Sunday, February 22, 2015

SATRIA H2B : CHASIS (2)

Hye berjumpa lagi,

Chasis part 1 hari tu kita cerita sedikit secara ringkas berkenaan chasis dan kerja-kerja pengukuran roll-cage bermula di SRF. Siri kali ini kita mula memasuki bab-bab beberapa perkara yang sudah mula ekstrem. Banyak peralatan yang ditelah di-custom made. Senang cerita lebih teliti dan serius.

Masih ingat siri lepas dimana hanya 4 point sahaja? Sekarang dah berbelas-belas point hahaha. Ini salah satu contoh roll-cage yang mementingkan keselamatan dan dalam masa yang sama pengukuhan chasis juga dibuat. Sangat-sangat kemas!! bro SAIDI memang gempak!!

Kerja-kerja ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Krew-krew SRF masih mengukur dan membetulkan apa yang sepatutnya agar Satria H2B dapat meluncur pantas.

Untuk memastikan body kereta tidak mengalami fleksi yang melampau ketika menyerang high speed cornering di Litar Sepang, maka pengukuhan wajib dibuat. Anda dapat melihat bahagian absorber belakang telah dipasang besi di kawasan tepi. Ini bertujuan untuk memastikan badan kereta tidak mengalami sebarang perubahan struktur badan. Perubahan ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tapi ikut kata master of chasis SAIDI, dah pasang nanti mesti akan rasa perbezaannya.

Masih ingatkah lagi lower arm Skunk2 dan absorber EK9? Yup, bahagian ini telah dinaik-taraf lagi agar dapat memberi kesan yang maksimum macam ada satu komen "ingat pakai benda ni boleh korner 180km/h?!!" hahaha, whatever dude. Jadi setelah berbincang dengan sangat teliti maka beberapa perkara telah dinaik-taraf. Jika anda perasan, pemegang lower arm telah digantikan dengan model Evo 123 agar lebih kukuh dari model Satria. Umum diketahui frame dari Evo 123 ini sudah pasti lebih kukuh dan kuat sebab model ini model Evo maa..turbo lak tu!!


Proses meringankan struktur kereta ini dilakukan dengan membuang bahagian tempat simpan tayar belakang. Namun pembuangan itu harus digantikan dengan beberapa batang besi yang ditujukan kepada beberapa penjuru agar casis tidak menjadi lembik dan fleksi. Ikut kata mr.Saidi dengan penambahan 4 batang besi ini mampu menguatkan casis.

Ikutkan byk lagi benda yang menarik hasil kolaborasi bersama Encik Saidi SRF. Tak mengapa kita akan tunjukkan lagi..

Bersambung!!



Friday, February 20, 2015

SATRIA H2B : CHASIS (1)

Sebuah jentera perlumbaan yang bagus apabila ciri-ciri keselamatan dititik-beratkan. Sudah pasti roll-cage menjadi peralatan yang sangat-sangat penting. Namun roll-cage juga bukan sekadar berfungsi melindungi pelumba tapi ianya berfungsi pengukuhan chasis. Kenapa perlu chasis dikukuhkan sedangkan jika kita sudah punyai enjin dan sistem suspensi sudah tip-top. Chasis sangat penting untuk memastikan kawalan atau handling kereta lebih sensitif, dinamik dan sudah pasti masalah understeer dan oversteer dapat dikurangkan sebanyak mungkin.

Untuk Siri Bercakap Dengan Jin opss haha Siri SATRIA H2B ini kita fokus mengenai chasis. "woi kata pasal enjin!" Hahah last-last la relax isap rokok dulu. Struktur badan kereta ini telah melalui proses demi proses pengukuhan chasis di sebuah kedai chasis yang top di Malaysia..abang SAIDI of SRF!!

Dapat kita lihat, Satria H2B sedang melalui proses membuat apa-apa saja alat, benda dan sebagainya untuk memastikan kereta ini dapat diringankan sebanyak mungkin. Cuba tengok belah kanan, batang besi roll-cage juga sudah dipasang

Roll-cage mula dipasang dan diukur agar cage yang dipasang benar-benar mengenai struktur chasis yang amat perlu dikukuhkan. Dapat dilihat roll-cage 4 point mula diletakkan di tempat sewajarnya.

Setelah 4 batang roll-cage dipasang buat sementara waktu, maka proses pengukuran dijalankan. Kenapa perlu ukur? Ingat apa yang telah dituliskan sebentar tadi, untuk memastikan titik-titik penting chasis dikukuhkan sebaik mungkin.

Ini baru sebahagian roll-cage yang masih belum siap. Tunggu pada minggu hadapan apabila roll-cage dah siap dan sudah pasti ada benda rareeee telah dibuat dan dibikin!!

Wednesday, October 22, 2014

SATRIA H2B : PART 7

Salam sejahtera,

Maaf lambat sikit update. Lambat sebab sibuk dengan tugasan harian dan of course Satria H2B sedang melalui proses persediaan rapi. Enjin dah naik untuk tujuan pengukuran terakhir jadi jangan harap barang-barang prestasi telah dimasukkan (haha).

Seperti yang kami telah nyatakan, sebagai sebuah bengkel yang masih muda, jadi kami titik-beratkan aerodinamik untuk melancarkan pergerakkan Satria H2B kami ini. Artikel lepas kami memotong sedikit bahagian fender kiri dan kanan. Ikutkan, bahagian bumper belakang pun ada sedikit pengubah-suaian tapi masih belum siap sepenuhnya. Kata tuanpunya bengkel ukuran tak tepat lagi.

Tapi sudah ada progres yang lain, untuk memastikan pergerakan Satria H2B lancar maka proses mengubah kedudukan asal radiator dilakukan.


Apakah tujuan kedudukan radiator ini diubah? Umum diketahui apabila sesuatu objek bergerak dengan laju maka sudah pasti akan berlaku rintangan kuat. Jadi untuk memastikan rintangan tersebut berkurangan maka radiator ini dibaringkan. Namun timbul persoalan lain, dengan kedudukan radiator telah berubah bagaimana pula sistem pengudaraan? Jika dahulu, radiator asal yang tegak berdiri sudah pasti permukaan keseluruhan radiator akan kena udara/angin yang datang dari hadapan dan ini menjanjikan sistem pengudaraan yang efisyen.

Jadi bagaimana untuk mengatasi perkara ini? Maka setelah melakukan beberapa kajian dan hasil kata putus pemikiran sendiri maka proses pengepungan angin/udara dilakukan.


Dapat dilihat pengepungan pengaliran udara/angin di bahagian kiri dan kanan radiator telah dilakukan.


Setelah bahagian tepi kiri dan kanan telah dikepung, bahagian atas kawasan radiator juga telah dikepung sebaik mungkin.


Setelah dipasang bumper hadapan dan tiada isu sangkut di mana-mana bahagian bumper maka inilah hasil radiator yang telah diubah-suai kedudukan asalnya dan proses pengepungan udara/angin yang dilaksanakan.

Okay, selesai sudah part 7. Kita akan berjumpa di lain waktu mungkin kita akan mula menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dilakukan untuk bahagian yang dinanti-nantikan..ENGINE!!

p/s cuba tengok gambar terakhir..4 lubang hidung Ahmad Nisfu uhuk..uhuk!!

