Saturday, December 25, 2010

Saturday Night Fever is Back (4) : Race Day!

Salam,

Ketika artikel ini ditulis, perlumbaan yang penuh nostalgia di trek Batu Tiga yang kini telah dihidupkan kembali telah pun selesai. Acara yang tersangat hebat dan seronok. Sememangnya acara ini menghidupkan kembali semangaat mahu berlumba di trek.

Penyertaan masih kurang mungkin kerana acara ini baru diperkenalkan. Bagi peminat trek pasti ianya yang ditunggu - tunggu. Bagi yang kurang meminati trek mungkin kurang meminati acara ini. Tapi bila dah tengok pasti semangat mahu berlumba tinggi.

Aku menemani team proDRAG Motorsport dan Evotec Autoparts yang telah menghantar jentera Honda Civic Type-R EK9. Ya, dengan jentera masih lagi standard sudah tentu nak menang pada malam ini teramat jauh lagi. Kehadiran team tersebut selain memanaskan badan, kehadiran pasukan ini lebih semata kepada hiburan.

Buat penganjur Ignition.My, tahniah! Acara ini memang gemilang. Walaupun ada cacat - celanya seperti pemandu tetap kena bayar RM 30.00 walaupun second driver tapi second tetap juga membayar sebanyak RM150.00. Diharapkan bila second driver dah bayar tu, tak payah la nak charge lagi. Just my opinion.

Buat pasukan Evotec Autoparts, tahniah. Anda berjaya mendapat secara puratanya tempat keempat. Dengan jentera 1.6 yang terpaksa berdepan dengan enjin yang berkapasiti 2.0, masih lagi mampu berada di depan hatta di depan Integra DC5. Buat Ali Prodrag, siapa kata skill engkau dah kurang. Masih gempak macam dulu.

Tak nak menulis lagi. Mata dah berat. Mahu tidur. Aku masukkan gambar dan selamat menengok gambar tersebut.



















Proton Waja 1.6 Campro milik Uncle Charlie MatSpeed, gempak. Dengan rim 17 cap taiwan, tayar entah apa - apa, dengan tingginya. Tapi menang tempat pertama kategori Campro. Laju dan driver excellent. Goodjob Megat!!


BULAN JANUARI KITA JUMPA LAGI!!!

MOTORSPORT FOR LIVE!!

No comments:

Post a Comment