Sunday, January 31, 2010

Activities on Saturday


Last Saturday, I went to a workshop called proDRAG at Sunway The Heart Of Motorsport. Going there because i want to change the brake pad in the front wheel and make a little adjustment to the height of the car and also make some modifications on the exhaust sensor wires. All the work took nearly 2 hours for the workshop practice emphasizes quality work. Only those who look forward only to be complaining. For me it is not a problem and it works the quality is the satisfaction I can. Betul tak?

During the waiting for my car completed, I have learned a new knowledge. Knowledge about the never expect me thinking. Usually if we want to record a fast time in both drag racing or track, between things that should be changed is the suspension system, anti-roll bars, tires and a good many more that can be changed. But there is another very important thing in the world of racing is spot-Weld process. What is spot-Weld process? if in a language easily understood is the process to strengthen car bodies. The purpose other than that things can be changed as I have told earlier, car bodies must be strengthened so that when entering the corners at high speeds and while speeding in drag racing, car body that does not swing and this can help us in the fastest time recorded. Gua bagitau based on dari orang yang pernah berlumba di track dan lumba drag. Budak baru belajar bai hehehe.


So this model that will be strengthened. Daihatsu Mira L5! This car was purchased directly from Japan and one purpose only, specifically for drag racing. The owner of the vehicle to a customer proDRAG. The owner of the vehicle buying a car because he wants to put the engine has been built and have been recorded horsepower of 290hp at 1.7 bar. Old engine has been placed in the body 4-door car Perodua Kancil and will be transferred to the car body Mira L5 and of course the difference will be a lot of car body weight decreased. Ringan la kot hehe.

But that is not the main thing I want to say. I want to say how the process of spot-Weld made.


See how Chasis in the front car had undergone the process of spot-Weld.

Let us see a clearer image.


Sorry la bro..pakai camera handphone...tak berapa clear hahaha.

All the process is conducted in a workshop proDRAG Motorsport.

At night I can see is one of the performance items rarely seen. Ya la aku ni budak baru dalam dunia motorsport ni :-P

Performance intake by Cosworth!!




These items have been purchased by owner of Mazda car who were foreign. His car recorded power output of 450hp and using this item will definitely increase the power output of 10 to 20 horsepower. Maybe more!!

Well, so far only that I can tell you. Maybe after this will be many more stories can be told. Hope so hehehe..

Motorsport for live!!

Thursday, January 28, 2010

Lumba Haram : Salah Siapa?

Saya terpanggil untuk menulis mengenai mat - mat rempit dan mat - mat kereta. Punca mereka merempit selain dari keadaan rumah yang sempit, orang yang terlalu ramai di kawasan rumah mereka, adalah keinginan untuk memiliki kereta supaya dapat memandu laju seperti pemandu F1 dan lain - lain.

Tapi bagi saya terlalu meminati dunia perlumbaan kereta (sudah pastinya mengikuti saluran yang halal), selain daripada punca - punca tersebut, saya berpendapat punca lumba haram yang melibatkan baik mat - mat rempit dan mat - mat kereta adalah kerana kerajaan yang telah memperkenalkan dunia perlumbaan kepada rakyat Malaysia tidak menyediakan tempat - tempat perlumbaan yang strategik dan yang pastinya murah di Malaysia ini.

Saya telah mengikuti dunia perlumbaan di Malaysia semenjak umur saya 15 tahun dan sehingga sekarang. Dari trek Batu Tiga Shah Alam, Jempol, Nilai 3, dan yang terakhir sekali dan masih berjalan adalah di Sepang. Terus terang saya katakan, ruang untuk anak - anak muda yang melepaskan gian sudah semakin terhad. Mereka yang bertanggungjawap yang memperkenalkan Valentino Rossi, Micheal Schumacher, filem - filem lumba di Malaysia. Perasaan untuk menjadi seperti mereka sudah pasti wujud kepada anak - anak muda Malaysia yang suka kepada dunia kepantasan. Dunia perlumbaan sudah wujud pada zaman dahulu lagi. Rasulullah s.a.w juga meminati perlumbaan tapi pada waktu itu perlumbaan bukannya kereta tapi kuda dan unta.

