Monday, February 22, 2010
Lembah Kelang Trek Untuk Drag?
Trek Untuk Lumba Drag Di Sandakan, Sabah
Trek Di Kampung Gajah Perak
Hari ini aku nak menulis mengenai menyuarakan suara anak - anak muda yang teringin sangat nak berlumba. Berlumba dalam jarak dari bengkel, dari rumah, dari mana sahaja dekat dan mampu buat mereka.
Aku tulis ni bukan nak declare war dengan Sepang International Circuit. Trek di Sepang sememangnya high class dan memang world class. Tapi...ada tapi dia. Cuba tanya pada mereka yang pro dalam perlumbaan drag. Adakah sesuai trek ini digunakan untuk berlumba. Adakah tar yang digunakan sesuai untuk memberi cengkaman yang cukup untuk kereta yang berkuasa 900hp - 1000hp? Apakah jarak yang diberikan untuk kenderaan masing - masing untuk berhenti cukup jika para pelumba memecut hingga ke tahap maksimum?
Tanya mereka dahulu...
Para mekanik bukannya tidak bagus. Sudah ramai yang mampu menghasilkan kuasa kuda yang menggila. 1000hp? Petik jari sahaja. Namun untuk mencatatkan masa bawah 8 saat teramat susah. Sedangkan di Thailand, kereta yang hanya mempunyai 600hp mampu mencatat masa sepantas 8 saat. Kerana apa? Kerana trek yang ada pada mereka mampu memberi cengkaman yang mencukupi, jarak yang selamat untuk para pelumba berhenti namun tidak sesekali membuat mereka untuk teragak - agak untuk menekan pedal semaksimum mungkin hingga ke garisan penamat.
Aku cemburu dengan sahabat - sahabat para pelumba/mekanik/tuner drag di Sabah dan Perak dan di mana sahaja trek yang sesuai untuk drag disediakan. Mereka berpeluang untuk mencatatkan masa yang lebih pantas dari kita yang berada di Lembah Kelang. Tidak percaya?
Dengan hanya menggunakan kenderaan macam Hilux, Triton sahaja mereka mampu mencatatkan masa yang teramat menggerunkan. 9 saat untuk kenderaan yang dah macam lori. Sebab apa? Sebab mereka mampu memecut semaksimum kerana jarak yang diberikan cukup.
Entahlah....bukan nak meminta lebih - lebih. Tapi bagi kami satu trek yang bagus supaya kami dapat menunjukkan kepada dunia luar. Hey we Malaysian can get better time than you all. Sukan drag sebenarnya popular di Thailand, Australia dan sememangnya di Amerika Syarikat.
Harap - harap adalah orang mendengar suara para peminat drag dan khasnya pelumba/mekanik/tuner perlumbaan drag.
Motorsport FOR LIVE!!
Labels:
Drag Battle
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gempak dow.... sabah. dlm hutan pun ada track mcm kat us.. kat semenanjung ada time pun slalu rosak.. tolonglah kbs buat satu kat semenanjung.. xde ke jutawan2 kat sini nk buat trek.. bg aku yg handle.. dh tentu meriah.
ReplyDelete-ali-
tau takpa..mmg gempak.
ReplyDeletekita KL nie..bersepah time kita dapat.
KBS harap - harap faham la...ni je satu cara nak kurangkan lumba haram kat jalanraya.
Tq bro