Tuesday, January 3, 2012

Sejarah Variable Valve Timing

Hari ini kita cerita mengenai sejarah. Sejarah yang mungkin ada sebahagian kita tidak pernah ambil tahu (termasuk aku). Sejarah mengenai industri permotoran dalam dunia. Tujuan nak bercerita ini agar kita (termasuk aku) lebih faham dan menghormati enjin dari model lain.

Sejarah Variable Valve Timing ini agak panjang. Bermula semenjak kurun ke – 19 lagi. Waktu itu ianya digunakan untuk tujuan industri berat. Namun setelah melihat betapa efisyennya sistem ini, maka ianya mula digunapakai ke atas enjin.

Untuk pengetahuan semua, FIAT merupakan pengeluar kereta yang pertama menggunakan sistem Variable Valve pada tahun 1960an. Ianya diikuti oleh GM pada tahun 1975 namun sistem ini dibatalkan kerana gagal sistem LIFT untuk berfungsi. Selang 5 tahun kemudian pada tahun 1980, Alfa Romeo turut serta menggunakan sistem ini pada model Alfa Romeo Spider dengan jayanya.

Mengikuti kejayaan ini, syarikat otomobil Jepun juga tidak ketinggalan menggunakan sistem ini. Honda turut mencuba sistem keluarannya sendiri pada tahun 1983 pada motorsikal CBR400F dan ianya dikenali sebagai VTEC. Namun dalam usaha Honda memperbaiki sistem tersebut dan mencubanya pada kereta keluaran mereka, Nissan terlebih dahulu dalam perlumbaan mengaplikasikan sistem Variable Valve ini keatas kereta ciptaan mereka pada tahun 1986 yang diberi nama NVCS pada enjin VG30DETT. Selang 3 tahun kemudian iaitu pada tahun 1989 maka muncullah sistem VTEC yang digunapakai secara meluas keatas kereta keluaran Honda.

Menjelang tahun berikutnya barulah ianya diikuti oleh Mitsubishi (MIVEC), BMW (Vanos), Mazda, Toyota dan banyak lagi.

Kenapa? Kerana ianya dilihat dapat membantu meminimumkan penggunaan minyak pada kadar RPM rendah. Hari ini sistem boleh dikatakan digunapakai oleh semua pengeluar kereta. Malah Proton juga turut serta dalam penggunaan sistem ini iaitu CPS.

Aku penggemar sistem Variable Valve. Apabila mendengar sistem ini berfungsi pada kadar RPM yang ditetapkan ianya merupakan satu muzik yang paling indah dan merdu. Sistem ini ada kelebihan bagi mereka yang gemar berlumba. Kuasa yang ada bermula pada RPM rendah dan meningkat mendadak pada RPM tinggi (kalau cam profile performance spec la). Bak kata Pak Latip LYDIA RACING “Racing ni macam selimut pendek, tutup atas bawah terbuka, tutup bawah atas terbuka”. Teori ini pula disambung oleh anak dia Ali proDRAG “Variable Valve ni cover semua. Atas bawah hidup”.

Jadi tulisan kali ini memang khas untuk pemilik enjin variable valve. Sejarah panjang untuk mencipta sistem ini harus kita ketahui. Unik dan sangat istimewa. Sistem turbo ianya sangat mudah, namun untuk Variable Valve ianya melalui satu sejarah panjang dan sistem ini terbukti mampu menjadikan sesuatu enjin itu tersangat berkuasa.

Tapi di Malaysia, kita masih belum melihat kepantasan sebenar (kecuali VTEC yang laju) yang dihasilkan oleh sistem ini. Berpotensi untuk menjadi hebat adalah dari keluaran Toyota. Namun ianya masih panjang. Untuk MIVEC, kita tunggu sahaja kelibatnya.

p/s mungkin ada yang tak puas hati dengan fakta diberikan..silakan untuk membantah.