Sunday, March 6, 2011

Bantah Sikap Pihak Tertentu!

5/3/2011 berlangsungnya acara gemilang saban bulan iaitu Saturday Night Fever. Acara yang semakin lama mendapat sambutan dari peminat motorsport Malaysia. Pada tarikh tersebut penyertaan daripada pasukan lumba dan individu tersangat menggalakkan. Dengar khabar telah mencecah 125 penyertaan. Memang meriah.

Namun yang aku tak suka apabila mendapat khabar berita mengatakan acara kali ini sedang cuba disabotaj oleh pihak tertentu. Dengar khabar dengan sengaja beberapa pit telah ditutup dan ini menyukarkan pihak penganjur untuk mengatur atau menyusun kereta - kereta yang bakal berlumba. Jika dahulu pihak penganjur boleh menyusun setiap kenderaan mengikut kategori kali ini tidak lagi. Terpaksa berkongsi dengan sesetengah kategori.

Tapi ada satu perkara yang paling aku tak suka apabila ada pihak tertentu telah menghubungi pihak polis untuk memastikan acara ini gagal sama sekali. Alasan yang diberikan bahawa acara kali ini tiada permit, ada perlumbaan haram, dan bunyi bising? Hey litar Sepang jauh dari kawasan perumahan. Kenapa isu bising menjadi masalah? Sumpah aku tak faham dengan tindakan sesetengah pihak ini. Sakit otak rasanya! Tidak mendapat permit? Sedangkan pihak penganjur telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri!!! Mana mungkin ada perlumbaan haram sedangkan ini berlaku dalam litar Sepang. Tolong berfikir secara logik.

Ignition.My harus bertahan. Jangan sesekali mengalah dengan cubaan pihak tertentu ini. Mereka dahulu pernah buat perangai juga ketika Sepang Drag Battle dijalankan. Tujuannya hanya satu, rampas acara tersebut untuk keuntungan maksimum. Buat pihak tertentu itu, sila jangan ada hasad dengki dengan orang lain. Lihat saja kegagalan Sepang Drag Battle. Penonton tak ramai. Kalau esok benda sama jadi pada Saturday Night Fever dan lumba haram kembali berleluasa, kamu yang bertanggungjawap!! Litar Sepang milik rakyat Malaysia. Apa salahnya Ignition.My menganjurkan untuk rakyat Malaysia juga. Keuntungan dapat juga ke tangan Litar Sepang. Sudahlah harga untuk menyewa litar Sepang mencecah RM 40,000.00. Apakah ianya tidak cukup bagi pihak tertentu itu?

Ignition.My, teruskan bertahan. Cari jalan untuk memastikan acara gemilang ini dibawah kendalian pihak Ignition.My. Jangan sesekali menyerah kalah. Pasukan Ignition.My merupakan aktivis - aktivis motorsports. Percayalah ribuan peminat motorsports akan berada di belakang Ignition.My. BERTAHAN!!

Buat pihak tertinggi, mereka ini merupakan satu kelompok insan yang baik - baik. Niat mereka baik, iaitu memastikan jalanraya bebas dari lumba haram. Bantulah mereka bukannya menjahanamkan niat baik mereka ini.

cc : Kementerian Belia dan Sukan

3 comments:

  1. Apa yang dinyatakan disini adalah benar sama sekali. Agensi agensi kerajaan sekarang sedang giat menghalang perlumbaan haram diatas jalan raya dan jika perlumbaan di litar Sepang juga dianggap sebagai perlumbaan haram, jadi dimanakah pelumba pelumba 'miskin' hendak berlumba?

    ReplyDelete
  2. Saya turut bersimpati atas kejadian sebegini. Saya berharap pihak SNF akan bersabar atas kejadian yang telah berlaku. Yang pentingnya kita berusaha untuk menjaya sukan bermotorsport untuk semua, tidak kira taraf ataupun bangsa!!
    Dimanakah Malaysia di arena Motorsport? Adakah kita menarajui Motorsport di dunia? Sememangnya tidak, kenapa? Kerana pihak pihak (sabotaj) sebeginilah di penuh dengan hasad dengki yang tak akan maju ke hadapan. Walaupun ada diantara kita (Malaysian) yang ingin memajukannya.
    Semoga perkara didengari semua sehingga ke pihak kerajaan. Semoga tindakan akan di ambil ke atas individu individu tersebut.
    HIDUP MOTORSPORT DI MALAYSIA......!!!!

    ReplyDelete
  3. semua orang harus berganding bahu untuk memastikan anasir - anasir jahat tersebut tidak berani lagi membuat fitnah jahat dan sebagainya.

    ReplyDelete