Monday, March 7, 2011

Kemana Arah Motorsports Malaysia? (2)

Jika dahulu saya menegaskan penekanan kepada pengurusan melahirkan pelumba yang baik harus bermula dengan kesungguhan pihak tertinggi dan pengurusan trek yang ikhlas dan pandai. Bukannya hanya tahu mengaut keuntungan secara maksima tapi lambat - laun menghilangkan rasa minat untuk anak - anak muda Malaysia berlumba.

Pengisian kali ini lebih kepada melahirkan mekanik - mekanik yang mampu merancakkan lagi proses kelahiran pelumba - pelumba yang baik. Jangan kita menganggap para mekanik hanya berguna kepada dunia perlumbaan. Negara - negara luar mereka menggunakan kepakaran para mekanik yang mampu melahirkan satu jentera yang pantas untuk digunakan mencipta jentera - jentera tentera yang mampu bergerak pantas di medan peperangan. Sebagai contoh di United Kingdom, para mekanik yang mahir akan dilantik menjadi pencipta jentera peperangan.

Tujuan saya mengeluarkan kenyataan mengenai usahasama pihak tentera kepada dunia motorsport hanyalah untuk kita membuka mata betapa pentingnya jika kerajaan membantu mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia atau industri ini. Jika kerajaan membantu dengan menurunkan sedikit cukai ke atas barangan prestasi (performance parts), sudah pasti ini akan merancakkan lagi proses inovasi - inovasi oleh para mekanik di dalam Malaysia ini. Apabila barangan prestasi menjadi murah sudah pasti ianya akan menarik ramai lagi pengguna untuk membeli dan ini akan membantu ekonomi negara. Jangan dianggap industri motorsport tidak membantu ekonomi negara. Masakan negara Jepun juga memberi penekanan kepada industri ini. Ini kerana mereka sedar industri motorsport tersangat besar pengaruhnya.

Dalam negara kita, syukur kerana ada beberapa kumpulan yang mengambil inisiatif untuk merancakkan lagi industri ini. Saya mengambil contoh dari kumpulan Ignition.My. Mereka adalah yang bertanggungjawab menganjurkan satu acara yang semakin lama mendapat perhatian para pelumba jalanan. Tapi mereka jugalah yang sekarang ini sedang merancakkan lagi industri ini. Sebagai contoh, mereka sering kali memberi tawaran diskaun untuk peralatan perlumbaan sebagai contoh sarung tangan perlumbaan dengan berkaloborasi dengan syarikat yang lain. Mereka sedar, tidak ramai yang mampu membeli sarung tangan perlumbaan yang mahal harganya. Dengan memberi tawaran kepada para peserta pada acara berkenaan dengan memberi diskaun, sekali gus memberi peluang kepada syarikat yang menjual peralatan tersebut dan memberi peluang pada mereka yang agak kurang mampu untuk membeli pada harga yang berpatutan. Bukankah ini merancakkan lagi ekonomi negara? Proses jual beli sedang berlaku.Kedua - dua pihak mendapat untung.

Kesimpulannya, untuk menarik penyertaan anak - anak muda untuk dibentuk menjadi pelumba negara haruslah juga memikirkan kos - kos untuk menyediakan generasi pelapis ini. Apa yang kita dapat jika semuanya mahal? Motorsports Malaysia pasti gemilang jika pengurangan cukai terhadap barangan prestasi kerana ini akan menarik minat anak muda dan juga membantu ekonomi negara.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 3

No comments:

Post a Comment