Thursday, March 10, 2011

Kemana Arah Motorsports Malaysia (Akhir)

Setelah menerangkan dari sudut pengurusan dan kos - kos tertentu dalam menyediakan generasi pelapis untuk industri motorsports Malaysia, suka atau tidak itulah realiti yang harus kita tempuhi dan akui dalam menyediakan para pelapis yang hebat.

Motorsports Malaysia mampu menjadi gergasi dalam benua Asia jika kena pada tempatnya. Gergasi bukan sahaja mampu mencabar mereka yang sudah lama industri ini seperti Jepun, Thailand dan lain - lain tetapi juga mampu menjadi ikutan untuk seluruh Asia. Tidakkah kita mahu menjadi seperti Jepun dimana menjadi ikutan setiap aspek. Daripada pelumbanya yang hebat sampailah barangan prestasinya sebagai contoh TODA, Jun, HKS, Spoon, Nismo, Ralliart, Ogura dan sebagainya. Barangan prestasi mereka telah pergi ke segenap penjuru dunia. Kenapa mereka boleh berjaya? Kerana kemudahan yang disediakan oleh pihak tertinggi tersangat membantu dalam menyediakan kemudahan untuk mereka mencipta dan mengkaji sebelum menghasilkan sesuatu barangan. Kenapa kerajaan mereka membantu? Kerana kerajaan mereka sedar, selain daripada barangan elektronik dan apa sahaja atas nama Made In Japan, barangan yang dihasilkan daripada industri permotoran (motorsports) boleh menjana keuntungan yang maksimum.

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia dan sesiapa saja melihat industri ini satu cabang ekonomi yang bagus. Mengembangkan dunia motorsports Malaysia bukanlah sesuatu yang membazir. Ianya satu pelaburan yang tersangat bagus. Percayalah pulangan yang bakal diberikan pasti menguntungkan negara kita ini. Biar kita menjadi ikutan selepas Jepun. Biar para pelumba menjadi ikutan dan sebutan di kalangan peminat motorsports Asia. Inilah arah yang harus kita cari. Inilah arah yang harus kita bentuk.

Para aktivis motorsports harus bersatu dan kuatkan semangat. Para aktivis motorsports harus bergandingan untuk memastikan arah yang selama ini hilang punca kembali ke tempat yang asal. Para aktivis motorsports harus sebulat suara dalam menyuarakan apa diingini selama ini. Para akitivis motorsports harus terus - menerus berusaha menjadi perintis dalam mengembang industri ini.

Buat para peminat motorsports Malaysia, sokonglah dan dokonglah mereka ini. Harus kita membantu mereka dalam merealisasikan impian untuk menjadikan Malaysia gergasi motorsports di benua Asia ini. Jika para aktivis ini tidak mendapat dokongan penuh daripada kita, maka motorsports pasti kehilangan arah. Sokongan bukan sahaja bermakna harus menyertai setiap acara yang mereka anjurkan tapi cukup sekadar menjadi penonton. Jika ramai jumlah penonton yang hadir ini menunjukkan kesungguhan kita mahu melihat arah motorsports Malaysia di landasan yang tepat.

Buat pengurusan litar - litar di Malaysia dari utara hingga selatan. Pekalah dengan keadaan sekeliling. Jangan terlalu memikirkan keuntungan pada jangka masa pendek. Fikirlah dengan jangka masa yang panjang. Jika anda semua bersikap sedemikian rupa, maka anda harus bertanggungjawap dengan kemurungan, kemalapan dan kegagalan industri motorsports Malaysia. Bantulah dalam usaha - usaha para aktivis untuk meningkat industri kita ini.

Soalan yang sekarang ini berlegar dalam pemikiran sekarang ini, Kemana Arah Motorsport Malaysia?

Monday, March 7, 2011

Kemana Arah Motorsports Malaysia? (2)

Jika dahulu saya menegaskan penekanan kepada pengurusan melahirkan pelumba yang baik harus bermula dengan kesungguhan pihak tertinggi dan pengurusan trek yang ikhlas dan pandai. Bukannya hanya tahu mengaut keuntungan secara maksima tapi lambat - laun menghilangkan rasa minat untuk anak - anak muda Malaysia berlumba.

