Kenapa Proton Satria? Apa istimewa model ini? Kenapa tidak Honda sahaja? Kenapa tidak itu tidak ini.
Engine builder / tuner yang bagus akan sentiasa mencari ruang untuk memajukan diri. Dari sudut pembinaan enjin hinggalah ke badan kereta. Mereka akan cuba menjadi sejarah dengan membuat lain dari yang lain. Ada kalanya cubaan mereka akan gagal dan akan dicemuh kerana tidak mahu mengikut arus. Tapi kalau berjaya pujian melambung akan diberikan. Itu lumrah. Jadi baik mencuba dari buat benda yang sama sahaja.
Baik kenapa Satria? Proton Satria dipilih untuk projek kali ini kerana Proton Satria mempunyai berat 1005kg sahaja berbanding Honda Civic EK9 1052kg. Dalam dunia perlumbaan berat sesuatu jentera merupakan antara salah satu elemen atau aspek terpenting. Power to weight ratio. Lagi ringan sebuah jentera lagi pantaslah ia bergerak. Dengan berat badan 1005kg ianya agak memudahkan kita melakukan sedikit "diet". Dengan target berat badan 900kg, proses kearah itu agak mudah dilaksanakan. Jadi untuk merealisasikan maka Proton Satria dibeli dari seorang sahabat jauh. Setibanya jentera ini ke Sunway, kami tahu ada beberapa perkara yang harus dilakukan. Pemeriksaan demi pemeriksaan harus dilaksanakan sebelum jentera ini beraksi cemerlang. Untuk PART 2 kita ceritakan proses membaraikan (hah..menanggalkan ayat sebenarnya hehe) bahagian luaran. Tujuan? Selamat membaca.
Sesi pertama adalah sesi menurunkan enjin dan menanggalkan apa yang patut. Keadaan body ini masih lagi dalam keadaan yang mantap. Makna kata tidak perlu antar ke kedai untuk menampal apa yang patut. Chasis masih lagi dalam keadaan normal. Enjin 4G13p bakal digantikan dengan enjin yang lebih berkuasa. Proses menanggalkan apa yang patut mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mungkin lama bagi setengah pihak, namun untuk memastikan pemeriksaan terhadap badan jentera ini haruslah dilakukan secara teliti. Setiap sambungan harus diperhatikan dengan tajam. Hasil daripada pemeriksaan rapi di setiap penjuru struktur badan kereta ini ternyata ianya tidak memberikan masalah. Siapa mahu keadaan chasis sesuatu kereta atau jentera dalam keadaan bermasalah. Letih nak melayan. Selesai satu bab!
Ramai yang menanyakan enjin apakah yang bakal diguna-pakai? Heheh tunggu. Bagi yang tahu relax relax sudah. Yang tak tahu, tunggu update seterusnya. Apa yang pasti, kemunculan kali ini harus meninggalkan sejarah. Macam Honda Civic EK9 SNF, sampai orang kata "Dia ni 2liter bro"..kehkehkeh.
Adios..
MOTORSPORTS FOR LIFE!!
No comments:
Post a Comment