Helo, hai, its me. Once again want to bebel hahaha.
Ok back to the topic. Semua orang suka laju. Semua orang suka bawa kereta betul - betul sedap. Semua orang suka bawa kereta macam dalam trek.(khas untuk kaki modify sahaja).
Tapi...kita kena tanya diri kita balik. Adakah main kereta ini merupakan satu kemestian atau sebagai hobi? Kebanyakkan orang menjadikan ianya suatu kemestian. Sebab bila balik dari tengok drag atau MSS, MME, 1000km, Super GT dan sebagainya mesti timbul keghairahan untuk meningkatkan power enjin. Aku tau, ini kalau pomen - pomen kat luar sana tu tau. Mampuih aku kena penendang. Ya la, macam potong rezeki depa.
Tapi sebenarnya, kita sebagai customer kena tahu membezakan antara hobi dan kemestian. Cuba tanya mekanik, mereka mahu pelanggan yang berkekalan lama atau yang datang sekejap dalam masa 1 tahun lepas jual kereta lepas itu tak datang - datang dah? Sudah pasti dan aku yakin, mereka mahukan pelanggan yang berkekalan lamanya. Ini tak, modify bagai nak gila lepas tu jual. Mekanik kalau datang nasib tak cun duduk la menganga kat depan pintu bengkel.
Kenapa ramai jual kereta yang telah siap dibikin? Sebab dari awal lagi mereka sudah menetapkan mahu meningkatkan kuasa kereta ke tahap yang maksimum dan hasil dari pengaruh kawan - kawan yang rajin dok bakar - bakar dan racun terbaek dari ladang. Bagi kelompok macam ini, mereka tertekan dengan kawan yang ada duit terlebih. Kawan yang duit terlebih ini, macam senang - lenang beli barang - barang baru untuk kereta diorang. Jadi mulalah pinjam sana pinjam sini, pakai duit simpanan. Esok bila terdesak nak kahwin sebagai contoh, jual kereta. Lepas kahwin kereta apa pun tak minat dah.
Huuaaaa..aku ambil contoh yang teramat bagus. Contoh untuk mengatakan kenapa main kereta patut kita letakkan sebagai hobi. Aku ada seorang kawan. Nama dia Azharul a/k/a Arul. Dia ini minat dengan kereta kalau mengikut kata lagenda Hikayat Merong Mahawangsa dari sekolah rendah lagi. Isteri dia pun yang bercinta dari sekolah pun secara tidak sengaja pun minat kereta (cinta sejati tu dari sekolah tu baiiii). Kawan aku ni memang die hard fan HONDA. Ok, dia ni aku jadikan contoh sebab dia ni memang tak terkejar dalam dunia modifikasi. Dari singlecam gearbox auto tukar kepada manual (masih lagi singlecam) dan akhir sekali tukar kepada B16A Sir. Rakan - rakan dia lain, kejap tukar tu kejap tukar ni. Andai katalah dia ni macam mamat - mamat kat luar sana aku jamin, lagi 3 bulan dia nak kahwin sure dia jual EK 2 Door yang super cantik tu. Tapi tak, dia ni contoh menjadikan kereta sebagai hobi. Tak terkejar buat kereta. Antara konsep yang aku ingat sebelum dia lagi 1 - 2 bulan nak tukar enjin B16A Sir dia tu "Ada duit buat takde duit buat relax je". Sekarang enjin dah tukar, sport rim super rare, macam - macam dia dah buat. Tapi semua dalam gerak kerja yang cukup perlahan. Dia tak terkejar nak tingkatkan kuasa power rangers untuk kereta dia. Bagi encik Arul kita ni antara ayat yang aku ingat masa last lepak berdua dengan dia (sori im not gay), power semua tu boleh datang kemudian yang penting kita masterkan dulu benda - benda basic dan handling. (mamat ni minat trek so sebab tu tak minat power).
Ok tu cerita pasal kawan aku yang minat main trek. Kita pergi lagi sorang kawan aku ni. Dia ni memang minat drag. Super gila babi punya minat. Nama dia Halim a/k/a Alim a/k/a Limtat dan terakhir sekali GUNTHER haha sori bro terpecah rahsia. Dia ni adalah salah seorang peminat kereta Honda dari Johor Bahru. Tempat dia buat kereta adalah di HV Racing (nak tau HV Racing kena tanya orang lama yang main VTEC kat Johor. HV Racing ni macam Lydia Racing bawa kepada proDRAG). Dia ni memang minat drag. Kereta dia memang superpower. Kalau VTEC on ermmm my dingdingdong. Ok dia ni contoh yang bagus juga untuk kita yang baru sangat nak main kereta. Dia merancang. Perancangan yang rapi sampai dia tak perlu jual EK 2 Door kesayangan dia tu. Sebab apa? Sebab dia tak pernah menjadikan kereta sebagai satu kemestian dan keperluan. Ada duit kita upgrade. Takdak duit kau buat relax je. Dia pun pernah cakap, pomen lagi suka kalau kita kerap datang dan datang dalam tempoh jangka masa lama. Untung pun untung kawan pun dapat. Dia pun ada cakap lagi bila kita jadikan ianya sebagai hobi baru kita boleh rasa keseronokan bermain kereta. Bila kita buat kereta secara perlahan - lahan baru feel tu ada. Sebab bagi alim, main kereta tidak ada penghujungnya maka elok kita buat kereta secara konsisten agar tak pancit dipertengahan jalan. Ni tak, pelanggan datang lepas tu blah. Jumpa tepi shopping complex buat - buat tak kenal. Sebab apa? Sebab terlampau jadikan kereta tu sebagai keperluan hidup. Beli barang ikut cakap orang yang takde pengalaman main kereta. Bila tak menjadi mula salahkan pomen (ayat ni khas untuk pomen yang ikhlas sahaja..yang kaki PENIPU sorry its not for you). Makahai. Ok balik citer si Gunther ni, dia punya perancangan memang bagus. Bulan 6 ni dah kahwin (so bro lepas ni kau tak boleh cari awek dah sebab aku dah pecah lobang), tapi dia tak pun jual kereta dia. Sebab dia menjadikan kereta sebagai hobi. Hobi yang hanya kita kejar ketika duit ada (kira duit terlebih la simpanan semua tak berusik).
Jadi apa yang aku cuba sampaikan, jangan modify sampai lebam. Modify itu hobi. Ada terlebih kita buat. Takda duit kita relax je. Baru kita sayang kereta dan dunia motorsport selama - lamanya. Baru bila kita tengok kereta kita dengan perasaan sayang je. Macam pomen gua cakap Encik Ali of proDRAG Motorsport, buat kereta jangan sampai tak cukup makan.
Oh ya one more...bila nak buat kereta jangan sebab ada perasaan nak malukan kawan sendiri. Nanti kelak enjin kereta anda meletup dan buat kereta tu anggap lah sebagai nak berseronok sahaja dan untuk mencari kawan bukan untuk memegahkan diri sendiri atau kerek supaya orang anggap KING hahah sekian
MOTORSPORT FOR LIVE!!
pe kenemengena aku ngan gunther...dam man,arghh...bkn ko ke gunther,aku just sebahagian dripada fan ko jek...arghhh!!!
ReplyDeletehahahaha..cube bg komen bernas boleh tak hahahah....siot nye gunther hahahahah
ReplyDeletexde komen bernas utk hari ini..sekian
ReplyDeletebernas itu jenama beras
ReplyDelete