Namun semuanya tinggal kenangan apabila Trek Batu Tiga telah dirobohkan. Maka suasana hiruk - pikuk, deruman ekzos 4G15, 4G92, 4G93, VTEC dan Turbo yang mengelilingi satu trek penuh semuanya menjadi kenangan. Tanyalah kepada siapa yang pernah menyertai atau menonton di trek tersebut. Semuanya pasti akan merindui saat - saat tersebut. Dengan suasana yang cukup friendly dikalangan pemandu, pembuat enjin merangkap tuner dan penonton. Trek tersebut memang sentiasa dirindui dan diingati oleh mereka yang pernah menjejakkan kaki disana.
Semuanya kerana satu acara yang menjadi acara wajib di trek tersebut. Setiap malam minggu pasti trek tersebut penuh dengan kereta - kereta yang telah diubah-suai untuk berentap secara SAH di trek tersebut. Ratusan kereta akan menyertai acara tetap tersebut. Yup, SATURDAY NIGHT FEVER!! Acara wajib buat para pelumba. Setelah trek tersebut dirobohkan atas nama pembangunan, acara wajib tersebut terus hilang. Sunyi. Kosong.
Sekarang pada tahun 2010, setelah bertahun lamanya acara wajib tersebut hilang dari kalendar dalam dunia motorsport, acara tersebut sekarang telah dihidupkan kembali. Acara tersebut telah dilahirkan oleh mereka yang pernah menjadi saksi kegemilangan dunia motorsport buat anak - anak muda dan OLD TIMERS. Yup, SATURDAY NIGHT FEVER IS BACK!!
Aku pasti dan yakin mereka yang pernah berentap di Trek Batu Tiga di dalam acara tersebut pasti akan mula mengingati saat - saat ketika sedang enak berentap di setiap selekoh yang mencabar di trek tersebut. Berlumba diwaktu malam. Melalui selekoh 9 dengan kelajuan yang maksimum. Berebut keluar di selekoh 14 yang menuju ke garisan utama. Sudah pasti keinginan untuk menjadi seperti itu akan muncul dan bangkit kembali.
Aku sebagai penonton sudah dapat membayangkan. Deruman ekzos dan ngauman enjin yang panjang di seluruh Trek Sepang. Gelak tawa, kagum, adrenalin dan pelbagai perasaan pasti akan wujud kembali.
Aku cuma mengharapkan OLD TIMERS macam Pak Latip Lydia Racing, Pakcik Zul GARANG RACING, JC Racing (AMOIL), 3 adik - beradik (Aki, Ali Prodrag dan Maddiah) yang berlumba ketika usia masih belasan tahun di trek Batu Tiga, Fadzil Alang, Uncle Charlie MatSpeed, Anuar Motorsport, dan ramai lagi muncul kembali. Kehebatan anda ketika waktu itu telah menjadi satu penanda aras buat anak - anak muda yang masih kecil, remaja dan lain - lain untuk jadi seperti itu. Aku juga mengharapkan pihak penganjur memanggil semua mereka itu untuk kembali. Kemunculan mereka ini pasti akan menghidupkan kembali suasana Saturday Night Fever sebagaimana di Trek Batu Tiga.
Okay lah, cakap banyak tak guna. Kita jumpa nanti di Sepang.

p/s aku minat betul acara pada pukul 9.30 malam...TERBAEKKK hahahaha
untuk maklumat lanjut sila ke link ini : Ignition
gua terkenang trek tu la yg sampai kat blog nih...
ReplyDelete