Wednesday, February 9, 2011

Budaya Hormat Dalam Motorsport

Dahulu aku sering memandang negatif pada sesetengah mekanik yang ada dalam dunia motorsport Malaysia. Walau hebat bagaimana mereka pun, aku tetap mahu mencari salah mekanik - mekanik yang hebat dalam Malaysia. Aku cuba mengorek kejahatan yang mereka ada. Aku akan pertikaikan kehebatan mereka dalam modifikasi enjin. Tapi pada akhirnya aku tertanya pada diri - sendiri, apa yang aku dapat?

Tapi setelah usia semakin meningkat aku mulai sedar seburuk mana pun mereka, mereka tetap antara manusia yang memeriahkan setiap acara motorsport di dalam negara kita. Baik perlumbaan drag mahupun perlumbaan litar penuh. Bayangkan jika mereka yang KONONNYA jahat dan tidak bagus ini tidak aktif dan tidak wujud apakah acara yang saban bulan kita tengok akan meriah sebegini rupa. Apakah kerana jentera mereka tidak pantas maka kita mahu terus menghina mereka? Apakah dengan cara ini kita mampu memeriahkan acara perlumbaan dalam negara kita ini?

Aku masih ingat ada segelintir rakan - rakan yang merasakan analisa mereka bagus dalam dunia motorsport ini, sering menghamburkan kata - kata negatif kepada mereka yang ada keinginan untuk berlumba. Kritikan yang langsung tidak membina semangat. Pasti kita semua pernah dengar, "Kereta kau tak laju lah", "Workshop A tak bagus la sure kalah punya", "Nak menang macam mana sticker bersepah", "Dia pandai bawak ke", dan bla bla bla bla...

Tapi sekurang - kurangnya mereka yang ada niat mahu berlumba berani mencuba. Mereka tetap melakukannya walaupun dikritik maha hebat oleh mereka yang tersangat otai katanya. Kalaulah mereka yang sering dikritik ini terkesan dengan kritikan dari mereka yang "otai" ini, jangan terkejut setiap perlumbaan yang ada di negara pasti akan sunyi. Sunyi sebab penyertaan yang semakin kurang. Mana tidaknya kalau mereka takut kena kutuk dengan mereka yang tersangat "otai" ini.

Aku masih teringat waktu dulu, aku selalu sangat menidakkan kehebatan seorang mekanik ini. Selalu kata nasib dia baiklah, tak hebat mana pun, orang tu lagi hebat, itulah inilah. Tapi lama - kelamaan, aku mulai sedar. Sekerap mana aku menghina mekanik tersebut sekerap itulah dia telah memenangi dalam setiap perlumbaan. Baik nombor tiga mahupun nombor satu. Sekurang - kurangnya dia telah meletakkan satu penanda buat orang lain untuk membina jentera yang lebih pantas daripada jentera dia. Sekurang - kurangnya kehadiran dia ditunggu - tunggu oleh semua orang. Kita yang menghina atau mengkritik tak kena gaya ni, ada orang tunggu tak? Ada orang nak gerun tak? Jangan mimpi!

Aku suka dengan karektor kawan aku seorang ini. Seorang mekanik, kawan dan sifu pada ramai mekanik diluar sana. Dia memang menghormati mekanik diluar sana. Hatta pesaing terdekatnya sekali pun. Namun untuk menghina mereka tidak sama sekali. Walaupun ada di waktu awal kemunculannya dengan Proton Satria 1.3 (super 1300) pernah membantai semua jentera di sekitar Shah Alam dan Glenmarie tak kira apa jenis enjin sekali pun. Pernah memenangi semua kategori pada satu malam di Jempol. Oh ya, waktu dulu Jempol merupakan tempat perlumbaan drag yang TOP. Jadi, kepada sesiapa yang ada hati nak pertikaikan tak mengapa. Ternyata kalian newbies. Tapi dia tetap menghormati pada mereka yang pernah tewas ditangan beliau. Itu belum dikira pernah menjadi The Quickest 4G91 dan pernah menjadi orang yang ditunggu - tunggu baik di Sepang mahupun Nilai 3. Tapi kenapa dia tidak pernah mengutuk mereka yang pernah tewas ditangan dia. Akhirnya dia telah dihormati. Hormat bukan sebab kepantasan jentera semata, tapi sebab akhlak dan sifat yang dia tunjukkan.

Kenapa kita yang biasa ini lebih suka mencaci, mengutuk dan mengkritik tak kena gaya? Salahkah kita menghormati orang lain. Kita punya pasukan masing - masing dan sudah pasti kita bangga dengan pasukan kita. Tapi janganlah sampai tahap pasukan lain tidak bagus dimata kita. Motorsport bukan tempat untuk menyebarkan permusuhan bodoh. Sebelum kita kritik, elok mengkritik diri - sendiri. Jangan pertikaikan orang lain punya kemampuan. Jangan senang - senang nak kutuk orang lain.

Artikel ini aku tulis supaya kita menghormati antara satu sama lain. Gossip, mengkeji ada masanya suatu hari nanti akan makan diri kita balik. Nak mengkeji biar perkara prinsip bukannya kemampuan dia menghasilkan sesuatu jentera mahupun kemahuan dan kemampuan dia memandu. Kita hina jika dia menipu pelanggan dan sebagainya. Tapi untuk menghina kemampuan dia, maaf. Aku mohon hentikan saja niat itu. Kita boleh berbincang kenapa jentera kurang baik walaupun telah melabur puluhan ribu. Melalui perbincangan kita meningkatkan ilmu. Tapi dengan terus - menerus mengkritik pada tak kira masa, kita ada masalah dengan mental kita.

Kalau ada sesiapa terasa, faham - faham sendirilah. Jadi, aku berharap perbincangan yang sihat adalah bagus. Tapi perbincangan itu mula bertukar menjadi kutukan yang melampau elok kita berhenti. Jika ada seseorang datang pada kita dan menghina tak kena gaya, cara terbaik adalah diam, senyum dan BLAH! Kerana sesungguhnya mereka itu tidak pernah membantu dunia motorsport kita.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

3 comments:

  1. yup agree with u ...janji msports ...janji race .....dari dok tepi trek citer macam2 , bila suruh masuk race diorang diam jek ...haha ...100% agree with u bro ..

    ReplyDelete
  2. Setuju seratus peratus... people that is brave enough to compete and took last place is still a winner in my eyes.. cuz i dont even have the balls to compete.. artikel ni memang memberi semangat untuk privateer macam saya huhu... nice article... nasib adian gave a link in the SNF group... This is gold

    ReplyDelete