Thursday, December 9, 2010

Saturday Night Fever Is Back

13 tahun dahulu ketika aku masih berumur 14 tahun, kedengaran suara DJ di Litar Batu Tiga, Shah Alam yang sedang membakar atau menaikkan semangat para penonton yang sedang menyaksikan perlumbaan di waktu malam. Sutan Mustafa ketika itu menjadi DJ yang sememangnya pakar dalam membuatkan orang "berdiri bulu tengkok". Teringat lagi ketika dia selalu membuatkan para penonton yang duduk di grandstand berdiri menantikan kereta - kereta keluar dari selekoh terakhir sebelum menuju terus laju menuju ke laluan utama. Yup, semuanya itu 13 tahun dahulu. Aku masih kanak - kanak. Aku tak kenal siapa itu Pak Latip Lydia Racing Team. Aku tak kenal siapa itu JC Racing (AMOIL) dan ramai lagi ketika itu. Aku pergi ke sana semuanya atas dasar mahu melihat kereta - kereta street tune berlumba semahunya.

Namun semuanya tinggal kenangan apabila Trek Batu Tiga telah dirobohkan. Maka suasana hiruk - pikuk, deruman ekzos 4G15, 4G92, 4G93, VTEC dan Turbo yang mengelilingi satu trek penuh semuanya menjadi kenangan. Tanyalah kepada siapa yang pernah menyertai atau menonton di trek tersebut. Semuanya pasti akan merindui saat - saat tersebut. Dengan suasana yang cukup friendly dikalangan pemandu, pembuat enjin merangkap tuner dan penonton. Trek tersebut memang sentiasa dirindui dan diingati oleh mereka yang pernah menjejakkan kaki disana.

Semuanya kerana satu acara yang menjadi acara wajib di trek tersebut. Setiap malam minggu pasti trek tersebut penuh dengan kereta - kereta yang telah diubah-suai untuk berentap secara SAH di trek tersebut. Ratusan kereta akan menyertai acara tetap tersebut. Yup, SATURDAY NIGHT FEVER!! Acara wajib buat para pelumba. Setelah trek tersebut dirobohkan atas nama pembangunan, acara wajib tersebut terus hilang. Sunyi. Kosong.

Sekarang pada tahun 2010, setelah bertahun lamanya acara wajib tersebut hilang dari kalendar dalam dunia motorsport, acara tersebut sekarang telah dihidupkan kembali. Acara tersebut telah dilahirkan oleh mereka yang pernah menjadi saksi kegemilangan dunia motorsport buat anak - anak muda dan OLD TIMERS. Yup, SATURDAY NIGHT FEVER IS BACK!!

Aku pasti dan yakin mereka yang pernah berentap di Trek Batu Tiga di dalam acara tersebut pasti akan mula mengingati saat - saat ketika sedang enak berentap di setiap selekoh yang mencabar di trek tersebut. Berlumba diwaktu malam. Melalui selekoh 9 dengan kelajuan yang maksimum. Berebut keluar di selekoh 14 yang menuju ke garisan utama. Sudah pasti keinginan untuk menjadi seperti itu akan muncul dan bangkit kembali.

Aku sebagai penonton sudah dapat membayangkan. Deruman ekzos dan ngauman enjin yang panjang di seluruh Trek Sepang. Gelak tawa, kagum, adrenalin dan pelbagai perasaan pasti akan wujud kembali.

Aku cuma mengharapkan OLD TIMERS macam Pak Latip Lydia Racing, Pakcik Zul GARANG RACING, JC Racing (AMOIL), 3 adik - beradik (Aki, Ali Prodrag dan Maddiah) yang berlumba ketika usia masih belasan tahun di trek Batu Tiga, Fadzil Alang, Uncle Charlie MatSpeed, Anuar Motorsport, dan ramai lagi muncul kembali. Kehebatan anda ketika waktu itu telah menjadi satu penanda aras buat anak - anak muda yang masih kecil, remaja dan lain - lain untuk jadi seperti itu. Aku juga mengharapkan pihak penganjur memanggil semua mereka itu untuk kembali. Kemunculan mereka ini pasti akan menghidupkan kembali suasana Saturday Night Fever sebagaimana di Trek Batu Tiga.