Pengisian kali ini lebih kepada melahirkan mekanik - mekanik yang mampu merancakkan lagi proses kelahiran pelumba - pelumba yang baik. Jangan kita menganggap para mekanik hanya berguna kepada dunia perlumbaan. Negara - negara luar mereka menggunakan kepakaran para mekanik yang mampu melahirkan satu jentera yang pantas untuk digunakan mencipta jentera - jentera tentera yang mampu bergerak pantas di medan peperangan. Sebagai contoh di United Kingdom, para mekanik yang mahir akan dilantik menjadi pencipta jentera peperangan.

Tujuan saya mengeluarkan kenyataan mengenai usahasama pihak tentera kepada dunia motorsport hanyalah untuk kita membuka mata betapa pentingnya jika kerajaan membantu mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia atau industri ini. Jika kerajaan membantu dengan menurunkan sedikit cukai ke atas barangan prestasi (performance parts), sudah pasti ini akan merancakkan lagi proses inovasi - inovasi oleh para mekanik di dalam Malaysia ini. Apabila barangan prestasi menjadi murah sudah pasti ianya akan menarik ramai lagi pengguna untuk membeli dan ini akan membantu ekonomi negara. Jangan dianggap industri motorsport tidak membantu ekonomi negara. Masakan negara Jepun juga memberi penekanan kepada industri ini. Ini kerana mereka sedar industri motorsport tersangat besar pengaruhnya.

Dalam negara kita, syukur kerana ada beberapa kumpulan yang mengambil inisiatif untuk merancakkan lagi industri ini. Saya mengambil contoh dari kumpulan Ignition.My. Mereka adalah yang bertanggungjawab menganjurkan satu acara yang semakin lama mendapat perhatian para pelumba jalanan. Tapi mereka jugalah yang sekarang ini sedang merancakkan lagi industri ini. Sebagai contoh, mereka sering kali memberi tawaran diskaun untuk peralatan perlumbaan sebagai contoh sarung tangan perlumbaan dengan berkaloborasi dengan syarikat yang lain. Mereka sedar, tidak ramai yang mampu membeli sarung tangan perlumbaan yang mahal harganya. Dengan memberi tawaran kepada para peserta pada acara berkenaan dengan memberi diskaun, sekali gus memberi peluang kepada syarikat yang menjual peralatan tersebut dan memberi peluang pada mereka yang agak kurang mampu untuk membeli pada harga yang berpatutan. Bukankah ini merancakkan lagi ekonomi negara? Proses jual beli sedang berlaku.Kedua - dua pihak mendapat untung.

Kesimpulannya, untuk menarik penyertaan anak - anak muda untuk dibentuk menjadi pelumba negara haruslah juga memikirkan kos - kos untuk menyediakan generasi pelapis ini. Apa yang kita dapat jika semuanya mahal? Motorsports Malaysia pasti gemilang jika pengurangan cukai terhadap barangan prestasi kerana ini akan menarik minat anak muda dan juga membantu ekonomi negara.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 3

Kemana Arah Motorsports Malaysia? (1)

"Helps its members to grow their businesses and increase their profitability
Raises and maintains a positive profile for the motorsport industry and, when necessary, speaks for the sector as a whole"
- Motorsports Industry Association

Mengikut sejarah, motorsport Malaysia bermula pada zaman penjajahan British pada tahun 1947 di sebuah estet di negeri Perak. Perlumbaannya cukup senang, membawa hasil perladangan dengan pantas. Sekarang pada tahun 2011, motorsport Malaysia sudah melangkah dimensi baru dengan sudah pelbagai jenis perlumbaan dari perlumbaan drag kepada autoshow. Jika dikira dari tempoh tahun, motorsport sudah bertapak di Malaysia kira - kira 64 tahun. Sudah cukup lama untuk menjadikan kita gergasi motorsport di Asia ini. Tapi jujur pada diri kita, apakah kita sudah menjadi gergasi untuk benua Asia?

Sebelum kita nak merealisasikannya seeloknya kita merenung sedalamnya apa yang sudah jadi pada motorsports Malaysia. Secara jujur saya katakan, dunia motorsport Malaysia hanyalah sekadar main - main saja. Usaha untuk menjadikan ianya serius tidak nampak. Kemuncak dunia motorsport Malaysia hanyalah di trek legenda Batu Tiga. Bermacam acara dapat dibuat. Lahir ramai pemandu yang hebat hanyalah di trek tersebut. Semuanya kerana harga untuk menyertai sesuatu acara tersangat murah. Maka ianya mendapat perhatian dan penyertaan ramai pihak.

