"Today, man, I’m sad to say…it’s just not the same anymore. People don’t build cars for themselves anymore, they don’t build it for fun. It’s become so competitive that people don’t even spend time to sit back and enjoy their cars anymore." - The Chronicles
Motorsport adalah satu dunia dimana semua insan tak kira apa jenis kenderaan mereka pandu berkumpul dan berbincang antara sama lain. Berbincang dari sudut teknikal, prestasi dan sebagainya.
Inilah dunia dimana manusia tidak kira apa jenis pandangan politik mereka akan duduk berkumpul dan bersembang hingga ke pagi. Atas nama cintakan motorsport. Dunia yang penuh seni dan berilmu. Ya, sound a lil bit poyo. But thats the fact. Manusia yang tidak pernah ambil ilmu permotoran akan duduk berbincang untuk mengetahui kemampuan enjin semampu mungkin. Yup...itulah realitinya.
Tapi sekarang...semua itu sudah tidak berlaku. Aku ingat bagaimana aku dengan berbesar hati menceritakan apa yang aku sudah buat enjin yang aku miliki sekarang ini atas nama persahabatan dalam dunia ini. Namun apa yang dibalas? Berahsia tak ingat. Kenapa? Takut bila berlumba sesama sendiri dia kalah. Kenapa kalah? Sebab aku tahu rahsia dia...WTF!!
Apa nak buat itulah realitinya. Hanya segelintir yang sanggup bersembang dan berbincang dengan aku mengenai jentera yang dia pakai. Boleh kira dengan jari. Yang lain? Sampah. Dunia motorsport SEKARANG boleh menyebabkan kita berpecah sesama sendiri. Kawan yang ikhlas dalam persahabatan motorsport ini akhirnya hanya bertepuk sebelah tangan. Kawan yang seorang lagi? Tidak ikhlas. Menganggap kita sebagai orang luar. Sedih tak?
Tapi itulah hakikat terjadi sebenarnya.
Motorsport in our scene no longer used to be like 5-10 years ago. People have changed. They were competing with each other. Art in this world has been lost.From hobby turned into a passion to beat their own friends. The aim is to embarrass their friend. So they can bahan you KAW KAW...WTF!!
Hey .. when you're in the track, baru kita berentap sesama sendiri dan selepas itu berbincang kenapa kereta kau laju kenapa kereta aku lemau gear tiga. Bukannya bila dah menang dengan rakan seperjuangan mulut bau longkang....Damnnnn...
Entahlah...disebabkan perangai busuk macam inilah, kawan bertukar jadi musuh dalam diam - diam.
Motorsport sepatutnya indah. Itulah dunia sebenar motorsport. Tempat kita dengan sahabat kita berbincang seikhlas mungkin dan tidak pernah menganggap itulah musuh kita walhal dia merupakan sahabat kita.
MOTORSPORT FOR LIVE!!
No comments:
Post a Comment