Okay lah, cakap banyak tak guna. Kita jumpa nanti di Sepang.



p/s aku minat betul acara pada pukul 9.30 malam...TERBAEKKK hahahaha

untuk maklumat lanjut sila ke link ini : Ignition

Wednesday, November 24, 2010

Welcome To Mr.Arul

Hari ini entri kali ni aku nak cerita pasal member aku sorang ni. Nama penuh dia Azharul. Orang panggil Arul. Mat Lalot from Puchong hehe..ok serious.

Sejarah mamat ni, aku kenal baru 2 tahun lepas. Tapi dia ini memang teliti bermain kereta. Dia ni asal mempunyai Honda Civic EK 2Doors yang bernadikan B16A SiR. Peminat setia barangan Spoon. Dari cable plug sampailah ke sticker Spoon. Semuanya mengikut spesifikasi tepat Spoon. Hatta nak tampal sticker nak kena ikut cara Spoon tampal dekat kereta. Gilo mamat ni. Tapi kalau takde orang macam ni, tu yang kita jumpa orang main sebat tampal je. Tampal lambang Spoon yang itik tu kat Perodua Kelisa. WHAT THE F!!??

Ok, now dia dah jual. Jual bukan sebab tak mampu main Honda lagi. Dia jual sebab nak beli rumah yang agak kurang ajar cantiknya. Lokasi? Rahsia hahaha. So kalau dah kaki modify ni tetap kaki modify. Sebab nak lepas gian. Maka dia pun telah membeli Perodua Kancil yang bakal diturbokan, di Moderno, dan dicantikkan.

Jadi dia pun membuat satu blog khas buat kereta dia. Dari awal dia beli sampailah projek - projek yang bakal dia buat. Oh ya, encik Arul bukan kaki rempit. Jadi kalau korang harap nak tengok dia pakai Turbine AR70, racing cam, bla bla bla jangan harap la ye. Cukup sekadar nak memotong B16A hahaha..dem bahaya betol matilah aku macam ni.

Okay, kepada kengkawan yang dah lama dalam dunia KCar SILA KONGSI ILMU ANDA. Jangan sombong tak kena gaya. Nanti aku lempang muka korang kang.

Buat Enchik Arul...Welcome To The KCar World..hehehe...

Blog encik Arul :

Little Whitey Moderno

Friday, November 5, 2010

Tribute To The Legend : Hiromu Naruse

Siapakah Hiromu Naruse? Apa kaitan beliau dengan dunia motorsport? Beliau merupakan ketua pemandu ujian dan jurutera ujian untuk syarikat Toyota Motor Corporation. Sudah menjadi pemandu ujian syarikat Toyota selama 47 tahun. Malangnya beliau telah mati ketika sedang membuat ujian Lexus LFA Nürburgring Edition prototype.

Seorang lagenda permotoran. Digelar "man who knows all the world’s roads" oleh kakitangan Ferari. Tapi manusia tetap tidak boleh melawan kuasa Tuhan. Beliau akhirnya mati kerana terlibat dengan kemalangan di trek Nürburgring sewaktu membuat ujian keatas Lexus LFA Nürburgring Edition.

Tribute To The Legend

Sunday, October 31, 2010

My Gf

Aku rasa macam nak bercerita sikit pasal kereta aku yang tak berapa hensem kalau nak bandingkan dengan kereta kawan - kawan aku yang lain itu.

Selalu sangat aku cerita pasal kereta orang lain. Kereta sendiri haram tak pernah cerita. Jadi hari aku nak cerita pasal gf aku ni. Cerita tak ada lah gempak mana pun. Makcik jiran sebelah rumah aku pun buat benda sama.

OK aku nak cerita pasal alignment. Aku ni mula ambil berat pasal handling bila selalu tanya encik Ali proDRAG mengenai handling. Dari sudut sistem suspensi sampailah ke tahap ketebalan anti roll-bar.