Tuesday, September 16, 2014

SATRIA H2B : PART 6

Salam Sejahtera buat semua,

Sorry lama tak update. Banyak tugasan lain yang wajib diselesaikan. Baik, apa khabar Proton Satria H2B? Apakah yang sudah dilakukan? Banyak..sudah sangat banyak terutamanya part enjin. Tapi part itu akan jadi yang terakhir hehe baru klimaks!! Maaf kepada bertanyakan status Satria H2B ini, baik di Perlis sampailah yang sampai sanggup ber-email. Maaf sekali lagi.

Review kali ini lebih kepada penyediaan badan kereta. Akui kami bukanlah bengkel yang hebat, usia masih muda, pengalaman tak cukup dan lain-lain. Jadi, untuk merealisasikan impian memberi saingan hebat kepada jentera-jentera K-series selain daripada memilih enjin yang kurang belanjanya maka proses aerodynamic menjadi taruhan. Baguskah aerodynamic? SNF 2012, pusingan ke-4, dengan menggunakan saiz piston 82mm dan crank b18cR, Honda Civic EK9 yang kami gunakan berjaya menduduki tempat pertama dan meninggalkan para peserta lain agak jauh, dan juga menyebabkan suara-suara kacak dan cute mengatakan "Bro, dia 2Liter". Okay tu kisah lama.

Baik, bagi proses awal aerodynamic dan mencari setup yang bagus. Kami mulakan dengan bahagian fender kiri dan kanan.

Fender telah dipotong dan diselak atau bahasa kasar mudah faham ditolak kedalam dan membentuk satu lencongan sehingga ke bahagian tengah tayar.

Bentuk dan rupa jika dipandang dari sisi hadapan.


Ini baru contoh dengan meminjam bumper orang lain. Jadi, ini wajah atau rupa asas Satria H2B. Mungkin akan berlaku perubahan drastik terutamanya bahagian bumper hadapan.

Kenapa bahagian fender dibuat sebegitu rupa? Hasil daripada pusingan tayar yang laju akan menghasilkan ruangan udara yang banyak dan ini dapat memberi kesan sedikit kepada pergerakan kereta. Jadi dengan melencongkan udara tersebut keluar dari ruang fender, maka ianya sedikit sebanyak dapat memantaskan kereta. Ya, mungkin hanya milisaat sahaja masa yang dapat dijimatkan namun milisaat itulah yang akan membantu kita nanti.

Sekian, tunggu sambungan seterusnya..

Thursday, March 6, 2014

SATRIA H2B : Part 5

Salam sejahtera,

Berjumpa kita dalam the making of Satria H2B. Part 4 kita menceritakan penukaran lower arm Skunk 2 dan apa faedahnya. Hari ini kita bercerita mengenai bagaimana nak mengurangkan musuh ketat Front Wheel Drive iaitu Understeer. Inilah masalah FWD apabila setiap kali dipandu laju di selekoh. Walaupun handling setup telah pun dilakukan, masih ada sedikit lagi masalah tersebut.

Kereta racing yang mempunyai pembahagian berat atau dalam bahasa Inggeris weight distribution 50:50 adalah yang terbaik. Tapi sayangnya, ianya agak mustahil untuk sebuah kereta salon dan FWD. Jadi untuk mengurangkan understeer yang tidak sepatutnya, maka bateri, seat, dan apa sahaja yang boleh tarik ke belakang. Jika segala macam proses ini tidak dilakukan maka bahagian depan jentera berat dan ini apabila dengan kelajuan maksimum kita sampai di selekoh dan mahu keluar dari selekoh akan membuatkan jentera kita understeer.

Err mungkin ada yang tak faham understeer itu apa, tak mengapa kita ada wikipedia. Sekian!

Mr.Prodrag tengah mengukur sejauh mana seat ini boleh dibelakangkan


setelah semuanya diukur dan ditarik ke belakang kereta. Maka its time to do a make over

Sekarang Satria H2B sudah pun ke kedai cat kereta dan kedai membuat RollCage. Mungkin dalam masa 2 minggu lagi kita bertemu. Tapi yang pasti dengan tarikh TimeAttack yang semakin hampir, kerja-kerja menyiapkan jentera pasti akan semakin rancak.

See yaa..

bersambung

Wednesday, February 12, 2014

SATRIA H2B : Part 4

Salam sejahtera,

Lama tak update. Ramai tertanya-tanya bila nak update cerita pasal Satria H2B ini. Maaf, kerana workshop sibuk dengan persediaan perlumbaan lain untuk pelanggan mereka. Namun dalam kesibukan masih sempat lagi menyiapkan beberapa perkara terhadap jentera ini.

Jika dahulu kita bercerita secara ringkas mengenai kenapa pakai local suspension, kenapa pakai H22A dan sebagainya. Kali ini kita cerita dengan sedikit berat isinya. Apakah itu?

Dalam dunia perlumbaan rigidity (tak tau sila google translate) merupakan satu perkara utama dalam mempersiapkan jentera perlumbaan yang cemerlang. Chasis dan sistem suspension atau dalam bahasa kebangsaan sistem gantungan merupakan resepi utama untuk mencapai kemenangan. Apa guna kau ada power tinggi-tinggi tapi benda-benda macam ini kau sisihkan. Jangan salahkan orang lain jika ditinggal jauh.

Jadi, setelah melakukan sedikit kajian sistem suspension yang ada pada Satria, Honda Civic EK9, Honda Integra DC5 dan FD2R ada beberapa perkara yang menarik perhatian kami terutamanya melibatkan model Honda. Sistem suspension ber-evolusi dari EK9 hinggalah ke FD2R. Apakah itu? nanti senang-senang pergi jengok hehehe. Jadi untuk mencedok teknologi sistem suspension yang ada pada EP3, DC5 dan FD2R maka kami mengambil keputusan untuk memakai lower arm aftermarket dari jenama Skunk2. Kenapa? Dalam dunia perlumbaan, jentera bagus mempunyai chasis dan sistem suspension yang kurang pergerakkannya.

Maka setelah mengukur dengan begitu rapi dan teliti, proses-proses mengantikan lower arm belakang dari model Satria dengan lower arm Skunk2 bermula. Tapi sebelum itu kenapa tak pakai je lower arm ala-ala Skunk2 yang ada untuk Proton. Untuk melawa boleh untuk berlumba maaf..sangat merbahaya. Patah kalu...naya!!

Dapat dilihat bagaimana pemegang lower arm model Satria telah dicabut untuk membolehkan lower arm aftermarket digunakan.

Proses-proses memasukkan lower arm Skunk2 bermula :




Setelah proses mengantikan lower arm aftermarket Skunk2, ianya juga membenarkan kami memakai kebanyakkan barangan HOnda Civic EK9 seperti anti-roll bar belakang, absorber Honda Civic EK9 dan beberapa lagi barangan Honda Civic EK9. Hasilnya :


Setelah proses mengalih dan menggunakan lower arm original Skunk2..hasilnya...superb..awesome!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Adioss...

bersambung

Wednesday, October 16, 2013

SATRIA H2B : Part 3

Ramai tertanya - tanya apa itu H2B? H2B itu burger special cheese ke? Bagi yang tahu ramai juga yang menantikan kemunculannya. Okay apa itu H2B? H2B singkatan daripada perkataan H22A + B-series gearbox. Kenapa H22A? Kenapa tidak b-series sahaja? B-Series kan lagi meriah barangan performance? B-Series ada pelbagai jenis performance camshaft?

