Thursday, August 18, 2011

Motorsports Dan Kehidupan

Ramai tanya apa yang best sangat hobi kereta ni? Membazir la!! Sanggup habis ribu – ribu beli sport rim hasilnya duduk kat jalan juga, Beli tayar mahal – mahal hasilnya HABISKAN BUNGA TAYAR KAT CEO SEPANG GAK!(kenapa aku tetiba capslock? Jeng jeng).

Semua orang ada minat. Aku suka mengambil jalan mudah untuk tidak mempertikaikan minat individu masing – masing. Sebagai contoh ada yang suka beli barang kereta update di facebook walaupun pada asalnya mamat yang suka update di facebook tu kutuk orang yang beli barang kereta pastu update di facebook. Ikut hati nak je aku tempeleng muka dia, tapi itulah manusia. Kita harus hadapi dengan tenang dan jangan kalut – malut.

Ada juga seorang kenalan yang suka beli barang – barang kereta yang high end, tapi tak masuk apa – apa pertandingan. Bagi orang yang merasa dirinya KING, pasti kata “Rugi buat kereta mahal – mahal tapi tak masuk apa – apa pertandingan”. Ikut hati betul juga mamat yang perasan KING tu (walaupun dia pun tak masuk apa – apa pertandingan). Tapi itulah manusia. Perangai mereka pelik – pelik. Hadapi dengan tenang dan senyuman.

Aku ada juga jumpa yang minatnya dengan kamera. Habis beribu – ribu tapi tak jadikan ianya sebagai salah satu punca rezeki. Walaupun ada yang kritik “Apa la wei, beli barang mahal – mahal tapi tak reti cari duit”. Itulah manusia, minat masing – masing yang teramat pelik. Kita harus tenang dan senyum jika berdepan dengan mereka yang ada minat pelik – pelik.

Aku sering berdepan dengan beberapa individu bila bersuara dialah yang paling hebat. Pelbagai mitos dia keluarkan. Dari MIVEC Redtop sampailah MITOS kenapa B16B rev lagi sedap daripada B18cR sebab design piston dia meruncing keatas (WTF???) Nak menjawap kang dia keluar ayat hikmat dia aku ni tak main Honda. Tapi adakah aku tempeleng atau bagi tumit aku tepat di dahi dia? Tak…aku senyum dan tenang. Jadikan ianya satu ilmu untuk kita (hahaha). Apabila datang individu macam ini, kita tanya pada yang pakar. Sebab? Sebab datang benda mitos pelik kita kena pastikan ianya benar dan tidak benar. Bila bertanya barulah ilmu tu bertambah sikit barulah kita lepas ni berjaga – jaga sikit dengan mamat yang macam ni. Moral dia datang sesuatu berita selidiki dulu. Aku dah ramai jumpa orang macam ni. Ingat pindah ke tempat baru kuranglah sikit, eh eh ada jugeeee!!

Motorsports juga mengajar kita mengenal erti kehidupan dari sudut nak tengok mamat tu sembang meletup ke tak atau bahasa lembutnya kebenaran. Bercerita dari sudut pengalaman yang cetek ni, aku pernah bersembang dengan seorang sahabat ini. Aku saja bercerita dan memetik seorang dua nama – nama mekanik TOP di Lembah Klang ni. Pada mulanya dia buat muka tak kenal dan terus mengaku tak kenal. Minggu depan tup tup terus kenal, “Aku pernah pegi kedai dia”, “Oh dia yang buat kereta tu jadi roket” bla bla bla. Cuba korang bayangkan perasan aku masa tu macam mana, nak lempang dia manusia lak, nak kutuk..aku bukan jenis boom orang. Diam je la. Orang jenis macam ni spec yang tak nak kalah. Dia lah KING, dia lah yang kenal habis semua orang, pendek kata dia hebat lah! Susah sangat ke nak mengaku diri kita tu naïf dan tidak tahu? Kalau kita naïf dan tidak tahu tidak akan menjadi masalah. Kalau kita mengaku mesti akan ada orang yang akan mengajar kita. Hidup ni senang saja. Aku ni bukan nak kata aku ni BEST GILA NAK MAMPUS, tapi mengaku salah dan menerima teguran menyebabkan aku belajar ilmu baru.

Aku juga hormati sesetengah individu dalam Motorsports bukan semata – mata berapa banyak piala dia dah menang, bukan semata – semata betapa banyak barang Rare yang ada dalam kereta dia, bukan semata – mata dia yang paling kedepan dalam soal modify kereta ni. Bagi aku penghormatan yang aku berikan adalah kepada usaha yang dia lakukan tanpa menyusahkan orang lain dan kesungguhan yang dia tunjukkan. Sebagai contoh rakan blogger aku Mr.Arul, dia ni haram tak pernah masuk race, haram tak pernah cerita penah titik Evo ke, Subaru ke, apa lancau la..Dari pakai Honda Civic EK 2 Doors terpaksa downgrade kepada Perodua Kancil L5. Keputusan dia ambil tu walaupun ada suara – suara sumbang kata “Hak ela apa ke bengap dari EK main kancil” blablabla..Tapi aku tetap hormat dia. Downgrade sebab dia nak beli rumah untuk keluarga. Dia korbankan sekejap minat motorsports dia untuk family. Moleklah tu, dari buat enjin dan kereta bagai tapi kehidupan keluarga macam pendatang haram duduk dalam rumah setinggan. Sanggup gadai kehidupan keluarga semata nakkan orang tunduk kat kaki kau respect sebab kau kedepan main kereta? Heh??!!

Siapa kata motorsports merupakan satu benda yang tak menyeronokkan. Kita boleh nikmati kehidupan dengan lebih bermakna. Kita boleh kenal perangai manusia masing – masing bagaimana. Aku memang suka dengan kehidupan motorsports. Sebab macam aku nyatakan tadi. Daripada orang yang suka sebar Mitos sampailah apa saja barang dia pakai itulah yang paling best dan gempak. Aku pakai Perodua Myvi pon kena tibai siap kata kereta Myvi tak best kereta **** lagi best. Pernah jumpa orang macam ni? Relax relax sudah. Senyum je! Angkat kaki lambung belah jauh – jauh. Motorsports jugalah yang membuatkan aku kenal erti kehidupan betapa hobi ini buanglah sejauh mana pun pasti akan datang balik. Tinggal nak pakai Supercar ataupun kereta Mini. Ukur baju sendiri.

Sekian itu je lah bebelan aku kali ni. Banyak lagi sebenarnya tapi karang bebel banyak – banyak boring pula kan?

See ya!!

2 comments: