Monday, May 10, 2010

Jangan Jadi Gay

Lama tak menulis panjang lebar. Lama tak meluahkan perasaan mengenai dunia motorsport Malaysia ini. Tajuk utama dan kata kunci GAY. Gay bermaksud perasaan sayang pada kaum sejenis yang melampau.

Kali ini aku nak cakap mengenai segelintir kelompok gang - gang motorsport yang terlampau extreme dalam berkecimpung dalam dunia motorsport. Aku bagi contoh ada satu kumpulan manusia, mereka hanya melepak dengan gang - gang yang sejenis model saja. Maksudnya mereka tak mahu melepak dengan gang - gang kereta yang lain. Bercakap mengenai teknikal enjin pun mengenai satu jenis sahaja. Pergi pun pada mekanik yang konon handal sangat mengenai enjin itu sahaja.

Aku sebenarnya menyampah dengan kumpulan macam ini. Sebab bila kita yang tak pakai enjin jenis macam itu cuba bagi pendapat dengan muka yang memang minta penyepak cuba menidakkan pendapat kita. Kumpulan macam ini sememangnya telah merosakkan komuniti motorsport yang telah dibina oleh otai - otai dalam dunia motorsport. Hidup mereka yang berkisarkan dengan gang - gang sejenis sahaja. Cuba periksa balik, mereka yang hidup sejenis ini, ada tak kawan - kawan dari gang - gang kereta yang lain. Pernah tak mereka melepak dengan gang - gang kereta lain. Pasti tidak. Kalau ada hanya sekadar "Hai" dan "Bye". Mereka hanyalah sekelompok manusia yang syok sendiri dengan dunia mereka.

Kalau cerita mengenai dunia modifikasi, hanya mekanik yang main enjin itu sahaja yang layak cerita mengenai enjin jenis itu. Padahal, mekanik yang mengaku PRO dalam enjin itu belum tentu dapat menghasilkan enjin yang gempak. Mereka tidak pernah cuba untuk untuk melihat dunia luar dengan lebih meluas. Mereka umpama katak bawah tempurung. Bagi mereka, mekanik yang tak pernah buat enjin jenis itu tak layak buat enjin kereta mereka.

Kelompok macam ini semakin membesar. Cukup bahaya. Bahaya orang macam ini boleh menyebabkan permusuhan secara tidak langsung akan berlaku. Mereka akan kamcing dengan gang - gang kaum sejenis sahaja. Aku pernah kena dan aku tahu macam mana menyampahnya dengan gang - gang GAY ini. Kalau melepak, jika mereka mula nak bercerita nak upgradekan enjin mereka, mulalah gang - gang GAY ini berahsia depan mata kita, diulangi depan mata kita. Siap bisik - bisik. Boleh jadi musuh tak? Disebabkan perangai macam itu, sumpah aku takkan lepak lagi dengan mereka yang GAY ini.

Kenapa harus jadi macam itu? Sedangkan dunia motorsport ini luas. Teramat luas. Tidak mengapa jika kita mengagungkan enjin yang kita miliki. Tapi jangan sampai kita menidakkan kemampuan enjin jenis lain. Kita harus bercampur supaya kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenai jenis - jenis enjin yang lain. Kita bertukar - tukar pandangan supaya mungkin ada benda yang boleh kita ambil untuk meningkatkan prestasi enjin kita sendiri.

Aku punya ramai teman dari enjin - enjin jenis yang lain. Kebanyakkan mereka tidak pernah ada perangai sebegini. Mereka tidak gay walaupun mereka mempunyai teman - teman dari jenis yang sama. Mereka menghormati enjin jenis lain. Mereka juga sering bertukar pendapat dari jenis enjin yang lain. Kenapa mereka boleh mempunyai sifat demikian? Kerana mereka tahu, dengan cara ini saja mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan prestasi enjin mereka masing - masing.

Jadi buat mereka yang GAY. Sudahlah, berubahlah. Orang sebenarnya menyampah dengan perangai GAY korang ni. Orang sebenarnya jijik tengok perangai korang ni. Orang lama yang pernah main enjin jenis macam itu pun tak buat perangai macam korang sekarang ni. Korang hanya duduk dalam kelompok yang sempit pemikirannya. Korang hanya beranggapan enjin korang sahaj terbaik dan mekanik yang main enjin korang saja yang boleh buat enjin yang korang anggap best sangat tu. Aku punya seorang sahabat baik, dia datang dari selatan. Bengkel bagi budak baru memang sampai kesudah takkan tahu. Mekanik dia asalnya main enjin yang paling susah untuk dapat kuasa yang maksimum. Tapi setelah lama bermain enjin yang susah dapat kuasa yang maksimum maka setakat enjin yang senang dapat power..pejam mata je lah. Hasilnya sahabat aku ini, barang standard namun hingga kesaat ini tiada satu pun daripada mereka yang datang dari kelompok GAY ini dapat memotong dia. Walaupun ada yang pakai barang - barang performance yang jenis gred A, namun hingga kesaat ini tiada siapa yang dapat memotong dia dengan bergaya hatta nak memotong sebiji kereta pun tak dapat. SEBAB? Dia tidak GAY dan hasil dari perbincangan dengan rakan - rakan yang main enjin jenis lain maka dia tahu mana mahu mencari mekanik yang kualiti.

Jadi buat korang yang GAY, berubahlah bro. Tidak guna korang dalam kelompok korang sendiri dan korang akan anggap korang yang the best. Lepas tu jumpa yang orang yang lebih dari korang mula la kata dia tu pakai barang - barang gempak padahal standard mended. Kalau korang jenis suka berbincang dengan orang lain maka percayalah enjin yang korang pakai mesti laju dan roket macam kawan aku sorang tu...sekian.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

7 comments:

  1. baguih la entri hang kali ni..terbuka sikit minda untuk budak-budak yang baru nak belajar main kereta..tu pun kalau depa amik kesah la..dunia kereta ni luas jugak la mcm hang cakap.aku setuju..walau apa kereta yang kita pakai..secara kasarnya..kittaaa serupaaa..tak kemana pon kalau nak 'wat hidung tinggi' haa..
    *kadang2 aku jadi hampeh kalau terserempak dengan budak2 yang baru nak kenal erti dunia kumpulan kereta ni...'bedunia la skit dengan org lain' bak kata org utara..
    MOTORSPORT FOR LIVE...YEZZZAAA..

    ReplyDelete
  2. tq bro...sebab meluat sangat dah..tu yang rasa nak tulis benda yang remeh macam tu..tak tulis rasa bara dok ada dalam hati ni..

    bila tulis rasa lega sikit. tapi tu la macam depa heran..lantak la..kelompok depa banyak tu ja la..

    kita yang campur semua orang...baru rasa best..

    yupp...MOTORSPORT FOR LIVE!!

    ReplyDelete
  3. aku selaku org yg baru belaja nak main keta, sangat menyokong kamu..

    ReplyDelete
  4. mengade baru main kete...spank kang

    ReplyDelete
  5. aku baru main la ni compare ngan korang..

    ReplyDelete
  6. same la...aku pon baru main...tersgt baru

    ReplyDelete