Enjin terbaru Honda adalah dari keluarga K-Series. K-Series buat masa sekarang merupakan enjin NA yang paling KING. Suka atau tidak, kita harus akui kekuatan K-Series. Dengan keupayaan menaikkan CC kepada 2.4 (ada yang menggunakan 2.6 bagi perlumbaan drag), sudah cukup meninggalkan saingan Honda. Kami pernah mencuba memberikan saingan sengit kepada K24 dengan menggunakan piston yang besar (blok B18cR yang di-bore 84mm) ketika MegaLAP pusingan pertama dahulu. Ya, dengan berbeza 1 saat sahaja (k24-2m29s b-series 2m31s) ianya sudah cukup memberikan isyarat yang cukup jelas CC memainkan perkara yang sangat penting. Malahan SNF 2013 kita dapat menyaksikan kepantasan K24 apabila side-by-side dengan B20 (kategori RaceCars Class 1)...tidak mampu lagi dikejar.

Nak main K24? Modal sangat besar. Halfcut k20a sahaja sudah mencecah belasan ribu ringgit. Itu belum dikira barangan performance lagi. Jadi setelah membuat kiraan dan membuat sedikit research di dalam laman web, H22A menjadi taruhan. Jika dahulu dengan CC 1933 sudah mencatatkan masa 2m31s. Dengan penambahan kira-kira 260cc lagi, berkemungkinan akan berlaku sedikit perubahan catatan masa. H22A juga agak lemah dari sudut gear-ratio. Jadi kami membuatkan satu langkah dengan menggabungkan gear-box B-Series. Gearbox B-Series mewah dengan pelbagai jenama gear-ratio. Jadi misi untuk memberikan saingan tahap tertinggi kepada K24 (angan-angan mau tinggi hahaha) gabungan H22A dan B-series transmission harus diguna-pakai, maka lahirlah H2B.

Part 2 proses membaraikan barangan lama yang ada di Satria H2B, maka masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Misi menaikkan enjin dan membuatkan kiraan dan ukuran mounting adalah tajuk utama Part 3 kali ini. Wajib diketahui kedudukan mounting Satria dan Honda sangatlah berlainan, maka ukuran mounting harus dibuat dengan sangat - sangat teliti.

Proses menaikkan enjin H22A bermula. Agak susah juga nak masukkan enjin H22A dalam body Satria.

Setelah memasukkan enjin H22A kedalam body Satria, pelbagai perkara yang harus diambil kira. Peredaran udara dalam engine bay, dimanakah mounting baru harus diletakkan. Skru mounting nak ikat macam mana. Kekuatan mounting merupakan aspek paling-paling penting. Mounting barai..enjin kemana, timing kemana...mamat pakai 3 silinder datang potong sambil senyum kekeke.

Adjustment demi adjustment dilakukan. Imej sekarang dapat kita saksikan kebingungan, ruang yang sangat sempit. Intake sangkut dan macam - macam lagi.

Intake performance ada pelbagai jenis. Ada yang short runner dan ada yang long runner. H2B akan menggunakan long runner. Tapi..ruangan sangat sempit. Apakah tindakan selanjutnya? Tunggu next episode!!

Selesai proses menggantungkan enjin H2B buat sementara waktu. Budak tak hensem lagi sewel kena ucapkan terima kasih. Rajin budak ni walaupun makan macam hantu hehehe.

Sekian..jumpa episod seterusnya!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!





Tuesday, October 8, 2013

SATRIA H2B : Part 2

Kenapa Proton Satria? Apa istimewa model ini? Kenapa tidak Honda sahaja? Kenapa tidak itu tidak ini.

Engine builder / tuner yang bagus akan sentiasa mencari ruang untuk memajukan diri. Dari sudut pembinaan enjin hinggalah ke badan kereta. Mereka akan cuba menjadi sejarah dengan membuat lain dari yang lain. Ada kalanya cubaan mereka akan gagal dan akan dicemuh kerana tidak mahu mengikut arus. Tapi kalau berjaya pujian melambung akan diberikan. Itu lumrah. Jadi baik mencuba dari buat benda yang sama sahaja.

Baik kenapa Satria? Proton Satria dipilih untuk projek kali ini kerana Proton Satria mempunyai berat 1005kg sahaja berbanding Honda Civic EK9 1052kg. Dalam dunia perlumbaan berat sesuatu jentera merupakan antara salah satu elemen atau aspek terpenting. Power to weight ratio. Lagi ringan sebuah jentera lagi pantaslah ia bergerak. Dengan berat badan 1005kg ianya agak memudahkan kita melakukan sedikit "diet". Dengan target berat badan 900kg, proses kearah itu agak mudah dilaksanakan. Jadi untuk merealisasikan maka Proton Satria dibeli dari seorang sahabat jauh. Setibanya jentera ini ke Sunway, kami tahu ada beberapa perkara yang harus dilakukan. Pemeriksaan demi pemeriksaan harus dilaksanakan sebelum jentera ini beraksi cemerlang. Untuk PART 2 kita ceritakan proses membaraikan (hah..menanggalkan ayat sebenarnya hehe) bahagian luaran. Tujuan? Selamat membaca.

Sesi pertama adalah sesi menurunkan enjin dan menanggalkan apa yang patut. Keadaan body ini masih lagi dalam keadaan yang mantap. Makna kata tidak perlu antar ke kedai untuk menampal apa yang patut.
Chasis masih lagi dalam keadaan normal. Enjin 4G13p bakal digantikan dengan enjin yang lebih berkuasa. Proses menanggalkan apa yang patut mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mungkin lama bagi setengah pihak, namun untuk memastikan pemeriksaan terhadap badan jentera ini haruslah dilakukan secara teliti. Setiap sambungan harus diperhatikan dengan tajam. Hasil daripada pemeriksaan rapi di setiap penjuru struktur badan kereta ini ternyata ianya tidak memberikan masalah. Siapa mahu keadaan chasis sesuatu kereta atau jentera dalam keadaan bermasalah. Letih nak melayan. Selesai satu bab!

Ramai yang menanyakan enjin apakah yang bakal diguna-pakai? Heheh tunggu. Bagi yang tahu relax relax sudah. Yang tak tahu, tunggu update seterusnya. Apa yang pasti, kemunculan kali ini harus meninggalkan sejarah. Macam Honda Civic EK9 SNF, sampai orang kata "Dia ni 2liter bro"..kehkehkeh.

Adios..

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Monday, September 30, 2013

SATRIA H2B : Part 1

Dalam apa - apa jenis racing, handling menjadi perkara penting. Baik dari perlumbaan drag hinggalah ke perlumbaan trek. Tapi perlumbaan trek, aspek handling menjadi perkara sangat - sangat penting. Semua orang boleh buat enjin super duper bapak punya power. Tapi apabila tiba di selekoh, cornering out.

Jadi untuk memastikan Proton Satria H2B ini bergerak lancar dan lincah maka F Tuned Suspension menjadi pilihan. F Tuned merupakan barangan buatan Malaysia. Kenapa F Tuned? Kenapa tidak Ohlins? Kenapa tidak Aragosta? Kenapa tidak Tein? Kenapa tidak Cusco? Kenapa tidak itu kenapa tidak ini? Satria H2B memilih barangan buatan Malaysia kerana yakin dengan kebolehan orang Malaysia dan memberi peluang kepada syarikat ini membuktikan kepada rakyat Malaysia di luar sana, bahawa kita mampu buat!

