Aku rasa macam nak bercerita sikit pasal kereta aku yang tak berapa hensem kalau nak bandingkan dengan kereta kawan - kawan aku yang lain itu.
Selalu sangat aku cerita pasal kereta orang lain. Kereta sendiri haram tak pernah cerita. Jadi hari aku nak cerita pasal gf aku ni. Cerita tak ada lah gempak mana pun. Makcik jiran sebelah rumah aku pun buat benda sama.
OK aku nak cerita pasal alignment. Aku ni mula ambil berat pasal handling bila selalu tanya encik Ali proDRAG mengenai handling. Dari sudut sistem suspensi sampailah ke tahap ketebalan anti roll-bar.
Jadi pre-stage sebelum nak tibai defending champion TimeAttack yang memandu GTR R35 kahkahkah, aku set balik alignment kereta aku yang tak berapa handsome ni. Dulu aku selalu set chamber dan alignment 0.0 darjah (degree). Semata nak jaga tayar dan bagi mat - mat DRAGSUPERSTAR alignment 0.0 menjadi kemestian supaya traction yang dihasilkan maksimum (kata dorang lah aku ni mana la reti sangat). Jadi diskusi punya diskusi hasilnya aku buat balik alignment kereta aku. Aku set menjadi -1.2 darjah di belah kiri mana belah kanan -1.1 darjah. Maka kereta aku menjadi sedikit kepak. Dari depan nampak macam kaki tak bedung terkengkang je jalan. Antara perubahan kereta yang aku notis adalah, tahap keringanan stereng berubah menjadi berat sedikit (perasaan je kot) dan tahap kekerasan suspensi menjadi semakin keras. Oh ya aku pakai GAB High Low sahaja. Tahap handling ada perubahan. Ketika mengambil selekoh yang agak tajam ada perubahan. Lagi bagus dari dahulu. Tapi untuk handling yang tahap optimum penggunaan pillow ball amat penting supaya degree chamber dapat di set dengan lebih tepat lagi dan mungkin dari -1.1 boleh set menjadi -1.5. Bagi aku la. Korang tanya mekanik masing - masing.
Ok yang terakhir, kereta lama sekarang memang dah menjadi suatu kemestian untuk dinaikkan kuasa kudanya. Dari Toyota AE86 sampailah ke Proton Saga. Semuanya telah dinaikkan tarafnya. Tapi jarang sangat aku tengok kereta Made In Europe ni dinaikkan taraf kuasa kudanya. Jadi aku dapat la tengok kereta Made In Europe yang di BOLT-ON Turbo. Tapi dapat tengok dari luar je lah.
Alfa Romeo dengan INTERCOOLER Terjojol macam Katy Perry punya.
OKay...Tu sahaja..tengoklah kalau rajin aku update lagi.
MOTORSPORT FOR LIVE!!
Buat entri pasal my bf ler pulak.. :)
ReplyDeletenot my bf..gf ok hehe..
ReplyDeletegf dah biasa sgt...nnt bleh buat ala2 lagu kate perry..i kiss a man n i like it..upss.. :)
ReplyDelete