Sunday, January 16, 2011

Aktivism Dalam Motorsport

Motorsports kerap dipandang serong oleh sesetengah pihak. Motorsports selalu dipandang hina oleh sesetengah pihak. Sering sahaja label - label negatif dilemparkan kepada mereka yang berkecimpung dalam dunia ini. Jahat, kaki perempuan, gangster, judi, dadah, dan pelbagai label negatif dilemparkan. Semuanya kerana permainan cerita - cerita yang dimainkan dengan wayang. Asal sebut saja mengenai motorsports baik kereta mahupun motor terus digambarkan ganas tak bertempat. Ya, memang nampak cool tapi impaknya besar.

Hari ini aku nak tulis bagi semua yang suka menuding jari dan melabelkan mereka yang berada dunia motorsport dengan label - label jahat. Ya memang benar wujud segelintir mereka yang jahat. Tapi tak semua. Ramai diluar sana yang masih punyai jiwa yang baik dan benar - benar ikhlas memperjuangkan motorsport di dalam negara ini. Mereka ini tidak pernah merasa penat untuk mengadakan sesuatu acara agar anak - anak muda sekarang tidak terjebak dengan aktiviti haram. Atas dasar minat yang mendalam mereka tidak pernah berhenti menganjurkan sesuatu acara.

Dari orang lama hingga ke baru. Memperjuangkan motorsports seolah telah melekat dalam darah mereka. Zerotohundred, Ignition.my, MUSC dan ramai lagi, mereka tidak pernah jemu menganjurkan apa saja acara atas nama motorsports. Dari Saturday Night Fever hinggalah perlumbaan drag, semuanya dianjurkan oleh mereka yang tidak bernaung di bawah pengurusan litar Sepang. Duit sendiri mereka keluarkan dan mereka berusaha memastikan acara yang mereka jalankan lancar dan berjaya. Usaha mereka telah menyebabkan mereka yang selama ini berhabisan ribuan ringgit untuk kenderaan mereka sekurangnya ada tempat untuk mencuba kenderaan masing - masing.

Aku mengangkat mereka ini sebagai aktivis motorsports. Jika selama ini kita hanya mendengar aktivis politik, aktivis teater, aktivis masyarakat, aktivis hak asasi rakyat dan bermacam lagi aktivis. Tapi tiada siapa yang mengangkat mereka menjadi aktivis. Apakah kerana mereka tidak mendapat ruang di media perdana menyebabkan mereka tidak diangkat sebegitu rupa. Sedangkan mereka semua ini berusaha menolong kerajaan untuk mengurangkan kadar lumba haram yang sekarang ini berleluasa. Kenapa usaha murni mereka ini tidak dipandang mulia. Sudah tiba masanya kita semua mengangkat mereka sebagai aktivis. Letakkan mereka ditempat sewajarnya agar usaha mereka selama ini tidak sia - sia. Sudah pasti mereka tidak memohon agar mereka dipandang sebegitu rupa tapi kita harus mengangkat mereka ini. Ketika motorsports tidak dipandang mulia mereka tetap tidak jemu dan berusaha sepenuh hati untuk mengangkat martabat dunia ini.

Aku menghormati mereka. Ikhlas, kerana aku terharu walaupun mereka tidak popular seantero negara (walaupun mereka cukup popular di kalangan peminat motorsports), tapi tidak pernah menghiraukannya. Sebaliknya mereka tetap memeriahkan dan memperbanyakkan aktiviti motorsports. Kalau ditakdirkan mereka tiada jangan harap kita dapat melihat aktiviti - aktiviti begitu. Aku bukan mahu membodek mereka, lagipun kalau bodek apa yang aku dapat. Tapi biarlah aku menjadi orang pertama untuk mengangkat mereka ke martabat yang sepatutnya. Biar mereka merasa diri mereka dihargai. Biar mereka merasakan segala usaha mereka tidak sia - sia.

