Thursday, March 10, 2011

Kemana Arah Motorsports Malaysia (Akhir)

Setelah menerangkan dari sudut pengurusan dan kos - kos tertentu dalam menyediakan generasi pelapis untuk industri motorsports Malaysia, suka atau tidak itulah realiti yang harus kita tempuhi dan akui dalam menyediakan para pelapis yang hebat.

Motorsports Malaysia mampu menjadi gergasi dalam benua Asia jika kena pada tempatnya. Gergasi bukan sahaja mampu mencabar mereka yang sudah lama industri ini seperti Jepun, Thailand dan lain - lain tetapi juga mampu menjadi ikutan untuk seluruh Asia. Tidakkah kita mahu menjadi seperti Jepun dimana menjadi ikutan setiap aspek. Daripada pelumbanya yang hebat sampailah barangan prestasinya sebagai contoh TODA, Jun, HKS, Spoon, Nismo, Ralliart, Ogura dan sebagainya. Barangan prestasi mereka telah pergi ke segenap penjuru dunia. Kenapa mereka boleh berjaya? Kerana kemudahan yang disediakan oleh pihak tertinggi tersangat membantu dalam menyediakan kemudahan untuk mereka mencipta dan mengkaji sebelum menghasilkan sesuatu barangan. Kenapa kerajaan mereka membantu? Kerana kerajaan mereka sedar, selain daripada barangan elektronik dan apa sahaja atas nama Made In Japan, barangan yang dihasilkan daripada industri permotoran (motorsports) boleh menjana keuntungan yang maksimum.

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia dan sesiapa saja melihat industri ini satu cabang ekonomi yang bagus. Mengembangkan dunia motorsports Malaysia bukanlah sesuatu yang membazir. Ianya satu pelaburan yang tersangat bagus. Percayalah pulangan yang bakal diberikan pasti menguntungkan negara kita ini. Biar kita menjadi ikutan selepas Jepun. Biar para pelumba menjadi ikutan dan sebutan di kalangan peminat motorsports Asia. Inilah arah yang harus kita cari. Inilah arah yang harus kita bentuk.

Para aktivis motorsports harus bersatu dan kuatkan semangat. Para aktivis motorsports harus bergandingan untuk memastikan arah yang selama ini hilang punca kembali ke tempat yang asal. Para aktivis motorsports harus sebulat suara dalam menyuarakan apa diingini selama ini. Para akitivis motorsports harus terus - menerus berusaha menjadi perintis dalam mengembang industri ini.

Buat para peminat motorsports Malaysia, sokonglah dan dokonglah mereka ini. Harus kita membantu mereka dalam merealisasikan impian untuk menjadikan Malaysia gergasi motorsports di benua Asia ini. Jika para aktivis ini tidak mendapat dokongan penuh daripada kita, maka motorsports pasti kehilangan arah. Sokongan bukan sahaja bermakna harus menyertai setiap acara yang mereka anjurkan tapi cukup sekadar menjadi penonton. Jika ramai jumlah penonton yang hadir ini menunjukkan kesungguhan kita mahu melihat arah motorsports Malaysia di landasan yang tepat.

Buat pengurusan litar - litar di Malaysia dari utara hingga selatan. Pekalah dengan keadaan sekeliling. Jangan terlalu memikirkan keuntungan pada jangka masa pendek. Fikirlah dengan jangka masa yang panjang. Jika anda semua bersikap sedemikian rupa, maka anda harus bertanggungjawap dengan kemurungan, kemalapan dan kegagalan industri motorsports Malaysia. Bantulah dalam usaha - usaha para aktivis untuk meningkat industri kita ini.

Soalan yang sekarang ini berlegar dalam pemikiran sekarang ini, Kemana Arah Motorsport Malaysia?

No comments:

Post a Comment