Ok kita mulakan Mazda 6. Aku pernah ceritakan perihal kereta ni pada entry yang lepas. Jadi ini adalah sambungan dan mungkin penutup barang - barang performance yang dibeli oleh pemilik Mazda ini. Jadi tanpa buang masa meh kita tengok barang terbaru yang dipasang untuk enjin Mazda ini....
Kalau ikut kata Cosworth, for enjin Turbo horsepower yang dijangka naik sebanyak 40hp manakala untuk NA 20hp (macam tulah lebih kurang). Jadi kita tgk macam mana next result masa dyno nanti. Harap aku sempat tengok kereta paling cool ini tengah running atas mesin dyno.
Ok, next. Kereta MyVi brother Sham. Kereta ini memang idola masa kereta ni mula - mula sampai di workshop sebab bodypart Passo yang teramat memberahikan. Walaupun aku tak melayan sangat bodypart gang - gang KCar, tapi inilah kali pertama aku teramat teruja. Kemas dan yawww. Tapi aku tak ada masa nak snap gambar kereta ini dari belakang sampai ke depan. Aku main depan. Depan lagi best. Tak gitu? Aku lebih pentingkan apa result yang kereta ini hasilkan dari proses - proses modifikasi yang telah dijalankan. Hasilnya? 236 whp. Spec? Racing Cam bla bla bla dan paling mahal dan buat aku rasa macam nak balik je bila dia start tekan klac. Kring kring SuperSingle Clutch by DSport. Klac loceng bai. Klac loceng. Tertekan aku. So tengoklah gambar enjin bay dan muka depan kereta ini dengan gambar yang tak berapa clear.
Ok last. Korang ingat lagi tak Eg 2 Door warna putih yang pakai blok B20B, piston 84mm highcompression, Skunk2 Pro2 Cam. Well tuan punya kereta memang gilo. Kereta tu sepatutnya boleh mencapai 230whp (kalau adj. cam pulley setting tu the MAX dan setting sekali lagi management) daripada yang asal 216whp (setting dulu). Tapi sebab member ni dah tak tahan. Terus upgrade block tersebut. Piston 86mm!! Aku biarkan korang tengok gambar blok dan piston...
Target horsepower kali ini..kalau ikut aku la..240++whp. Tapi tak tahulah berapa kuasa sebenar. Kita just tengok dulu macam mana. Pada pemilik..lu jangan hentam kuat - kuat sangat. Gua jeles ni!!
Ok, sekian...see u next entry.
MOTORSPORT FOR LIVE!!
wow...
ReplyDeletejgn jual lagi..layan dulu..
ReplyDelete