Trek Batu Tiga sememangnya syurga buat para pelumba kereta dan motorsikal. Trek yang tidak banyak karenah dan sememangnya melahirkan ramai bakat - bakat pelumba yang hebat. Salah satu contoh (ramai lagi sebenarnya), Faidzil Alang. Antara pelumba yang lahir di trek tersebut.
Masih segar dalam ingatan, ketika masih kecil ketika berkunjung ke trek tersebut. Kehadiran penonton teramat ramai dan meriah. Dari yang tua hingga ke muda. Semuanya datang berkunjung ke trek tersebut. Kawasan duduk utama atau GrandStand sememangnya sentiasa penuh. Baik perlumbaan drag mahupun trek penuh. Namun kenapa trek Sepang lesu dan sunyi?
Pernahkah saudara - saudari sekalian pergi menonton secara langsung ketika perlumbaan Malaysian Super Series? Penuh tak kawasan utama atau grandstand? Apa punca tidak penuh? Apa punca motorsport Malaysia sudah lesu?
Beza dunia Motorsport Malaysia dan Jepun adalah kerjasama erat dengan syarikat penyiaran. Pernahkah kita melihat Malaysian Super Series dilancarkan secara langsung atau ulangan ke kaca TV kita? Lihat saja Super GT, siaran langsung ataupun ulangan ditayangkan kepada rakyat negara tersebut. Malaysia? Hanya Moto GP, Super GT dan F1 sahaja. Sukan yang bersifat antarabangsa sahaja diberi tempat. Untuk scene tempatan? Langsung tidak diberi ruang.
Jadi mana mungkin suasana, minat, dan sebagainya itu dapat dihidupkan dengan suasana meriah? Mana mungkin kita dapat mencari pelumba berbakat yang berada di luar bandar? Mana mungkin kita mencari penganti Tengku Djan, Faidzil Alang, dan sesiapa sahaja yang telah mencipta nama satu ketika dahulu jika minat itu tidak ditimbulkan atau dicetuskan? Bila timbul minat baru lahirnya keinginan. Bila timbul keinginan baru timbulnya usaha. Bila timbulnya usaha maka muncullah bakat baru dalam dunia motorsport Malaysia. Jika sekadar mengharap berita dari mulut ke mulut, media alternatif, sampai ke sudahlah dunia motorsport Malaysia terus lesu dan lesu. Era kegemilangan Trek Batu Tiga tidak akan dapat dikembalikan.
Pernahkah kita mendengar berita kemenangan Faidzil Alang di Indonesia dalam kejohanan ATCS? Pernahkah kita mendengar kemenangan Tengku Djan di Singapura dalam kejohanan drift? Bayangkan itu cerita sekarang kita tak pernah dengar. Jangan haraplah kita dapat mengetahui cerita tahun 2000 dimana ketika bermulanya kejohanan MME ada satu pasukan yang telah memenangi satu kategori dua tahun berturut - turut. Kenapa jadi sebegitu rupa? Sebab di Malaysia, we talk to much. Action Zero!!
Kita rakyat Malaysia lebih rela menonton perlumbaan drag atau drift yang sekadar dibuat di jalanraya biasa. Kerana perasaan mahu menonton di Sepang tiada. Perasaan mahu menonton perlumbaan trek penuh tidak seperti zaman Trek Batu Tiga. Dahulu kita masih dapat melihat siaran langsung Cub Prix. Sekarang? Dahulu kita melihat lagi cerita mengenai kejohanan AFOS di Pasir Gudang mahupun trek Batu Tiga di televisyen. Sekarang?
Sebab itu trek kos sederhana menjadi pilihan orang ramai. Harga tiket tidak mahal. Karenah tak banyak. Suasana itu sekarang dapat dirasai di Perak dan Melaka. Namun di Lembah Klang, sunyi dan sepi. Kejohanan besar mahu dibuat, tapi terlalu banyak karenah.Benar trek itu bersifat antarabangsa. Tapi kalau pengurusan sendiri tidak bersifat antarabangsa mana mungkin mereka pelumba bersiap - sedia untuk menjadi antarabangsa. Banyak peraturan baru yang muncul yang dibuat secara mengejut. Hasilnya menyebabkan satu demi satu kelas atau kategori hilang. Tidak percaya lihatlah Sepang Drag Battle. Minat untuk berlumba di sana sudah mulai hilang. Mereka lebih berminat untuk berlumba di jalanan atau jalan yang ditukar menjadi trek sementara.
Jika keadaan berterusan sebegini, percayalah. Dunia motorsport akan terus lesu dan lesu. Hanya mereka yang tegar sahaja yang akan terus perjuangkannya. Namun untuk menarik minat buat mereka yang benar - benar mahu berlumba hanyalah sedikit. Untuk autoshow memang ramai.
Tepuk dada tanya selera.
BINA SATU TREK KOS SEDERHANA DI LEMBAH KLANG. Maka lihatlah, era kegemilangan trek Batu Tiga pasti akan kembali (dengan syarat tak banyak karenah). Tak perlu ada siaran langsung sekali pun, trek sebegini pasti akan penuh dengan penonton dan peminat tegar MOTORSPORT. Sebab, murah dan dekat. Setiap minggu ada aktiviti sekali pun, pasti mereka ini rela pergi. Bila ramai yang hadir makan muncullah minat, keinginan dan usaha. Maka ramailah pelumba Malaysia yang hebat akan lahir.
MOTORSPORT FOR LIVE!!
Aku pun sependapat dgn ko..penganjuran yg terlalu lemah dan terlalu byk kerenah mcm yg ko ckp membuatkan anak2 muda bermain dijalan raya..ttp klu ko tgk Drag battle cyberjaya...open trek makin mendapat sambutan...peserta terlalu ramai sehinggakan berlarutan sehari suntuk...bermula 2ptg - 4pagi...Bila sambutan makin ramai pengajur kena kena bekerja lagi keras utk memastikan peminat xlari
ReplyDeletekita baru dalam motorsport terutama drag. Nak kuatkuasakan tu stage by stage...bukannya mengejut.
ReplyDeleteDrag baru berusia 10 tahun lebih...sedangkan di USA dah berusia puluhan tahun. Stage by stage dorang lalui.
MSS penah masuk tv..tapi ulangan yg ditayangkan pada larut malam tatkala org2 lain sedang tidor..skang xtau..
ReplyDeletedunia motospot ku mungkin akan berakhir..
zaman dulu boss..2 tahun lepas..ingat lagi.
ReplyDeletedulu zaman batu tiga ada saturday night fever..beratus kereta ready utk open track day...lu tak cukup gempak nasib la kene gesel.
berakhir tak kot..tapi aktiviti kurang la sikit.