Jika kita perhatikan struktur suspension ini, nampak kukuh dan menyakinkan. F Tuned Racing Suspension menggunakan sistem Monotube/Inverted Monotube. What the hell is Monotube? Why Monotube? :
- High durability - Able to take more punishment than twintube
- High cost to manufacture – parts need to be machined with precision
- Can be tuned for high damping
- Larger piston to dissipate more oil on a single stroke
- Can be mounted upside down
- Able to counter side load – improves handling and less damage to piston-oil seal, reduced oil leaks (Inverted)
- Shaft encased – reduce the chance for dirt and dust to accumulate (Inverted)
- Suitable for high performance and racing application

Makna katanya, Monotube yang mempunyai batang shaft yang besar lebih menjamin prestasinya. Ianya lebih mudah di-tune untuk mendapatkan hasil yang mengikut citarasa driver dan jentera.

Suspension ini bakal melalui proses tuning yang ekstrem untuk mengikut citarasa driver dan karektor jentera dan untuk melalui selekoh demi selekoh dengan pantas tanpa ada perasaan "eh eh lepas ke tak ni?" Itu yang penting hehehe.

Tunggu episod seterusnya...wohoooo!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Saturday, September 7, 2013

SATRIA H2B : PREVIEW

Salam sejahtera,

Dah lama tak tulis pasal kereta, jentera perlumbaan. Kali ini dengan semangat berkobar - kobar setelah lama menyimpan hasrat teringin nak menulis mengenai jentera perlumbaan yang ditulis dari awal pembinaannya hinggalah kesaat berentap di Litar.

Okay subjek kali ini Proton Satria. So? Apa istimewanya. Enjin 4G63? Mivec? 4G93?


Kali ini projek ini akan menjadi lain dari yang lain. Jika anda perasan dengan tajuk sudah terang - terangan terlihat perkataan H2B. Apa itu H2B? Tungguuuu apabila semuanya mula dipasang jika mengikut waktu.

Projek kali ini lebih kepada perlumbaan TimeAttack. Maknanya banyak barangan yang berkait - rapat dengan perlumbaan selekoh bakal digunapakai. Istimewanya kali ini, boleh dikatakan hampir 80% barangan tersebut MADE IN MALAYSIA. Kenapa? Sudah tiba masanya kita mengangkat barangan buatan Malaysia. Jika ianya terbukti di litar wajib kita mengangkat barangan buatan Malaysia ini. Jika Jepun bangga dengan barangannya kenapa tidak kita? Barangan MADE IN MALAYSIA ini dari sistem brek ke sistem klac ke handling setup, sistem penyejukkan (radiator) ke meter.

Okay, update projek ini agak mustahil untuk dikemaskini setiap minggu. Mungkin 2 minggu sekali ataupun 1 bulan sekali.

Standby!! 2m30s!!

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

p/s tak kisah nak share cuma jangan mengaku blog ini anda punya dan nama saya menjadi nama anda..SEKIAN!

Monday, September 2, 2013

Susu Punya Lembu Sapi Dapat Nama

Salam.

Dah lama tak update blog aku. Sorry, blog ini ada masalah nak upload image. Dulu meriah dengan image, tapi lepas tukar phone (hehe sorry takde niat nak berlagak), image yang ada terus hilang entah kemana. Nanti aku cari jalan.

Okay, baca tajuk mesti rasa pelik. Pernah atau tidak anda membuat sesuatu perkara dan hasilnya diREMBAT secara kejam oleh orang lain.

Tidak menjadi masalah untuk ilmu atau hasil nukilan kita menjadi tatapan orang ramai. Artikel MIVEC yang aku tulis secara bersusah - payah telah menjadi tatapan puluhan ribu pembaca dan di-post-kan di dalam forum - forum kereta. Berkongsi ilmu atau pendapat dengan orang lain membolehkan dengan harapan minda kita terbuka luas. Nak copy-paste tanpa memberi sebarang kredit kepada blog aku pun tidak menjadi masalah.

Tapi kali ini situasi dia RARE sikit! Dah pakai artikel aku satu hal, siap claim nama aku pon nama dia!!! WHAT THE F*CK!! Helo brader MAT KACAU...perbuatan anda mengaku nama SAYA sebagai MOHD ZAHRIN MOHD ZAHRAN adalah perbuatan paling jijik dan keji sepanjang hidup SAYA. Mengaku BLOG aku sebagai hak kau adalah sesuatu perbuatan jijik dan hina!!


TERIMA KASIH kepada kawan baik aku yang perasan dengan artikel yang DIROGOL dengan tanpa segan - silu. Korang kasi tengok pengakuan yang paling hebat dan kental dalam sejarah TAMADUN MANUSIA..hahaha...

YANG NI KAWAN AKU TANYA..ADAKAH MAT KACAU NI TUAN PUNYA BLOG..DENGAN SELAMBA LEMBU DIA KATA "YUPPP"

DAN KEMUNCAKNYA..MENGAKU NAMA DIA MOHD ZAHRIN...


Helo brader MAT KACAU!! Sudah - sudahlah mengaku pakai nama orang. Aku boleh buat report polis untuk memastikan nama baik aku tidak disalah-guna oleh saudara MAT KACAU!

Buat pembaca - pembaca blog aku yang tak seberapa ini...hati - hati dengan brader MAT KACAU ini. Kalau dia boleh mengaku nama aku sebagai nama dia..apatah lagi bila anda semua berurusan membeli barang dengan brader ini.

Kalau brader MAT KACAU rasa ini blog dia..kalau rasa Mohd Zahrin Mohd Zahran nama dia..jom jumpo den dopan - dopan. Aku nak tau log in untuk blog ini apa!!

Dan lepas ini tidak mustahil blog aku yang tak seberapa ini bakal di HACK...hahaha

MOTORSPORTS FOR LIFE!!

Tuesday, January 3, 2012

Sejarah Variable Valve Timing

Hari ini kita cerita mengenai sejarah. Sejarah yang mungkin ada sebahagian kita tidak pernah ambil tahu (termasuk aku). Sejarah mengenai industri permotoran dalam dunia. Tujuan nak bercerita ini agar kita (termasuk aku) lebih faham dan menghormati enjin dari model lain.

Sejarah Variable Valve Timing ini agak panjang. Bermula semenjak kurun ke – 19 lagi. Waktu itu ianya digunakan untuk tujuan industri berat. Namun setelah melihat betapa efisyennya sistem ini, maka ianya mula digunapakai ke atas enjin.

Untuk pengetahuan semua, FIAT merupakan pengeluar kereta yang pertama menggunakan sistem Variable Valve pada tahun 1960an. Ianya diikuti oleh GM pada tahun 1975 namun sistem ini dibatalkan kerana gagal sistem LIFT untuk berfungsi. Selang 5 tahun kemudian pada tahun 1980, Alfa Romeo turut serta menggunakan sistem ini pada model Alfa Romeo Spider dengan jayanya.

Mengikuti kejayaan ini, syarikat otomobil Jepun juga tidak ketinggalan menggunakan sistem ini. Honda turut mencuba sistem keluarannya sendiri pada tahun 1983 pada motorsikal CBR400F dan ianya dikenali sebagai VTEC. Namun dalam usaha Honda memperbaiki sistem tersebut dan mencubanya pada kereta keluaran mereka, Nissan terlebih dahulu dalam perlumbaan mengaplikasikan sistem Variable Valve ini keatas kereta ciptaan mereka pada tahun 1986 yang diberi nama NVCS pada enjin VG30DETT. Selang 3 tahun kemudian iaitu pada tahun 1989 maka muncullah sistem VTEC yang digunapakai secara meluas keatas kereta keluaran Honda.

Menjelang tahun berikutnya barulah ianya diikuti oleh Mitsubishi (MIVEC), BMW (Vanos), Mazda, Toyota dan banyak lagi.

