Aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan. Eid Mubarak, Selamat Idup Fitri..
Aku ingin memohon ampun kepada semua pembaca yang membaca blog aku yang tak seberapa ini kalau ada yang tersinggung dengan kata - kata atau ayat - ayat yang aku tulis.
Kepada kawan - kawan proDRAG Motorsports minta ampun kalau selama ni gurauan aku tu agak kasar ke apa ke. Nak buat macam mana, King Of Lalot.
Kepada kawan - kawan motorsports yang lain, minta maaf zahir sahaja. Batin - batin takde.
Minta maaf la ye..
Kepada yang memandu INGAT!! Lebuhraya time macam ni tak sesuai untuk korang selit - menyelit. Ingat sikit pada abang - abang yang balik bawak motorsikal tu. Korang accident lantak korang lah jangan susahkan orang lain. Setan semua kena tangkap, tapi kalau perangai korang sama gak..haa sape setan sebenarnya hahaha..oppss mintak ampun.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..TAQABBALALLAHUMINNA WAMINKUM!!
No comments:
Post a Comment