Namun setelah ianya tutup suasana motorsport Malaysia seolah - olah sepi. Ya, mungkin tidak sepi bagi mereka yang benar - benar minat. Tapi bagi mereka yang separuh minat, motorsport sudah sepi. Kenapa ianya sepi? Apabila trek yang dekat dan murah telah ditutup maka untuk orang ramai pergi menontonnya sudah kurang. Apabila Sepang dibuka, secara perlahan - lahan suasana mulai suram. Dari siaran tertunda yang menayangkan perlumbaan hinggalah tiada langsung. Bukannya menyalahkan trek Sepang, tapi realitinya minat untuk kesana seolah tiada. Apa puncanya? Apakah kerana tiket mahal? Tempat letak kereta yang mahal? Pengurusan yang lembab?

Malaysia tidak mempunyai satu tempat untuk kita melahirkan ramai pelumba yang hebat - hebat. Ya, Litar Sepang tempatnya tapi mana mungkin kita mampu melahirkan pelumba - pelumba hebat kalau tiada satu sistem pengurusan yang baik dan mantap. Cuba jujur diri - sendiri dari Menteri hinggalah pengurusan Litar Sepang, apakah persediaan kita untuk melahirkan para pelumba yang hebat. Apa yang kita sudah buat untuk melahirkan para pelapis Faidzil Alang, Tengku Djan, dan ramai lagi. Cukupkah kita berbangga dengan mereka ini untuk SAAT ini? Apakah kita tidak mahu berbangga zaman - berzaman dengan kewujudan para pelumba yang hebat setiap tahun?

Terus - terang saya menganggap kita tidak punya satu sistem pengurusan yang baik. Contohnya, lihat saja apa yang terjadi pada Sepang Drag Battle. Kenapa makin lama makin suram? Kenapa jumlah kehadiran penonton menurun secara mendadak? Kenapa jumlah penyertaan semakin lama semakin kurang? Dimana salahnya? Jika dahulu tiket untuk kawasan PIT hanyalah RM30.00. Sekarang sudah mencecah RM50.00. Maka lihat saja apa yang sudah terjadi pada jumlah kehadiran penonton. Karenah - karenah pihak pengurusan yang mengaturkan perlumbaan drag juga menimbulkan rasa tidak selesa kepada para pelumba. Jadi mampukah Litar Sepang melahirkan para pelumba yang bertaraf antarabangsa? Oh ya, dengar khabar Sepang Drag Battle dianjurkan mereka yang berada di luar pengurusan Litar Sepang pada satu ketika dahulu. Namun telah dirampas oleh pengurusan Sepang dan lihatlah apa yang terjadi.

Sekarang sudah wujud satu kumpulan yang benar - benar mahu melihat arena motorsports Malaysia menjadi satu industri yang sihat. Mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada ekonomi Malaysia. Membebaskan Malaysia dari gejala lumba haram. Niat mereka sememangnya telah mendapat sokongan dari Perlis hingga ke Johor. Ketika acara ini baru diperkenalkan, hanya puluhan kereta sahaja yang menyertainya. Pada 5/3/2011 penyertaan untuk acara kali ini sudah mencecah 125 buah kereta. Para pengunjung dari ratusan kepada ribuan orang. Mereka sudah merancakkan penjualan - penjualan barang - barang prestasi kereta di kedai - kedai yang berkenaan. Mereka sudah menggalakan anak - anak muda jika dahulu suka memandu secara berbahaya di jalanraya, sekarang sudah memandu secara berbahaya di litar Sepang. Mereka mengharapkan agar lumba haram dapat dikurangkan atau dilenyapkan terus. Namun baru 3 pusingan dijalankan, kenapa sudah wujud usaha untuk mensabotaj usaha mereka ini. Dengan tuduhan fitnah jahat dengan mengatakan mereka ini menganjurkan perlumbaan haram. Tuduhan dengan mengatakan mereka terlalu bising. Tuduhan dengan mengatakan mereka membuat acara tanpa permit. Mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian rupa adalah yang mempunyai jiwa yang tersangat busuk. Apakah mereka ini mahu merampas acara gemilang ini untuk mengaut keuntungan semaksimum mungkin sebagai mereka lakukan kepada Sepang Drag Battle?