Buat mereka yang berkenaan, anda kalian semuanya adalah aktivis motorsports. Aku menyamakan kamu semua sama dengan aktivis - aktivis yang ada dalam dunia ini tidak kira lapangan mana mereka perjuangkan. Terima kasih. Moga usaha anda suatu hari nanti mendapat tempat dalam masyarakat kita. Terima kasih berusaha untuk membuka mata masyarakat bahawa dunia motorsports bukanlah sekeji macam dalam filem. Terima kasih kerana mengangkat dunia motorsports di tempat sewajarnya.

Terima kasih.

MOTORSPORTS FOR LIVE!!

Saturday, January 15, 2011

Saturday Night Fever : Round 1 (Race Day)

Salam,

Fuh selesai sudah Saturday Night Fever Round 1. Pusingan pertama yang mendapat sambutan yang bagus. Jumlah penyertaan 150 buah kereta. Jumlah crowd yang lebih dari pusingan Preview. Sudah mula nampak kelibat orang - orang lama dalam dunia motorsports macam Pak Latip Of Lydia Racing, Uncle Charlie of Matspeed, Francis Motor (ni gua baru tau sebab terserempak kat tempat dyno tu pun Ali Prodrag bagitau kehkehkeh).

Ok sebelum tu preparation untuk Evotec Autoparts dan proDRAG Motorspors semuanya telah dilakukan mengambil masa seminggu. Dari pengukuhan chasis sampailah mencari handling yang tepat. Oh ya, tak lupa memantapkan sedikit horsepower yang ada. Ya lah, dengan bernadikan 1.6cc dan nak berdepan dengan 2.0 cc. Harus diperah tenaga yang ada pada 1.6cc ini. Old type-R vs. new generation type-R. Dari sudut kekuatan CC, semuanya agak mustahil. Dari sudut horsepower, semuanya mustahil. Tapi kekuatan utama Civic EK9 selain daripada ringan, sistem suspensi dan handling yang terbaik. Hanya itu saja yang dapat memastikan tak kena hentam jauh - jauh.

Sememangnya terbukti, dengan kekuatan 1.6cc sahaja Civic EK9 yang dipandu oleh Ali Prodrag telah berjaya mencatat masa sama dengan jentera dari DC5 dan FD2R. Lingkungan masa yang diambil pada heat/saringan terakhir adalah 1:22 saat. Memanglah tak dapat mengejar top 3 diatas. Semuanya telah fully loaded dengan barang - barang yang tersangat gangster. Civic EK9 hanya berbekalkan Hondata sahaja. Jadi, semuanya bukan semata - mata mengenai power tapi harus bergantung juga pada handling yang tepat. Power campur handling yang tepat pasti menghasilkan sesuatu yang baik.

Buat organizer, secara keseluruhan amat baik. Walaupun ada cacat - cela sedikit sebagai contoh janganlah terlalu berkeras sangat dengan orang yang sakit untuk ditempat parking. Tengok dari fizikal cara dia berjalan pun dah tahu dah. Dah tahu masa singkat, cuba pendekkan waktu - waktu yang membazir masa. Contohnya free running, dari sejam kepada 30 minit saja. Line up semua kereta di trek cuba lakukan selepas semuanya telah selesai. Waktu DJ Legend Sutan tengah mengomel, cuba perlahankan audio muzik. Ini race, muzik yang paling menarik buat para peminat motorsports adalah deruman ekzos. Tak bererti suruh tutup terus. Tapi biarlah slow sikit. Itu sahaja cadangan daripada aku sebagai penonton. Bukan apa, aku melihat event yang pernah menjadi besar di Batu Tiga harus menjadi besar juga di Sepang. Secara keseluruhan acara pada kali ini sukses walaupun ada salah seorang komittee yang agak kerek sikit ketika menjawap sesuatu di Facebook. Change lah bro, because of you, people will fuck off all of you. Sorry tergarang sikit.

