Sunday, August 22, 2010

Reliability Is Everything

(khas untuk mereka yang tak berapa nak jutawan sangat)

Tajuk ini memang satu topik ada masa kita kurang ambil tahu dan ambil berat. Kita selalu yang ada duit terlebih sikit terus nak buat kereta kaw - kaw. Terus nak potong Evo 6, R34, R35, NSX dan sebagainya. Sampai kita lupa tahap ketahanan enjin kita. Kita lupa ada dalam poket kita ni ada berapa sen je tinggal kalau enjin ni buat hal. Kita make up body kereta dan ruangan enjin sampai lupa tanggungjawap kita.

Aku saja nak membebel kali ni kadang gelak pun ada, kesian pun ada. Kadang kita yang mat - mat modify yang kurang jutawan ni bila nak buat upgrade power engine tu kasi ingat la. Aku pilih untuk mempertahankan reliability enjin aku tu. Bagi aku kalau enjin (blok) tu kaput satu malapetaka yang teramat sial. Modify takde hal tapi biar kita ingat kereta kita tetap street use. Hari - hari berjalan. Hari - hari kita ada satu masa terpaksa membawa laju. Bila dah masuk saiz piston maksimum lepas tu kaki berat macam badak bila blok dah pecah jangan marah pomen. Aku yakin setiap pomen atau mekanik dalam Malaysia ni mesti ada bagi tips what should you do and dont.Kalau yang tak bagi nasihat tu pun sikit sangat bilangan dia. Pasti pomen macam tu tak kekal lama dan satu dunia tahu dia tu siapa.

Kita harus memahami karektor enjin kita sedalam - dalamnya. Mungkin kita tak semahir mekanik - mekanik kat luar tu. Tapi sekurang - kurangnya kita dapat tahu mana yang buruk dan mana baik. Isu reliability ni cukup penting buat kita sebenarnya. Penting supaya takde la kereta kita ni keluar masuk workshop. Pakai sekali, masuk balik sebulan. Ada kawan aku seorang ni, buat beria enjin kereta sampai over the limit, asal aku tanya mana kereta ko, masuk bengkel lagi blok pecah la, piston crack la, sleeve tercabut la apa la. Sebab utama? buat tak ingat dunia. Duit dah makin susut. Mula la rasa nak jual kereta pastu salahkan mekanik korang tak reti buat padahal pomen dah bagi nasihat apa yang akan jadi kalau ko buat macam itu dan ini.

Power semua orang nak power. Tapi kita yang tak berapa nak jutawan ni, kena la ada limitnya. Apa guna kalau power tapi power yang dapat kita rasa tak lama. ORang jutawan tu, enjin dorang tahan tengoklah apa barang dia pakai. Dart Sleeves la, Golden Eagle la, apa macam mak nenek lagi dia pakai. Kita? Tu la blok yang kita ada. Kita modal tak berapa nak banyak jangan la. Maximum piston boleh sumbat 83mm kita hentam 85mm gak. Sebab nak ikut member yang pakai blok atau sleeves terbaek tu. Reliability takde bro...takde. Pastu kaki berat macam badak air. Tau nak menekan jek. Mau tak pecah. Lepas tu dah pecah paksa pomen buat cepat. Sanggup lari tukar pomen sebab pomen tak bleh nak buat kereta banyak beratur. Lu ingat lu special ke? Akhirnya kereta dah berapa lama tak siap, mood main kereta dah takde. Punca, tak faham karektor enjin korang. Tahan ke tak kalau kita buat modification macam tu.

Aku membebel macam bagus ni sebab ramai sangat dah aku tengok perangai macam tu. Aku membebel supaya kita yang tak berapa nak jutawan ni biar ada limitation sikit. Biar diri tu paham sikit karektor enjin. Ni bila takde ilmu bila mekanik kata macam ni ko paham kot lain. Tak pasal - pasal mekanik gak yang kena. Relax, main kereta ni satu hobi. Satu benda kita patut mendapat ilmu bukannya hentam saja. Nama pun hobi. Pakcik - pakcik yang hobi main pancing pun tahu, pakai mata kail ni apa jadi. Takde untuk laut dalam dia hentam kat sungai. Macam tu juga lak kita.

Ok la..setakat ni je la. Next time ada lagi. Saja share pendapat aku.

MOTORSPORT FOR LIVE!!

No comments:

Post a Comment