Saya memohon kepada pihak berkuasa khasnya Menteri dan mereka yang berkenaan. Tolonglah mereka yang sedang berusaha memartabatkan industri motorsports Malaysia. Bantulah mereka dengan memberi galakan agar usaha - usaha mereka membuahkan hasil. Ini bukan saja soal menghapuskan lumba haram tapi sebenarnya menjana ekonomi Malaysia. Jika ini dapat difahami oleh semua pihak baik Menteri dan pengurusan Litar Sepang, percayalah kita mampu menjadi Gergasi Motorsport di benua Asia ini.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2

Sunday, March 6, 2011

Bantah Sikap Pihak Tertentu!

5/3/2011 berlangsungnya acara gemilang saban bulan iaitu Saturday Night Fever. Acara yang semakin lama mendapat sambutan dari peminat motorsport Malaysia. Pada tarikh tersebut penyertaan daripada pasukan lumba dan individu tersangat menggalakkan. Dengar khabar telah mencecah 125 penyertaan. Memang meriah.

Namun yang aku tak suka apabila mendapat khabar berita mengatakan acara kali ini sedang cuba disabotaj oleh pihak tertentu. Dengar khabar dengan sengaja beberapa pit telah ditutup dan ini menyukarkan pihak penganjur untuk mengatur atau menyusun kereta - kereta yang bakal berlumba. Jika dahulu pihak penganjur boleh menyusun setiap kenderaan mengikut kategori kali ini tidak lagi. Terpaksa berkongsi dengan sesetengah kategori.

Tapi ada satu perkara yang paling aku tak suka apabila ada pihak tertentu telah menghubungi pihak polis untuk memastikan acara ini gagal sama sekali. Alasan yang diberikan bahawa acara kali ini tiada permit, ada perlumbaan haram, dan bunyi bising? Hey litar Sepang jauh dari kawasan perumahan. Kenapa isu bising menjadi masalah? Sumpah aku tak faham dengan tindakan sesetengah pihak ini. Sakit otak rasanya! Tidak mendapat permit? Sedangkan pihak penganjur telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri!!! Mana mungkin ada perlumbaan haram sedangkan ini berlaku dalam litar Sepang. Tolong berfikir secara logik.

Ignition.My harus bertahan. Jangan sesekali mengalah dengan cubaan pihak tertentu ini. Mereka dahulu pernah buat perangai juga ketika Sepang Drag Battle dijalankan. Tujuannya hanya satu, rampas acara tersebut untuk keuntungan maksimum. Buat pihak tertentu itu, sila jangan ada hasad dengki dengan orang lain. Lihat saja kegagalan Sepang Drag Battle. Penonton tak ramai. Kalau esok benda sama jadi pada Saturday Night Fever dan lumba haram kembali berleluasa, kamu yang bertanggungjawap!! Litar Sepang milik rakyat Malaysia. Apa salahnya Ignition.My menganjurkan untuk rakyat Malaysia juga. Keuntungan dapat juga ke tangan Litar Sepang. Sudahlah harga untuk menyewa litar Sepang mencecah RM 40,000.00. Apakah ianya tidak cukup bagi pihak tertentu itu?

Ignition.My, teruskan bertahan. Cari jalan untuk memastikan acara gemilang ini dibawah kendalian pihak Ignition.My. Jangan sesekali menyerah kalah. Pasukan Ignition.My merupakan aktivis - aktivis motorsports. Percayalah ribuan peminat motorsports akan berada di belakang Ignition.My. BERTAHAN!!

Buat pihak tertinggi, mereka ini merupakan satu kelompok insan yang baik - baik. Niat mereka baik, iaitu memastikan jalanraya bebas dari lumba haram. Bantulah mereka bukannya menjahanamkan niat baik mereka ini.

cc : Kementerian Belia dan Sukan

Saturday, March 5, 2011

Saturday Night Fever Rd.2 : The Saga Continues

Salam, sebelum aku menaip, merapu, acara Saturday Night Fever telah pun tamat. Semua orang telah pulang dan tidur. Ada yang senyum suka dan ada yang menyimpan harapan untuk merampas kembali kedudukan podium atau berharap untuk memperbaiki kedudukan.

Apa pun sebagai peminat motorsport dan pasukan proDRAG dan Evotec, sudah tentu aku senyum kepuasan. Setelah 2 pusingan menyertai perlumbaan ini, masuk pusingan ketiga (Round 2) hasilnya tersangat memuaskan hati.