Okay secara overall, mantap. Harap berjumpa pada pusingan seterusnya. Bulan 3, harap dapat menyertainya juga walaupun skill berlumba macam baru ambil lesen P. Evotec Autoparts dan proDRAG Motorsports kasi upgrade sikit itu 1.6.

Ok setakat ini, harap enjoy tengok gambar yang tak berapa nak cantik sebab pakai camera handphone.


Atas machine Dyno @ Millenium



HONDATA Tuned by Ali Prodrag Motorsports



menuju ke Sepang Circuit



The Heat is On


MOTORSPORTS FOR LIVE!!

Thursday, January 13, 2011

Saturday Night Fever : Round 1 (2)

Salam,
Okay hanya untuk menghangatkan keadaan lagi. Saturday Night Fever secara rasminya akan memulakan pusingan pertama. Dijangka ratusan kereta akan menyertai pertandingan ini. CamproChase kategori dah penuh, FrontWheel Festival dengar khabar pun dah penuh (dengar khabar je), kategori 1.8 akan wujud fighter 1.8 Gsr Turbo yang menggunakan body Satria Neo.

Bagi Amat Evotec Autoparts dan proDRAG Motorsports, turut akan menyertai pusingan pertama ini. Masih mengekalkan Honda Civic EK9 (original straight from Japan). Harapan dapat memberi saingan pada K-Series gang.

Okay, setakat ini aku menulis, mungkin penulisan seterusnya selepas hari perlumbaan.

Selamat jumpa lagi..

MOTORSPORTS FOR LIVE!!


Kredit to Reza Hassan

Saturday, January 8, 2011

Saturday Night Fever : Round 1 (1)

Salam dan selamat sejahtera,
Artikel baru untuk tahun 2011. Semoga semua selamat maju jaya. Kereta anda semua macam mana? Sihat? Mantap? Berapa kuasa kuda dah naik? Pakai rim apa? Management apa dah masuk?

Ok, selepas kejayaan menganjurkan Saturday Night Fever : Preview, pihak penganjur Ignition.my terus menganjurkan Saturday Night Fever : Round 1. Dengan penambahan beberapa kategori. Semuanya kerana penyertaan yang mula mendapat sambutan daripada mat - mat kereta yang selama ini merempit di jalanraya selepas trak Batu Tiga kena roboh.

Ini adalah senarai kategori - kategori yang bakal dilangsungkan :

o SuperCompact/SuperMini (TBC)
o Campro Chase
o Street 1.8 Open (FWD, RWD, 4WD; high-volume unibody monocoque chassis only)
o FF Festival
o RWD Pursuit
o 4WD Battle
o Racing Cars
o SuperStreet Open(FWD, RWD, 4WD; street only)
o EuroCup (Saloon street cars; high-volume unibody monocoque chassis only)


Ok...aku hanya nak sembang pasal SuperCompact dan 1.8 Open. Kategori baru yang aku rasa amat menarik. Sudah pasti mengundang ramai peserta.

Kategori SupecCompact khas kepada K-Car. Tapi untuk YRV 1.3 Turbo..kasi masuk kategori SuperStreet, FF atau 1.8. CC korang besar sangat. Dengar khabar kategori SuperCompact dah mencecah 13 penyertaan. Malah dikatakan akan bertambah. Cepat dan harus cepat. Hanya 20 tempat saja disediakan.

Kategori 1.8 pula akan mengundang ramai penyertaan dari Proton Satria GTi, Honda EK yang berCCkan 1.8, BlackTop from Toyota dan beberapa biji Campro. For Hondas, 4g93s..beware. Dont look down Campro boys. Mereka mencatat masa akan menakutkan. Hati - hati. Jangan sampai kena tapau.

Jadi..setakat ini aku menulis. Artikel demi artikel akan dikeluarkan sampai round 1.

KALAU AKU RAJIN!!

MOTORSPORT FOR LIVE!!