Saudara - saudari harus tahu, peminat dunia perlumbaan sekarang terpaksa melepaskan gian mereka di Sepang khasnya buat mereka yang berada di kawasan KL, Selangor, N.Sembilan, dan Melaka. Buat mereka di Johor mereka akan melepaskan gian di Pasir Gudang. Tapi bagaimana yang berada di Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak?

Litar Sepang terlalu banyak karenahnya. Dari pengurusan litar hingga kepada yuran pendaftaran yang mahal. Ramai yang merungutnya. Lihat saja salah satu daripada mereka yang menyertai perlumbaan di Sepang, sudahlah banyak karenahnya, yuran yang tinggi namun penyediaan kemudahan untuk perlumbaan masih lemah dan lembab. Jika beginilah perangai dan sikap pengurusan Litar Sepang, jangan harap lumba haram di jalanan dapat diselesaikan. Sudah pasti mereka yang begitu meminati dunia perlumbaan akan kembali semula di jalanan. Lumba haram di lebuhraya, jalanraya, jalan - jalan kampung akan tetap ada. Saya tetap meletakkan kesalahan ini di atas bahu kerajaan Malaysia. Mereka yang kenalkan dunia perlumbaan namun tempat untuk mereka berlumba amat teruk dan pengurusan yang banyak karenahnya. Kalau di litar pengurusan umpama sampah lepas itu mahal harganya lebih baik berlumba di jalanan walaupun tiada pengurusan dan bayaran tiada dan itu bagi mereka lebih baik dari hati sakit.

Bagaimana mat - mat motor? Adakah tempat mereka untuk berlumba ada? Ada sesiapa boleh jawap? Benar, saya akui walaupun litar yang selamat diadakan perangai untuk berlumba di jalanan akan tetap ada. Sekurang - kurangnya kadar lumba haram dapat diturunkan. Dari 100% turun kepada 80%. Yang penting penurunan kes rempit di jalanan kurang. Tidak guna kita membelasah mereka di jalanan. Tidak guna kita buat tangkapan besar - besaran dan bila ditangkap dipukulnya mereka di tepi jalan. Kekasaran suatu hari nanti pasti dibalas dengan kekasaran. Sediakan litar yang selamat dan murah kepada mereka. Supaya mereka ini ada tempat untuk melepaskan gian mereka.

Walaubagaimana pun jika ada yang meragut, memukul dan samseng mereka itu bukan mat - mat rempit aka motor. Itu hasil daripada pertubuhan samseng yang dihalalkan oleh sesetengah pihak. Mereka inilah yang telah merekrut anak - anak muda, mat - mat kereta, dan mat - mat rempit dan menukar perwatakan mereka menjadi jahat. Samseng jalanan. Saya sebahagian dari kelompok anak muda yang sukakan kepantasan. Perubahan sahabat - sahabat saya yang memasuki pertubuhan ini amat ketara. Mereka inilah yang melakukan kejahatan di jalanan. Mereka inilah yang memukul insan - insan yang lemah di jalanan. Mereka inilah yang meragut di jalanan.

Jadi kesimpulan yang saya mahu sampaikan, buat kerajaan - kerajaan negeri yang diperintah oleh siapa sahaja. Binalah dahulu litar yang selamat dan murah kepada mereka ini. Percayalah, penurunan kes lumba haram di jalanan pasti akan turun. Jangan dibelasahnya mereka dahulu. Kasihanilah mereka. Mereka berbeza dari insan - insan yang lahir dari "perut" pertubuhan samseng.

Buat mat - mat kereta dan mat - mat rempit. Bersatulah. Desak kerajaan untuk membina litar yang lebih murah dari Sepang dan selamat. Yang tidak banyak karenah macam Sepang.

Sekian...

Sepang Drag Battle 2010

The biggest event for fans of drag racing has returned!!

With new machines, new setup and anything new for this event should be awesome.



HHope this event will attract more people and the Sepang Circuit authorities please do not raise the price!

Enjoy this event!!

MIVEC

Posting aku yang pertama nak cerita pasal enjin aku pakai.

Harap korang terhibur...

MIVEC

Apa itu MIVEC? MIVEC adalah Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan terdekat atau musuh ketatnya VTEC. Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil yang cukup unik. Sistem ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa jika rpm dibawah 5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan pedal minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya akan muncul.

Enjin ini atau sistem ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk enjin ini yang mempunyai sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda..banyak tu.