Kenapa? Kerana ianya dilihat dapat membantu meminimumkan penggunaan minyak pada kadar RPM rendah. Hari ini sistem boleh dikatakan digunapakai oleh semua pengeluar kereta. Malah Proton juga turut serta dalam penggunaan sistem ini iaitu CPS.

Aku penggemar sistem Variable Valve. Apabila mendengar sistem ini berfungsi pada kadar RPM yang ditetapkan ianya merupakan satu muzik yang paling indah dan merdu. Sistem ini ada kelebihan bagi mereka yang gemar berlumba. Kuasa yang ada bermula pada RPM rendah dan meningkat mendadak pada RPM tinggi (kalau cam profile performance spec la). Bak kata Pak Latip LYDIA RACING “Racing ni macam selimut pendek, tutup atas bawah terbuka, tutup bawah atas terbuka”. Teori ini pula disambung oleh anak dia Ali proDRAG “Variable Valve ni cover semua. Atas bawah hidup”.

Jadi tulisan kali ini memang khas untuk pemilik enjin variable valve. Sejarah panjang untuk mencipta sistem ini harus kita ketahui. Unik dan sangat istimewa. Sistem turbo ianya sangat mudah, namun untuk Variable Valve ianya melalui satu sejarah panjang dan sistem ini terbukti mampu menjadikan sesuatu enjin itu tersangat berkuasa.

Tapi di Malaysia, kita masih belum melihat kepantasan sebenar (kecuali VTEC yang laju) yang dihasilkan oleh sistem ini. Berpotensi untuk menjadi hebat adalah dari keluaran Toyota. Namun ianya masih panjang. Untuk MIVEC, kita tunggu sahaja kelibatnya.

p/s mungkin ada yang tak puas hati dengan fakta diberikan..silakan untuk membantah.

Thursday, December 29, 2011

Byebye 2011, Selamat Datang 2012



Salam sejahtera buat semua,

Dah lama aku tak update blog aku yang tak popular ni. Sibuk dengan tugasan kerja dan kerja sampingan yang lain. Bukan idea tu takde, cuma masa tak mengizinkan. Baru nak update dah kena buat benda lain.

Tahun 2011 bagi aku ianya merupakan satu tahun yang cukup bermakna dan berkualiti. Mungkin bagi sesetengah orang tidak, tapi percayalah bak kata Confucius “Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall” maknanya Keagungan terbesar kita bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, tetapi sentiasa bangun setiap kali kita jatuh. Buat yang kurang nasib baik tahun ini, berusahalah lebih kuat kerana setiap kejatuhan bukanlah bererti kita akan gagal selama – lamanya. Tapi dengan syarat kita harus jujur dengan orang lain, sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Sebagai Muslim jika kita yakin dan jujur percayalah kebaikan itu pasti datang dan itu janji Tuhan!

Okay apa menarik untuk tahun 2011? Bagi diri aku yang mengaku (macam bagus nak mampus ni hahaha) akan terus menyuarakan hasrat grassroot motorsports Malaysia akhirnya tercapai. Ya, mungkin belum tahap untuk melihat terbinanya Litar Perlumbaan yang berkos rendah. Tapi apabila melihat acara motorsports di sana – sini ianya merupakan satu perkara yang benar – benar menggembirakan hati.

Melihat kemunculan semula Saturday Night Fever yang pernah satu ketika dahulu menjadi satu fenomena untuk penduduk di Lembah Klang khasnya dan seluruh tanah air benar – benar mengingatkan kembali memori lama. Ya, SNF versi baru ini masih baru namun ianya sudah meninggalkan kesan. Ramai yang sudah menyiapkan jentera masing – masing persis sebagaimana 10 tahun dahulu. Persiapan demi persiapan dilakukan setiap pusingan. Okay lah, kurang – kurang ada juga event yang jadi tempat gang – gang kereta kaki rempit ni. Dari melangut tengok kereta pastu merempit selit sana selit sini buat pakcik – pakcik terkejut tengok korang melintang depan mata dia, tak ke cibai namanya?

Untuk diri sendiri khasnya untuk jentera aku yang tak berapa laju ni nampaknya semua berjalan lancar. Perkara yang tak dirancang tetiba pulak menjadi. Perkara yang dirancang berjalan terlebih lancar walaupun pada permulaannya agak sedikit hampeh namun untuk penutup tahun MUKA ADA SIKIT SENYUM!! Dengan beberapa setup yang hanya memakan kos yang sangat minimum, hasilnya? 12whp ahaksss....thanks to Ali of proDRAG Motorsports.

Untuk sahabat – sahabat yang rapat (rapat tahap mafia orang kate hahaha) nampak gayanya tahun 2011 merupakan tahun yang menjadi. Kalau dulu bertahun mendiamkan diri sampai ada puak – puak yang baru datang sini memperlekehkan kau namun tahun ni bila mula bersaing dan berlumba akhirnya memberi impak pada semua, sekurang – kurangnya ianya membuka mata mat – mat yang suka sangat mengkritik dan perasan bagus dan tak reti nak hormat orang (walaupun suara sumbang tu tetap wujud ahhh lantak kat ko la, dok diam diam kat kedai kopi).

Membebel banyak tak bagus juga, jadi untuk tahun 2011 aku rasakan ramai sahabat – sahabat berada di landasan BALASAN yang BAGUS. Penat lelah, kesabaran yang tinggi benar – benar membuahkan hasil.

Kepada gang - gang workshop, gang - gang motorsports dan AKTIVIS-AKTIVIS Motorsports selamat maju jaya aku doakan. Moga tahun depan ianya lebih baik dan mantap. Moga setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan (itu pun kalau tahun depan kita tak berubah jadi jahat la). Moga - moga tahun depan kita akan bekerja dengan lebih keras dan jujur. Untuk mendapat hasil yang bagus itu sahaja jawapannya. Mula agak pedih penutupnya mesti dengan izin Tuhan pasti sukses. Macam orang cakap "No Sacrifices, No Victory!"

Kepada yang suka mengkritik (khasnya kaum “pendatang”) di kedai kopi sambil kaki sebelah letak atas kerusi dengan rokok terselit kat jari lepas itu kutuk orang sana – sini, pomen tu tak bagus, event ni tak bagus, mamat ni bengap bla bla bla..aku doakan harap korang semua berubah. Cuba belajar menghormati orang lain. Jangan terlalu mengagungkan diri sendiri dan keadaan yang berada di sekeliling pinggang kau sahaja. Cuba buka mata seluas – luasnya bahawa masih ramai yang lebih bagus dari kau dan keadaan sekeliling pinggang kau….amin

Okay, cukup setakat ini. Mari kita berubah kearah yang lebih baik. Dari buruk kepada baik. Dari gang beli cincin RM24 juta kepada beri air percuma kepada rakyat ehhhhhhh…ape kene mengene hahahaha..

BYEBYE!

--
zahrin

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Idul Fitri



Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada pembaca - pembaca blog yang tak seberapa ini. Pastikan kereta anda semua telah diservis, periksa sistem brek, tayar dan lampu. Jangan ingat time racing je kena check kereta hehehe. Ingat, keselamatan adalah paling utama.

Buat "monyet - monyet" yang dah tukar ekzos, tukar enjin, tukar absorber, tukar sportrim, tukar bodypart dan apa - apa yang ditukar, jangan bawa kereta macam orang tak betul. Cilok sana cilok sini, bagi lampu tinggi, menggelabah kat belakang macam kereta korang tu R35, cucuk rapat - rapat. Ingatlah wei, jalanraya bukan tempat berlumba. Rempit - rempit gak, tapi kalau dah berlanggar korang tu jadi bangkai je. Suruh berentap tempat betul tahu lak takut. Macam - macam alasan bagi..puihhh.

