Sejarah mamat ni, aku kenal baru 2 tahun lepas. Tapi dia ini memang teliti bermain kereta. Dia ni asal mempunyai Honda Civic EK 2Doors yang bernadikan B16A SiR. Peminat setia barangan Spoon. Dari cable plug sampailah ke sticker Spoon. Semuanya mengikut spesifikasi tepat Spoon. Hatta nak tampal sticker nak kena ikut cara Spoon tampal dekat kereta. Gilo mamat ni. Tapi kalau takde orang macam ni, tu yang kita jumpa orang main sebat tampal je. Tampal lambang Spoon yang itik tu kat Perodua Kelisa. WHAT THE F!!??
Ok, now dia dah jual. Jual bukan sebab tak mampu main Honda lagi. Dia jual sebab nak beli rumah yang agak kurang ajar cantiknya. Lokasi? Rahsia hahaha. So kalau dah kaki modify ni tetap kaki modify. Sebab nak lepas gian. Maka dia pun telah membeli Perodua Kancil yang bakal diturbokan, di Moderno, dan dicantikkan.
Jadi dia pun membuat satu blog khas buat kereta dia. Dari awal dia beli sampailah projek - projek yang bakal dia buat. Oh ya, encik Arul bukan kaki rempit. Jadi kalau korang harap nak tengok dia pakai Turbine AR70, racing cam, bla bla bla jangan harap la ye. Cukup sekadar nak memotong B16A hahaha..dem bahaya betol matilah aku macam ni.
Okay, kepada kengkawan yang dah lama dalam dunia KCar SILA KONGSI ILMU ANDA. Jangan sombong tak kena gaya. Nanti aku lempang muka korang kang.
Buat Enchik Arul...Welcome To The KCar World..hehehe...
Blog encik Arul :