Monday, September 20, 2010

Mitos Mivec Red Top

Selalu saja aku dengar, "Mivec ada redtop". Redtop? Nak juga jadi Type-R. Bila aku kata takda, muka ketat macam apa entah siap kata "Aku main Mitsubishi gak, ko apa tau." Ok abang long awak terrer.

Okay, aku dengan ilmu yang tak penuh kat cawan. Mivec tak pernah wujud REDTOP. Diulangi Mivec tak wujud REDTOP. Mungkin mereka yang kata Mivec ada REDTOP tengok ada kawan - kawan kita yang cat valve cover dengan warna merah. Ala - ala B16B (nak gak jadi Type-R). Lepas itu dengan selamba kata Mivec REDTOP ini gearbox dia spesel sikit. Finaldrive 4.6. Ermmm??!!

Okay la macam ini. Mivec 1st Gen (duduk dalam chasis CA4A dan CB4A contoh macam Wira, Satria, dan Putra) memang Mitsubishi buat perbezaan. Silvertop dan Blacktop Silvertop Mivec biasa dan Blacktop Mivec RS. Model RS ini tiada apa beza, cuma berat kereta diringankan, gearbox LSD. Tapi finaldrive tetap 4.5.

Mivec 2nd Gen (duduk dalam chasis CK4A dan CJ4A contohnya Proton Waja, Gen2, Persona, Satria Neo), Mitsubishi tidak membuat apa - apa perbezaan. Bagi model RS tetap sama caranya. Berat kereta diringankan dan gearbox LSD. Tapi model 2nd Gen ini mempunyai finaldrive yang agak tinggi dan gear ratio yang telah diubah (termasuk model bukan RS), 4.6.

Tidak pernah wujud REDTOP. Kalau ada tolong tunjukkan dari sumber yang sahih. Jangan berdasarkan khabar angin berbagai. Ini semua mitos. Mitos yang menyebabkan ramai mencari enjin Redtop yang tak wujud. Macam mengharapkan pokok teh mengeluarkan buah durian.

Jadi buat yang bakal memasang enjin Mivec, janganlah dengar cakap - cakap kedaung ini. Jangan jadi bangang pergi cari juga enjin Redtop yang wujud celah mana entah. Jangan percaya kalau mereka kata "Eh ada, Jepun takkan nak cerita semua." Pasti dan tersangat pasti wujud kata - kata hikmat macam itu. Yang dah pakai enjin Mivec tapi malas membaca, jangan datang mamat - mamat kedaung hasut korang, korang percaya juga.

Ok, jangan bonsaikan akal. Selamat Membaca.

MOTORSPORT FOR LIVE

Saturday, September 18, 2010

Motorsport At Alor Setar

Salam dan Selamat Hari Raya (Syawal Sebulan bradaa)

Hari ni aku nak buat cerita MACAM BAGUS NAK MAMPUS dari aku ini sepanjang aku berada di kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru - baru ini. Perjalanan pulang ke Kedah agak best. Kereta macam biasa banyak tapi takde sesak macam nak mampus. Kereta - kereta monyet atau mat - mat motor yang perangai macam monyet tahun ni tak nampak pulak. Mungkin ada yang jumpa tapi aku tak jumpa lak.

Ok back to the topic, aku nak puji motorsport scene di Alor Setar, Kedah. Sebab apa aku nak puji (bukan sebab depa ni orang kampung aku), sebab mereka ini tidak pernah cuba sesekali untuk menjadi GAY DALAM MOTORSPORT. Walaupun pada malam itu ada larian amal melibatkan gang - gang variable valve tapi mereka semua ini sepakat. Dari enjin Mitsubishi N/A sampai ke Turbo dan VTEC. Mereka boleh duduk relax, sembang - sembang koyak. Takde la macam satu group yang aku kenal tu. Duduk sekelompok dan gerak pegi mana - mana pun sekelompok. Pastu tak reti nak hormat enjin kereta orang lain. Yaw, geli yaw..sangat GAY yaw. Aku memang minat suasana macam tu. Bagi orang - orang lama dalam motorsport dan tentu selalu tengok suasana macam tu. Bagi orang baru macam aku, nak tengok suasana macam tu sekarang mak aiii...punyalah payah sekarang. GILA TAKSUB (GAY).

Ok, tapi ada satu cerita yang bagi aku (BUDAK BARU lah katakan), agak best. Aku minat untuk bawa ke tengah. Satu proses modifikasi yang agak mantap dan best. Honda Civic SB3 yang bernadikan B16A dari model Integra. VTEC Besaq yaw. Best juga proses modify macam ni.

Cakap banyak tak guna, mai tengok gambaq - gambaq ini.







Best dan tersangat best. Buat owner kereta ini, Hakamn Si..jaga kereta legend ini elok - elok. Jangan hentam kuat - kuat sangat, nanti tercabut lagi driveshaft hehehe..Kereta ni memang ringan, setakat B16B pekak duduk dalam adik - adik dia memang kena tapau kaw - kaw.. POWER TO WEIGHT bradaa.

Ok tu je...MOTORSPORT FOR LIVE!!

Monday, September 6, 2010

Happy Idul Fitri

Aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan. Eid Mubarak, Selamat Idup Fitri..
Aku ingin memohon ampun kepada semua pembaca yang membaca blog aku yang tak seberapa ini kalau ada yang tersinggung dengan kata - kata atau ayat - ayat yang aku tulis.

Kepada kawan - kawan proDRAG Motorsports minta ampun kalau selama ni gurauan aku tu agak kasar ke apa ke. Nak buat macam mana, King Of Lalot.

Kepada kawan - kawan motorsports yang lain, minta maaf zahir sahaja. Batin - batin takde.

Minta maaf la ye..

Kepada yang memandu INGAT!! Lebuhraya time macam ni tak sesuai untuk korang selit - menyelit. Ingat sikit pada abang - abang yang balik bawak motorsikal tu. Korang accident lantak korang lah jangan susahkan orang lain. Setan semua kena tangkap, tapi kalau perangai korang sama gak..haa sape setan sebenarnya hahaha..oppss mintak ampun.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..TAQABBALALLAHUMINNA WAMINKUM!!