Ehhhh terEMO lak aku hahahaha...sorry - sorry. Minta maaf sekali lagi hahaha.

Apa pun aku doakan agar kita semua selamat pergi dan pulang. Sambutlah hari kebesaran ini dengan penuh kesederhanaan. Kalau sapa satu kampung dengan aku mai la pakat lepak sama - sama nooo..

Okaylah...lepas raya nanti sambung membebel. Lepas raya jugaklah perjuangan menuntut trek kos rendah akan diperhebatkan lagi. Harap semua terus menyokong usaha ini!!

MOTORSPORT FOREVER!!

Thursday, August 18, 2011

Motorsports Dan Kehidupan

Ramai tanya apa yang best sangat hobi kereta ni? Membazir la!! Sanggup habis ribu – ribu beli sport rim hasilnya duduk kat jalan juga, Beli tayar mahal – mahal hasilnya HABISKAN BUNGA TAYAR KAT CEO SEPANG GAK!(kenapa aku tetiba capslock? Jeng jeng).

Semua orang ada minat. Aku suka mengambil jalan mudah untuk tidak mempertikaikan minat individu masing – masing. Sebagai contoh ada yang suka beli barang kereta update di facebook walaupun pada asalnya mamat yang suka update di facebook tu kutuk orang yang beli barang kereta pastu update di facebook. Ikut hati nak je aku tempeleng muka dia, tapi itulah manusia. Kita harus hadapi dengan tenang dan jangan kalut – malut.

Ada juga seorang kenalan yang suka beli barang – barang kereta yang high end, tapi tak masuk apa – apa pertandingan. Bagi orang yang merasa dirinya KING, pasti kata “Rugi buat kereta mahal – mahal tapi tak masuk apa – apa pertandingan”. Ikut hati betul juga mamat yang perasan KING tu (walaupun dia pun tak masuk apa – apa pertandingan). Tapi itulah manusia. Perangai mereka pelik – pelik. Hadapi dengan tenang dan senyuman.

Aku ada juga jumpa yang minatnya dengan kamera. Habis beribu – ribu tapi tak jadikan ianya sebagai salah satu punca rezeki. Walaupun ada yang kritik “Apa la wei, beli barang mahal – mahal tapi tak reti cari duit”. Itulah manusia, minat masing – masing yang teramat pelik. Kita harus tenang dan senyum jika berdepan dengan mereka yang ada minat pelik – pelik.

Aku sering berdepan dengan beberapa individu bila bersuara dialah yang paling hebat. Pelbagai mitos dia keluarkan. Dari MIVEC Redtop sampailah MITOS kenapa B16B rev lagi sedap daripada B18cR sebab design piston dia meruncing keatas (WTF???) Nak menjawap kang dia keluar ayat hikmat dia aku ni tak main Honda. Tapi adakah aku tempeleng atau bagi tumit aku tepat di dahi dia? Tak…aku senyum dan tenang. Jadikan ianya satu ilmu untuk kita (hahaha). Apabila datang individu macam ini, kita tanya pada yang pakar. Sebab? Sebab datang benda mitos pelik kita kena pastikan ianya benar dan tidak benar. Bila bertanya barulah ilmu tu bertambah sikit barulah kita lepas ni berjaga – jaga sikit dengan mamat yang macam ni. Moral dia datang sesuatu berita selidiki dulu. Aku dah ramai jumpa orang macam ni. Ingat pindah ke tempat baru kuranglah sikit, eh eh ada jugeeee!!

Motorsports juga mengajar kita mengenal erti kehidupan dari sudut nak tengok mamat tu sembang meletup ke tak atau bahasa lembutnya kebenaran. Bercerita dari sudut pengalaman yang cetek ni, aku pernah bersembang dengan seorang sahabat ini. Aku saja bercerita dan memetik seorang dua nama – nama mekanik TOP di Lembah Klang ni. Pada mulanya dia buat muka tak kenal dan terus mengaku tak kenal. Minggu depan tup tup terus kenal, “Aku pernah pegi kedai dia”, “Oh dia yang buat kereta tu jadi roket” bla bla bla. Cuba korang bayangkan perasan aku masa tu macam mana, nak lempang dia manusia lak, nak kutuk..aku bukan jenis boom orang. Diam je la. Orang jenis macam ni spec yang tak nak kalah. Dia lah KING, dia lah yang kenal habis semua orang, pendek kata dia hebat lah! Susah sangat ke nak mengaku diri kita tu naïf dan tidak tahu? Kalau kita naïf dan tidak tahu tidak akan menjadi masalah. Kalau kita mengaku mesti akan ada orang yang akan mengajar kita. Hidup ni senang saja. Aku ni bukan nak kata aku ni BEST GILA NAK MAMPUS, tapi mengaku salah dan menerima teguran menyebabkan aku belajar ilmu baru.

Aku juga hormati sesetengah individu dalam Motorsports bukan semata – mata berapa banyak piala dia dah menang, bukan semata – semata betapa banyak barang Rare yang ada dalam kereta dia, bukan semata – mata dia yang paling kedepan dalam soal modify kereta ni. Bagi aku penghormatan yang aku berikan adalah kepada usaha yang dia lakukan tanpa menyusahkan orang lain dan kesungguhan yang dia tunjukkan. Sebagai contoh rakan blogger aku Mr.Arul, dia ni haram tak pernah masuk race, haram tak pernah cerita penah titik Evo ke, Subaru ke, apa lancau la..Dari pakai Honda Civic EK 2 Doors terpaksa downgrade kepada Perodua Kancil L5. Keputusan dia ambil tu walaupun ada suara – suara sumbang kata “Hak ela apa ke bengap dari EK main kancil” blablabla..Tapi aku tetap hormat dia. Downgrade sebab dia nak beli rumah untuk keluarga. Dia korbankan sekejap minat motorsports dia untuk family. Moleklah tu, dari buat enjin dan kereta bagai tapi kehidupan keluarga macam pendatang haram duduk dalam rumah setinggan. Sanggup gadai kehidupan keluarga semata nakkan orang tunduk kat kaki kau respect sebab kau kedepan main kereta? Heh??!!

Siapa kata motorsports merupakan satu benda yang tak menyeronokkan. Kita boleh nikmati kehidupan dengan lebih bermakna. Kita boleh kenal perangai manusia masing – masing bagaimana. Aku memang suka dengan kehidupan motorsports. Sebab macam aku nyatakan tadi. Daripada orang yang suka sebar Mitos sampailah apa saja barang dia pakai itulah yang paling best dan gempak. Aku pakai Perodua Myvi pon kena tibai siap kata kereta Myvi tak best kereta **** lagi best. Pernah jumpa orang macam ni? Relax relax sudah. Senyum je! Angkat kaki lambung belah jauh – jauh. Motorsports jugalah yang membuatkan aku kenal erti kehidupan betapa hobi ini buanglah sejauh mana pun pasti akan datang balik. Tinggal nak pakai Supercar ataupun kereta Mini. Ukur baju sendiri.

Sekian itu je lah bebelan aku kali ni. Banyak lagi sebenarnya tapi karang bebel banyak – banyak boring pula kan?

See ya!!