Tapi hari ini kita hanya bicara mengenai kod enjin 4G92 kerana enjin ini lah yang paling popular di Jepun mahupun di Malaysia.

MIVEC CA4/CB4



Popular di Malaysia khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama. Enjin ini juga popular kerana pengguna kenderaan seperti yang saya sebutkan tadi terlalu ramai di jalanraya dan bagi mereka yang inginkan kepantasan, kelajuan tetapi dalam masa yang sama tak berani nak tukar enjin turbo dan cukai tak jalan tak mahal (1.6cc je) maka MIVEC lah jawapannya



Enjin CA4/CB4

Jika saudara tengok gambar diatas ini, ini merupakan enjin MIVEC generasi yang pertama. Seperti juga yang saya sebutkan sebentar tadi, enjin ini boleh digunakan oleh Proton Wira, Satria, Wira dan Putra. Disebabkan model - model Proton ini terlalu banyak di Malaysia maka secara tidak langsung harga untuk sesebuah enjin ini hampir mencecah RM 5000 ke 7000.

Selalunya enjin yang berharga RM 7000.00 ini selalunya enjin MIVEC Rs atau CB4. Enjin RS ini atau CB4 yang menyebabkan ianya mahal kerana enjin ini dilengkapi gearbox LSD. Dari sudut enjin pula model RS ini dilengkapi dengan spring valve titanium dan duration cam ia agak tinggi dari model CA4. Namun dari sudut kekuatan enjin (horsepower) tetap sama. Tapi bagi mereka yang meminati perlumbaan drag atau trek, mempunyai gearbox LSD merupakan satu kelebihan kerana jika kita mempunyai gearbox seperti ini kerana keupayaannya untuk melonjak keluar ketika lampu hijau menyala lagi berkesan dari gearbox yang tidak mempunyai gearbox LSD kerana, LSD akan mengelakkan tayar slip atau berpusing secara berlebihan di atas jalan.

Enjin ini juga mempunyai saingan terdekatnya. Saingan itu tidak lain tidak bukan B16A DOHC VTEC. Walaupun dari sudut kuasa kuda enjin yang lebih tinggi dari B16A, cc yang lebih tinggi dari B16A, namun enjin ini tetap gagal untuk menyaingi kekuatan dan kepantasan dari B16A. Jika para pembaca tidak percaya sila ke youtube dan taip 1993 Mirage Review dan lihatlah bagaimana model jenis ini telah ditinggal jauh oleh enjin B16A ini.

Punca kenapa enjin ini kurang daripada B16A adalah kerana MIVEC CA4/CB4 lemah dari sudut gear ratio.

Buat peminat enjin MIVEC jenis ini sila lihat perbandingan gear ratio dibawah ini.

MIVEC 4G92 CB4A :

1 - 3.083
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592

B16A

1 - 3.230
2 - 2.105
3 - 1.458
4 - 1.107
5 - 0.848
R - 3.000
F - 4.400

Jika dilihat pada sudut final drive memang MIVEC mempunyai final drive yang tinggi sedikit daripada B16A ini namun jika dilihat ratio dari gear 1 hingga 3 ternyata B16A mempunyai ratio yang lebih mantap dan menarik daripada MIVEC 4G92. Sistem gear yang rapat atau close ratio yang dihasilkan oleh Honda ketika itu memang menakjubkan. Hanya sekadar kotak gear tersebut, Honda mampu meninggalkan enjin MIVEC CB4A itu dengan begitu jauh.

Dari sudut keringanan sesuatu komponen enjin, MIVEC model CA4A/CB4A atau kita sebutkan sebagai MIVEC Gen1, ternyata lebih berat berbanding B16A VTEC. Sebagai contoh gearbox. MIVEC Gen1 mempunyai 3 batang shaft (penyambung gigi -gigi gear) manakala B16A hanya mempunyai 2 batang shaft. Dari sudut ini jelas kelihatan MIVEC Gen1 sudah ketinggalan dari sudut berat sesuatu kompanen jika hendak dibandingkan dengan B16A.

Mungkin ada tak percaya tapi sila ke http://www.youtube.com/ dan sila taip 1993 Mirage Review dan saksikannya....

CK4A/CJ4A

Selang beberapa tahun kemudian, Mitsubishi melancarkan model baru untuk Mirage Cyborg ZR. Model ini dikeluarkan pada tahun 1996. Masih menggunakan nadi yang sama iaitu 4G92 MIVEC. Cuma kali ini enjin telah diubahsuai kedudukannya.