Jadi pre-stage sebelum nak tibai defending champion TimeAttack yang memandu GTR R35 kahkahkah, aku set balik alignment kereta aku yang tak berapa handsome ni. Dulu aku selalu set chamber dan alignment 0.0 darjah (degree). Semata nak jaga tayar dan bagi mat - mat DRAGSUPERSTAR alignment 0.0 menjadi kemestian supaya traction yang dihasilkan maksimum (kata dorang lah aku ni mana la reti sangat). Jadi diskusi punya diskusi hasilnya aku buat balik alignment kereta aku. Aku set menjadi -1.2 darjah di belah kiri mana belah kanan -1.1 darjah. Maka kereta aku menjadi sedikit kepak. Dari depan nampak macam kaki tak bedung terkengkang je jalan. Antara perubahan kereta yang aku notis adalah, tahap keringanan stereng berubah menjadi berat sedikit (perasaan je kot) dan tahap kekerasan suspensi menjadi semakin keras. Oh ya aku pakai GAB High Low sahaja. Tahap handling ada perubahan. Ketika mengambil selekoh yang agak tajam ada perubahan. Lagi bagus dari dahulu. Tapi untuk handling yang tahap optimum penggunaan pillow ball amat penting supaya degree chamber dapat di set dengan lebih tepat lagi dan mungkin dari -1.1 boleh set menjadi -1.5. Bagi aku la. Korang tanya mekanik masing - masing.

Ok yang terakhir, kereta lama sekarang memang dah menjadi suatu kemestian untuk dinaikkan kuasa kudanya. Dari Toyota AE86 sampailah ke Proton Saga. Semuanya telah dinaikkan tarafnya. Tapi jarang sangat aku tengok kereta Made In Europe ni dinaikkan taraf kuasa kudanya. Jadi aku dapat la tengok kereta Made In Europe yang di BOLT-ON Turbo. Tapi dapat tengok dari luar je lah.


Alfa Romeo dengan INTERCOOLER Terjojol macam Katy Perry punya.

OKay...Tu sahaja..tengoklah kalau rajin aku update lagi.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

Thursday, October 21, 2010

Hail To The Old Skool

(Warning! This article not suitable for gay in motorsport)

Salam everybody

Dah lama tak update blog aku ni. Aku hari ni nak menulis tak panjang. Nak letak video sahaja.

Video kali ini mengenai sebuah kereta yang OTAI. Menjadi kegilaan pada zamannya dan masih lagi digilai muda-mudi zaman sekarang. Terutamanya yang tahu menghargai nilai yang ada pada kereta tersebut.

Toyota AE86. Ya Hachiroku. Model yang sehingga sekarang masih seksi, hot, berahi dan sewaktu dengannya. Bila dia lalu you feels like wanna honky Kazume Abe for the last time. Serious dude. Kereta ini teramat cantik dan seksi.

Aku tak berapa mahir pasal enjin Toyota. Tapi korang nilai sendiri tengok spec yang ada kat kereta ni. Dengan horsepower yang ada. Aku berdiri dan SALUTE PADA KERETA ini.

(korang dengar gear ratio dia pada minit 5:07..superb!! ALL MOTOR!!)

Monday, September 20, 2010

Mitos Mivec Red Top

Selalu saja aku dengar, "Mivec ada redtop". Redtop? Nak juga jadi Type-R. Bila aku kata takda, muka ketat macam apa entah siap kata "Aku main Mitsubishi gak, ko apa tau." Ok abang long awak terrer.

Okay, aku dengan ilmu yang tak penuh kat cawan. Mivec tak pernah wujud REDTOP. Diulangi Mivec tak wujud REDTOP. Mungkin mereka yang kata Mivec ada REDTOP tengok ada kawan - kawan kita yang cat valve cover dengan warna merah. Ala - ala B16B (nak gak jadi Type-R). Lepas itu dengan selamba kata Mivec REDTOP ini gearbox dia spesel sikit. Finaldrive 4.6. Ermmm??!!