Monday, August 1, 2011

Handbag Dan Kereta

(Tulisan yang menarik untuk diulas oleh aku)

2 minggu lepas aku hantar kereta Proton Waja (perasan power) aku tu pegi dyno. Dengan beberapa projek penambahan yang dilakukan maka sudah tentu kita kena tengok hasilnya. Tapi sayang masalah lama berulang..Misfires! Damn man.

Balik ke bengkel, bincang apa yang tak kena. Perbincangan bukan setakat dengan Mr.Pomen sahaja malah dilanjutkan melalui SMS, facebook dan email. Sampai adalah seorang dua gadis – gadis hot (sorry memang aku dikelilingi oleh gadis hot hahaha) pelik tengok perangai aku. Kalau cerita pasal kereta hidup, aktif, horny dan sebagainya. Memang pelik pun. Siapa kata mat kereta tak pelik? Pelik dan ajaib!

Pelik sebab kita punyai minat yang mula dari sekolah sampailah ke tua. Dari pakai Perodua Kancil hinggalah ke Porsche. Pelik sebab kita tak jemu – jemu dengan minat ini. Ermmm..pertama sekali kepada wanita – wanita dan gadis – gadis di luar sana kena la berterima kasih dengan mat – mat kereta tegar ni sebabnya elok main kereta tak jemu – jemu dari main perempuan tak jemu – jemu. Kami hanya pergi ke bengkel dan jumpa kawan – kawan sembang mengarut semuanya pasal kereta.

Ada yang mengadu “tak habis – habis dengan kereta, bila u nak ada masa dengan I”..Awww huhuhu. Okay okay, tapi cuba renung balik. Kalau kami yang minat kereta ini kalau meluangkan masa dengan anda semua. Habis satu One Utama kita round. Habis satu Suria KLCC kita jalan. Habis satu Sunway Pyramid kita pusing – pusing. Masa yang dihabiskan tersangat kualiti. Dengan suasana yang sejuk sebab kena aircond. Makan tempat best. Tengok movie dan yang penting shopping handbag! Apa beza handbag dengan kereta? Kebanyakkannya wanita mesti ada handbag lebih pada 3. Baik dari jenama Bonia sampailah ke Burberry. Setiap tahun ada sahaja handbag baru dibeli. Ada yang lebih hebat setiap bulan beli handbag baru.

Kita punya minat yang sama. Kita juga sering mencuba barangan cap Ayam. Dari gred AAA sampailah ke Z. Kami juga guna sport rim cap ayam yang gred AAA. Kamu gadis – gadis hot pakai juga handbag Made in Thailand dan beli dari jauh nun di Kota Belanja Bandung hehehe. Janji bergaya dan nampak best. Tak pakai rim TE37 yang ori kita pakai yang hampir sama dan Made In Taiwan.

Aku berani jamin, wanita atau gadis diluar sana kalau bersembang mengenai dengan teman – teman mereka mesti dengan penuh bernafsu dan ada masanya terus klimaks. Yup, sama macam kita orang lelaki yang minat kereta. Bila satu tahap tu kita mula sembang dengan suara kuat dan last sekali mesti kita cakap “Pehhh stim baii” kena macam kawan aku Arul “Pancutttt” (mamat ni memang sex maniac sikit).

Cuma mungkin ada bezanya, handbag bila dah lama dan koyak sikit sudah pasti masuk dalam kotak dan berdebu. Kita orang lelaki yang minat kereta tidak sesekali akan buat macam itu. Kita akan lap dan basuh kereta. Lagi lama barang itu, lagi kita sayang. Lagi lama barang lagi kuat kita berusaha untuk memastikan ianya tidak ditelan zaman. Caranya? Tukar sportrim, tukar enjin (hehehe), tukar cat dan yang paling penting..bagi laju!!

Masing – masing ada minatnya. Kalau boleh toleransi kan molek tu. Kalau nak pertikaikan lagi minat masing – masing memang takkan habis. Kita orang lelaki yang minat kereta sudah pasti tidak akan lari dari tanggungjawap masing – masing baik sebagai seorang anak mahupun seorang ayah. Ya, kita mungkin ada sedikit nakal dengan mengUSHA aweks – aweks yang cun dan hot. Kita juga buang masa tapi ini tidak bererti kita jenis lelaki yang akan lari kepada wanita lain. Kalau ada pun itu bukan peminat kereta sejati. Mereka hanya gunakan kereta untuk memuaskan nafsu yang tak pernah habis. Mereka gunakan kereta untuk mengorat girlfriend orang, Mereka gunakan kereta untuk pikat isteri orang. Mereka gunakan kereta untuk ada perempuan selain dari yang setia pada mereka. Peminat kereta yang sejati kita akan bincang dari sudut teknikal, enjin, sportrim, handling dan macam – macam lagi. Kita akan juga berbincang bukan setakat kereta malah isu semasa. Itu bezanya. Aku ada kawan – kawan yang jatuh kepada dua – dua kumpulan ini. Satu pihak memang guna kereta nak sebat perempuan. Satu lagi memang atas dasar minat yang memang mendalam.

Ada satu ayat yang membuatkan aku terfikir dan bersetuju dengan ayat tersebut. Ayat yang membuatkan aku terus kekal dalam hobi ini : “This type of wife will never run off..” (sumber) Sebabnya walaupun kereta kita sudah lama dan mungkin ditelan zaman, tapi ia tetap setia menemani kita kemana saja kita pergi. Hujan, panas, frust menonggeng, tengok race, tengok wayang, pergi lepak kedai mamak dan yang penting masuk trek berentap! Kereta tidak pernah meninggalkan kita. Kita yang akan meninggalkan kereta. Kereta tidak pernah cuba ikut tuan yang lain, kita yang selalunya akan ikut orang lain.

Sebab itu kita yang minat kereta akan terus dengan hobi kita dan terus bernafsu dengan kereta!

Oh ya…

Handbag dan kereta sama saja! Tiada beza pun!

Sekian!

Monday, April 25, 2011

SNF Pusingan ke-3 : The Saga Continues

Sorry lambat update blog. Bz dengan tugasan sampingan yang diberikan. Yang tahu tahulah, yang tak tahu takpe duduk diam-diam hahaha (sarcastic sikit bukan selalu)

Pertama sekali aku ingin ucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjur satu siri acara yang gempak. Dah lama penduduk lembah Kelang tak menyaksikan acara yang dahulunya meriah di Batu Tiga.

Kedua..sudah pasti buat proDRAG Evotec. Dengan sedikit kekalutan ketika menyediakan jentera Honda Civic EK9 dan kelewatan tiba ketika acara sudah bermula. Dua kali bermula dari belakang untuk kategori 1.8 Open. Namun semuanya dibalas dengan kemenangan tempat pertama dan ketiga. Pertama untuk kategori 1.8 Open dan ketiga untuk kategori FF Festival (2.0 Open).

Puas hati aku. Puas hati team proDRAG dan puas hati team EVOTEC.

Oh ya, proDRAG juga menghantar jentera untuk kategori FF Festival. Tidak lain tidak bukan Mr.Adam Yacob. Aku kagum dengan semangat juang dia yang tersangat tinggi. 1 Heat catatan masa `1:24. Heat 2 1:21 dan heat 3 menyebabkan aku terdiam dan kagum, 1:19. Hebat bro. Tapi gambar tak sempat amik la kawan. Next Time aku snap banyak - banyak

Okay lah untuk tatapan umum. Sila tatapi gambar ini.