Sebelum aku nak bercerita apa yang puas apa yang tak puas, aku nak cerita sebelum mulanya perlumbaan. Macam biasa, semuanya last minute. Masa tulah nak dyno dan tune. Masa tulah nak pasang jaring. Masa tulah nak polish kereta. Haiya hahaha. Itu belum cerita sehari sebelum hari perlumbaan, kru - kru pasukan Evotec dan proDRAG tidur pukul 7 pagi. Nak siapkan Honda Civic EK9 dan Proton Satria Evo. Haiyaa hahahaha.

Tepat jam 7.30 malam, aku sampai di litar Sepang. Kalau ikut cerita penyertaan kali ini tersangat memberansangkan. Semua kategori penuh. 125 kereta berentap dalam kategori masing - masing. Tepat jam 8.45 malam maka bermulalah perlumbaan Saturday Night Fever. Bagi pasukan Evotec dan proDRAG yang bermula dengan kategori 1.8 Open. Tak dijangka, keputusan untuk heat 1 berjalan dengan lancar. Jauh kedepan. Masuk kategori FF (Front Wheel Festival). Sememangnya tumpuan lebih diberikan kepada kategori ini. Gila baii, 2.0 semua tu. KSeries tu. Bila mula lumba, agak kucar-kacir sikit la. Berakhir dengan tempat keempat, buat sementara waktu.

Lumba punya lumba, masuklah pusingan terakhir untuk dua kategori. 1.8 Open, syukur telah mendapat tempat pertama. Aku nak poyo sikit boleh? Aku je tau bukan team proDRAG dan Evotec. Untouchable!! Itu saja yang dapat aku ucapkan. Terus di hadapan. Tapi untuk kategori FF, tersangatlah mencabar. Bagi pasukan Evotec dan proDRAG, tempat ketiga menjadi rebutan. Sepak terajang, tendangan tanpa bayang dan macam - macam skil digunakan. Sekali lagi tahniah dan syukur. Dapat tempat ketiga. Jika selama ini, Honda Civic EK9 yang dipandu oleh Ali proDRAG hanya mencatatkan masa 1:22 sahaja. Kali ini masa yang dicatatkan tersangat berbeza dan sedikit pantas iaitu 1:18. Boleh improve lagi kot. Oh ya tak lupa, Proton Satria Evo milik Adam Yacob jika dulu mendapat tempat terakhir sebab masalah enjin. Setelah diperbaiki dan ada sikit tuned, mendapat tempat ke-9 daripada 18 penyertaan. Gempak gak!!

Okay lah, aku dah mengantuk. Buat penganjur tahniah. Banyak improvement. Pihak penganjur iaitu Ignition, teruskan usaha anda semua. Cacat - cela sedikit tolong perbaiki. Sikit je.

Okay..enjoy the pictures. Buat Evotec teruskan berlumba. Buat Ali proDRAG, THE SAGA CONTINUES!! 2011 is your team's year. Keep it up friend!

p/s Kereta ini berat sebab sticker, menang event yang tak popular...errmmmm mari kita gelak..KAHKAHKAHKAH (khas buat pengkritik kedai kopi)!!!


Di TOW (fuh ayat) untuk ke Sepang



Champion for 1.8 Open Category



What a night..congrats!!



tuned by proDRAG Motorsports!!

Thursday, March 3, 2011

Saturday Night Fever Rd.2 : Part 3 (Preparation)

Salam

Jumpa lagi..

Okay...hari ni aku nak bercerita mengenai Honda Civic Type-R EK9 proDRAG Evotec. Semalam merupakan hari terakhir Honda Civic tersebut melalui proses touch-up yang terakhir.

Setelah melalui beberapa proses, akhirnya EK9 tersebut telah menunjukkan hasil yang menakjubkan. Peningkatan 100whp. Nak tau apa yang mereka tambahkan? Sila scrool ke bawah



















SCROLL LAGI




















Ya inilah proses yang telah menaikkan lagi 100whp untuk Honda Civic EK9 Type - R (damn panjang beno namanya). Menukar kerusi fullbucket Bride. Jadi kalau rasa nak naikkan 100kuasakuda tukarlah kerusi fullbucket.

Jangan ambil serious sangat. Itu hanyalah touch-up yang terakhir. Biasalah nak bagi kereta nampak lagi kacak. Nak tukar cat tak sempat dah. Tukarlah seat baru. Nak tukar TODA camshaft tak sempat dah. Tukarlah seat baru kehkehkeh.

Apa pun kita jumpa nanti 5/3/2011. Saturday Night Fever Rd.2...STANDBY MANBAI!!


MOTORSPORT FOR LIVE!!