Okay la macam ini. Mivec 1st Gen (duduk dalam chasis CA4A dan CB4A contoh macam Wira, Satria, dan Putra) memang Mitsubishi buat perbezaan. Silvertop dan Blacktop Silvertop Mivec biasa dan Blacktop Mivec RS. Model RS ini tiada apa beza, cuma berat kereta diringankan, gearbox LSD. Tapi finaldrive tetap 4.5.

Mivec 2nd Gen (duduk dalam chasis CK4A dan CJ4A contohnya Proton Waja, Gen2, Persona, Satria Neo), Mitsubishi tidak membuat apa - apa perbezaan. Bagi model RS tetap sama caranya. Berat kereta diringankan dan gearbox LSD. Tapi model 2nd Gen ini mempunyai finaldrive yang agak tinggi dan gear ratio yang telah diubah (termasuk model bukan RS), 4.6.

Tidak pernah wujud REDTOP. Kalau ada tolong tunjukkan dari sumber yang sahih. Jangan berdasarkan khabar angin berbagai. Ini semua mitos. Mitos yang menyebabkan ramai mencari enjin Redtop yang tak wujud. Macam mengharapkan pokok teh mengeluarkan buah durian.

Jadi buat yang bakal memasang enjin Mivec, janganlah dengar cakap - cakap kedaung ini. Jangan jadi bangang pergi cari juga enjin Redtop yang wujud celah mana entah. Jangan percaya kalau mereka kata "Eh ada, Jepun takkan nak cerita semua." Pasti dan tersangat pasti wujud kata - kata hikmat macam itu. Yang dah pakai enjin Mivec tapi malas membaca, jangan datang mamat - mamat kedaung hasut korang, korang percaya juga.

Ok, jangan bonsaikan akal. Selamat Membaca.

MOTORSPORT FOR LIVE

Saturday, September 18, 2010

Motorsport At Alor Setar

Salam dan Selamat Hari Raya (Syawal Sebulan bradaa)

Hari ni aku nak buat cerita MACAM BAGUS NAK MAMPUS dari aku ini sepanjang aku berada di kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru - baru ini. Perjalanan pulang ke Kedah agak best. Kereta macam biasa banyak tapi takde sesak macam nak mampus. Kereta - kereta monyet atau mat - mat motor yang perangai macam monyet tahun ni tak nampak pulak. Mungkin ada yang jumpa tapi aku tak jumpa lak.

Ok back to the topic, aku nak puji motorsport scene di Alor Setar, Kedah. Sebab apa aku nak puji (bukan sebab depa ni orang kampung aku), sebab mereka ini tidak pernah cuba sesekali untuk menjadi GAY DALAM MOTORSPORT. Walaupun pada malam itu ada larian amal melibatkan gang - gang variable valve tapi mereka semua ini sepakat. Dari enjin Mitsubishi N/A sampai ke Turbo dan VTEC. Mereka boleh duduk relax, sembang - sembang koyak. Takde la macam satu group yang aku kenal tu. Duduk sekelompok dan gerak pegi mana - mana pun sekelompok. Pastu tak reti nak hormat enjin kereta orang lain. Yaw, geli yaw..sangat GAY yaw. Aku memang minat suasana macam tu. Bagi orang - orang lama dalam motorsport dan tentu selalu tengok suasana macam tu. Bagi orang baru macam aku, nak tengok suasana macam tu sekarang mak aiii...punyalah payah sekarang. GILA TAKSUB (GAY).

Ok, tapi ada satu cerita yang bagi aku (BUDAK BARU lah katakan), agak best. Aku minat untuk bawa ke tengah. Satu proses modifikasi yang agak mantap dan best. Honda Civic SB3 yang bernadikan B16A dari model Integra. VTEC Besaq yaw. Best juga proses modify macam ni.

Cakap banyak tak guna, mai tengok gambaq - gambaq ini.







Best dan tersangat best. Buat owner kereta ini, Hakamn Si..jaga kereta legend ini elok - elok. Jangan hentam kuat - kuat sangat, nanti tercabut lagi driveshaft hehehe..Kereta ni memang ringan, setakat B16B pekak duduk dalam adik - adik dia memang kena tapau kaw - kaw.. POWER TO WEIGHT bradaa.

Ok tu je...MOTORSPORT FOR LIVE!!