Untung anak dia, bapak dia racer hahaha



Bajet kacak la tu? Puihhh hahahah..gurau bro

Thursday, April 21, 2011

SNF Pusingan Ke-3 : Preparation

Salam semua pembaca,

Saturday Night Fever Pusingan ke-3 akan berlangsung pada 23/4/2011. Bermakna lagi satu hari saja lagi acara gempak ini bakal berlangsung.

Bagi team proDRAG Evotec, persiapan terakhir sedang dijalankan. Handling, breaking dan beberapa komponen diperiksa dan ditingkatkan.

Aku sempat merakamkan dua keping gambar di bengkel semalam. Kalau ikut kata Ali proDRAG, Honda Civic EK9 ni akan nampak lebih garang. Dengar khabar tukar sportrim. Tuan Manager Amat Evotec kata dengan yakinnya "Wei tukar sportrim naik 100hp..tambah sticker naik 4hp!"

Okay lah dua keping gambar je.

Aku sebagai rakan tak sabar nak tengok Honda EK9 ni berentap. Aku doakan terbaik. Harap untuk kategori FF dapat naik satu anak tangga. Kategori 1.8 kalau boleh biar macam dulu. Untouchable!! Amin


Final check..kot kot ada leaking ke tak


Handling setup by proDRAG Motorsports

Selamat Maju Jaya proDRAG EVOTEC!!

Tuesday, April 5, 2011

www.snf.my

Salam sejahtera buat semua pembaca yang terus setia menunggu apakah post terbaru aku.

Ok kalau korang baca tajuk mesti pelik kan? www.snf.my? Apa kejadah tu? Laman web porno mana tu? Laman web MLM mana tu? Laman web politik mana tu?

Ermm...

Okay tanpa membuang masa dan waktu, www.snf.my adalah laman web rasmi untuk Saturday Night Fever Challenge Series. Mengambil ringkasan SNF maka laman web tersebut dilahirkan. Jika dahulu segala macam update, keputusan, gambar dan video semuanya di Ignition.my dan dalam berbahasa Inggeris. Maka dengan mengambil semangat kebangsaan dan cintakan negara, Ignition.my membina satu lagi laman web khas untuk Saturday Night Fever Challenge Series yang menggunakan bahasa kebangsaan yakni Bahasa Malaysia.

Tujuan? Agar menarik ramai lagi anak muda untuk menyertai pertandingan ini. Agar memahami apa tujuan sebenar acara gempak ini diadakan dengan sedalam - dalamnya.

Apa kena - mengena dengan aku? Sebelum tu aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ali Prodrag dan isterinya sebab memperkenalkan aku kepada salah seorang orang kuat SNF ini. Siapa? Antek..bagi yang lama dalam dunia motorsports pasti akan mengenali Antek ini. Antek merupakan pengasas perlumbaan drag. Aku bukan nak menidakkan sumbangan Putera Racing dan lain - lain. Tetapi dialah manusia yang bertanggungjawap memperkenal dan mewujudkan Sepang Drag Battle yang hingga hari ini telah mempunyai pengikutnya tersendiri. Antek boleh digelar sebagai Bapa Drag Malaysia..yup..ikhlas aku katakan dan bukan aku saja ramai yang mengatakan sedemikian.

Ali Prodrag dan Isterinya terima kasih, one day i will payback. This is my promise!

Ok, Antek memperkenalkan aku kepada Adian (The Organizer). Sembang punya sembang, akhirnya www.snf.my diwujudkan.

Errr abis tu blog ni macam mana?
Tetap wujud. Tetap menjadi satu medium untuk motorsports Malaysia. Tetap menulis kereta - kereta yang bagi aku sedap untuk diceritakan. Tetap menjadi tempat untuk mengkritik siapa saja untuk memastikan perjalanan motorsports Malaysia seperti yang diidamkan menjadi kenyataan dan yang paling tetap menjadi medium memperkenalkan proDRAG Motorsports kepada seantero Malaysia dan barangkali Asia!

Selamat Melayari Laman Web Ini...

Thursday, March 10, 2011

Kemana Arah Motorsports Malaysia (Akhir)

Setelah menerangkan dari sudut pengurusan dan kos - kos tertentu dalam menyediakan generasi pelapis untuk industri motorsports Malaysia, suka atau tidak itulah realiti yang harus kita tempuhi dan akui dalam menyediakan para pelapis yang hebat.

Motorsports Malaysia mampu menjadi gergasi dalam benua Asia jika kena pada tempatnya. Gergasi bukan sahaja mampu mencabar mereka yang sudah lama industri ini seperti Jepun, Thailand dan lain - lain tetapi juga mampu menjadi ikutan untuk seluruh Asia. Tidakkah kita mahu menjadi seperti Jepun dimana menjadi ikutan setiap aspek. Daripada pelumbanya yang hebat sampailah barangan prestasinya sebagai contoh TODA, Jun, HKS, Spoon, Nismo, Ralliart, Ogura dan sebagainya. Barangan prestasi mereka telah pergi ke segenap penjuru dunia. Kenapa mereka boleh berjaya? Kerana kemudahan yang disediakan oleh pihak tertinggi tersangat membantu dalam menyediakan kemudahan untuk mereka mencipta dan mengkaji sebelum menghasilkan sesuatu barangan. Kenapa kerajaan mereka membantu? Kerana kerajaan mereka sedar, selain daripada barangan elektronik dan apa sahaja atas nama Made In Japan, barangan yang dihasilkan daripada industri permotoran (motorsports) boleh menjana keuntungan yang maksimum.

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia dan sesiapa saja melihat industri ini satu cabang ekonomi yang bagus. Mengembangkan dunia motorsports Malaysia bukanlah sesuatu yang membazir. Ianya satu pelaburan yang tersangat bagus. Percayalah pulangan yang bakal diberikan pasti menguntungkan negara kita ini. Biar kita menjadi ikutan selepas Jepun. Biar para pelumba menjadi ikutan dan sebutan di kalangan peminat motorsports Asia. Inilah arah yang harus kita cari. Inilah arah yang harus kita bentuk.

Para aktivis motorsports harus bersatu dan kuatkan semangat. Para aktivis motorsports harus bergandingan untuk memastikan arah yang selama ini hilang punca kembali ke tempat yang asal. Para aktivis motorsports harus sebulat suara dalam menyuarakan apa diingini selama ini. Para akitivis motorsports harus terus - menerus berusaha menjadi perintis dalam mengembang industri ini.

Buat para peminat motorsports Malaysia, sokonglah dan dokonglah mereka ini. Harus kita membantu mereka dalam merealisasikan impian untuk menjadikan Malaysia gergasi motorsports di benua Asia ini. Jika para aktivis ini tidak mendapat dokongan penuh daripada kita, maka motorsports pasti kehilangan arah. Sokongan bukan sahaja bermakna harus menyertai setiap acara yang mereka anjurkan tapi cukup sekadar menjadi penonton. Jika ramai jumlah penonton yang hadir ini menunjukkan kesungguhan kita mahu melihat arah motorsports Malaysia di landasan yang tepat.

Buat pengurusan litar - litar di Malaysia dari utara hingga selatan. Pekalah dengan keadaan sekeliling. Jangan terlalu memikirkan keuntungan pada jangka masa pendek. Fikirlah dengan jangka masa yang panjang. Jika anda semua bersikap sedemikian rupa, maka anda harus bertanggungjawap dengan kemurungan, kemalapan dan kegagalan industri motorsports Malaysia. Bantulah dalam usaha - usaha para aktivis untuk meningkat industri kita ini.

Soalan yang sekarang ini berlegar dalam pemikiran sekarang ini, Kemana Arah Motorsport Malaysia?