Model Ck4A/CJ4A


Para pembaca boleh lihat perbezaan dari sudut kedudukan enjin baru ini. Kedudukan timing belt yang telah pun berubah, extractor yang mempunyai flow yang lebih cantik.

Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo, dan Saga-BLM. Namun enjin jenis ini masih tidak sepopular jika hendak dibandingkan dengan CA4a/CB4a kereta majoriti kereta - kereta yang saya sebutkan tadi masih baru dan tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk menukar enjin asal kepada enjin Mivec atau enjin - enjin Mitsubishi yang lain.

Namun, tidak ramai yang tahu di Malaysia khasnya kehebatan prestasi enjin ini. Inilah satu - satunya enjin yang dapat memberi saingan paling hebat buat B16A pada tahun yang juga telah mengeluarkan model baru iaitu Honda Civic Ek4 yang masih menggunakan jentera B16A. Jika tidak percaya sila ke http://www.youtube.com/ dan sila taip 1996 Mirage Review.

Jentera baru Mitsubishi ini benar - benar hampir memalukan B16A. Walaupun tewas pada penghujungnya. Namun jika saudara - saudari lihat pada video tersebut ternyata B16A hanya mampu meninggalkan Mivec 4G92 sangat sedikit. Jika dahulu, B16A meninggalkan 4G92 Mivec dengan begitu jauh namun kali ini tidak lagi.

Jadi apa yang membezakan Mivec tahun 1993 dengan Mivec tahun 1996. Perbezaannya ialah pada gear ratio. Mari kita lihat perbezaannya

Ck4A/CJ4A

1 - 3.071

2 - 1.947

3 - 1.379

4 - 1.030

5 - 0.820

R - 3.363

F - 4.625

CA4A/CB4A

1 - 3.083

2 - 1.947

3 - 1.285

4 - 0.939

5 - 0.756

R - 3.083

F - 4.592

Kekuatan utama pada Mivec Ck4A/CJ4A ini berada pada gear 3 dan 4. Gear 3 pada model ini telah dipertingkatkan lagi kekuatannya dengan menambah gigi gear 3 itu daripada 1.285 kepada 1.379. Manakala final drive model CK4A/CJ4A telah dinaikkan dari 4.592 kepada 4.625. Dengan meningkatkan final drive dan gear 3 pada model ini ternyata berhasil apabila Mivec model ini nyaris - nyaris dapat memalukan B16A.

Dari sudut berat sesuatu komponen enjin, model ini telah membuat perubahan pada isi dalam gear box tersebut. Daripada mempunyai 3 shaft kepada 2 shaft sahaja. Ini telah menyerupai sistem gear Honda VTEC.

Saya ulangi sekali lagi, buat peminat MIVEC sila membuat perbandingannya sendiri dengan menaip 1993 Mirage Review dan 1996 Mirage Review di laman web http://www.youtube.com/

Mitsubishi juga tidak berdiam diri apabila melihat formula yang dihasilkan pada model tahun 1996 ini hampir berjaya menjadi Raja 1.6 dan sekali pada tahun 1999, mitsubishi telah mengeluarkan model yang sama dan enjin sama cuma diubahnya ratio pada gear 2, daripada 1.947 kepada 2.071. Hasilnya? 4G92 model Ck4A/CJ4A telah berjaya meninggalkan B16A. Anda semua boleh mencarinya dengan membeli VCD atau DVD yang bertajuk Best Motoring (maaf saya lupa volume keberapa).

Kesimpulan

Model ini sebenarnya popular di Jepun. Banyak barang - barang prestasi atau performance telah dihasilkan (khasnya model Ck4A/CJ4A). Sememangnya MIVEC benar - benar memberi saingan sengit kepada VTEC jika sama - sama masih mengekalkan 1.6cc. Namun jika sudah melakukan modifikasi itu cerita lain. Jadi saya berharap, buat pemilik enjin MIVEC yang memandu kereta Proton Wira, Satria dan Putra saya harap anda semua boleh faham kenapa anda tertinggal jauh dengan B16A.

Buat pemilik kenderaan Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo dan Saga - BLM. Anda harus berbangga, model inilah yang dapat memberi sainga hebat kepada B16A.

Sekian.....