahulunya meriah di Batu Tiga.

Kedua..sudah pasti buat proDRAG Evotec. Dengan sedikit kekalutan ketika menyediakan jentera Honda Civic EK9 dan kelewatan tiba ketika acara sudah bermula. Dua kali bermula dari belakang untuk kategori 1.8 Open. Namun semuanya dibalas dengan kemenangan tempat pertama dan ketiga. Pertama untuk kategori 1.8 Open dan ketiga untuk kategori FF Festival (2.0 Open).

Puas hati aku. Puas hati team proDRAG dan puas hati team EVOTEC.

Oh ya, proDRAG juga menghantar jentera untuk kategori FF Festival. Tidak lain tidak bukan Mr.Adam Yacob. Aku kagum dengan semangat juang dia yang tersangat tinggi. 1 Heat catatan masa `1:24. Heat 2 1:21 dan heat 3 menyebabkan aku terdiam dan kagum, 1:19. Hebat bro. Tapi gambar tak sempat amik la kawan. Next Time aku snap banyak - banyak

Okay lah untuk tatapan umum. Sila tatapi gambar ini.


Untung anak dia, bapak dia racer hahaha



Bajet kacak la tu? Puihhh hahahah..gurau bro

Thursday, April 21, 2011

SNF Pusingan Ke-3 : Preparation

Salam semua pembaca,

Saturday Night Fever Pusingan ke-3 akan berlangsung pada 23/4/2011. Bermakna lagi satu hari saja lagi acara gempak ini bakal berlangsung.

Bagi team proDRAG Evotec, persiapan terakhir sedang dijalankan. Handling, breaking dan beberapa komponen diperiksa dan ditingkatkan.

Aku sempat merakamkan dua keping gambar di bengkel semalam. Kalau ikut kata Ali proDRAG, Honda Civic EK9 ni akan nampak lebih garang. Dengar khabar tukar sportrim. Tuan Manager Amat Evotec kata dengan yakinnya "Wei tukar sportrim naik 100hp..tambah sticker naik 4hp!"

Okay lah dua keping gambar je.

Aku sebagai rakan tak sabar nak tengok Honda EK9 ni berentap. Aku doakan terbaik. Harap untuk kategori FF dapat naik satu anak tangga. Kategori 1.8 kalau boleh biar macam dulu. Untouchable!! Amin


Final check..kot kot ada leaking ke tak


Handling setup by proDRAG Motorsports

Selamat Maju Jaya proDRAG EVOTEC!!

Tuesday, April 5, 2011

www.snf.my

Salam sejahtera buat semua pembaca yang terus setia menunggu apakah post terbaru aku.

Ok kalau korang baca tajuk mesti pelik kan? www.snf.my? Apa kejadah tu? Laman web porno mana tu? Laman web MLM mana tu? Laman web politik mana tu?

Ermm...

Okay tanpa membuang masa dan waktu, www.snf.my adalah laman web rasmi untuk Saturday Night Fever Challenge Series. Mengambil ringkasan SNF maka laman web tersebut dilahirkan. Jika dahulu segala macam update, keputusan, gambar dan video semuanya di Ignition.my dan dalam berbahasa Inggeris. Maka dengan mengambil semangat kebangsaan dan cintakan negara, Ignition.my membina satu lagi laman web khas untuk Saturday Night Fever Challenge Series yang menggunakan bahasa kebangsaan yakni Bahasa Malaysia.

Tujuan? Agar menarik ramai lagi anak muda untuk menyertai pertandingan ini. Agar memahami apa tujuan sebenar acara gempak ini diadakan dengan sedalam - dalamnya.

Apa kena - mengena dengan aku? Sebelum tu aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ali Prodrag dan isterinya sebab memperkenalkan aku kepada salah seorang orang kuat SNF ini. Siapa? Antek..bagi yang lama dalam dunia motorsports pasti akan mengenali Antek ini. Antek merupakan pengasas perlumbaan drag. Aku bukan nak menidakkan sumbangan Putera Racing dan lain - lain. Tetapi dialah manusia yang bertanggungjawap memperkenal dan mewujudkan Sepang Drag Battle yang hingga hari ini telah mempunyai pengikutnya tersendiri. Antek boleh digelar sebagai Bapa Drag Malaysia..yup..ikhlas aku katakan dan bukan aku saja ramai yang mengatakan sedemikian.

Ali Prodrag dan Isterinya terima kasih, one day i will payback. This is my promise!

Ok, Antek memperkenalkan aku kepada Adian (The Organizer). Sembang punya sembang, akhirnya www.snf.my diwujudkan.

Errr abis tu blog ni macam mana?
Tetap wujud. Tetap menjadi satu medium untuk motorsports Malaysia. Tetap menulis kereta - kereta yang bagi aku sedap untuk diceritakan. Tetap menjadi tempat untuk mengkritik siapa saja untuk memastikan perjalanan motorsports Malaysia seperti yang diidamkan menjadi kenyataan dan yang paling tetap menjadi medium memperkenalkan proDRAG Motorsports kepada seantero Malaysia dan barangkali Asia!

Selamat Melayari Laman Web Ini...