Salam,
Tahun 2010 hampir tamat. Setelah kita lalui sebanyak 365 hari. Banyak pahit-manis yang terpaksa kita hadapi sepanjang tahun ini. Aku secara peribadi mampu menarik nafas lega dan memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi. Semuanya kerana tahun 2010, perkara yang aku telah senaraikan untuk dilaksanakan berjaya ditunaikan.
MOTORSPORTS
Tahun 2010, ada beberapa perkara dalam dunia motorsport telah berjaya aku laksanakan. Dari pemasangan barang - barang yang dari dulu aku inginkan sampailah niat aku untuk melihat orang yang penting dalam hidup aku (khasnya dalam dunia motorsports) kembali beraksi, akhirnya menjadi realiti.
Niat untuk memerhatikan aksi motorsport di era kegemilang trek Batu Tiga akhirnya menjadi realiti. Niat untuk menyaksikan orang - orang lama kembali beraksi dalam dunia motorsport telah menjadi kenyataan. Niat aku untuk melihat trek Sepang digunakan dengan kadar kos yang rendah telah menjadi realiti. Banyak artikel aku tulis untuk Kementerian agar trek murah dibina (1, 2).
Walaupun pihak terbabit hanya menjemput aku ke Forum di Seri Kembangan, namun syukur ada orang telah menggerakkan hati seseorang untuk menganjurkan satu pertandingan yang pernah menjadi acara wajib di Lembah Klang satu ketika dahulu. Dengan wujud pertandingan atau macam ini, suasana, mood, dan scenes di Lembah Klang akan menjadi kembali meriah. Pertandingan yang pernah wujud di trek Batu Tiga dahulu telah ramai melahirkan otai - otai dalam motorsports. Dari JC Racing (Amoil, Ajak Musang, Pak Latip (Lydia Racing), Ali proDRAG (proDRAG Motorsports), Uncle Zul (Garang Racing), Faidzil Alang, Tengku Djan, Uncle Charlie (MATSPEED) dan ramai lagi. Semenjak trek Batu Tiga ditutup, otai - otai yang bermain dalam dunia litar penuh telah senyap. Muka baru yang bermain untuk litar penuh semakin lembab (ada bukannya tiada). Diharapkan dengan wujudnya aktiviti sebegini. Senario Motorsport Malaysia akan kembali gemilang. Buat pengurusan Sepang, tolong jangan buat hal. Sila perhatikan kelemahan anda kalian menganjurkan Sepang Drag Battle.
Untuk diri aku, kereta yang sekian lama taat berkhidmat. Bolehlah satu dua barang aku letak. Dari ignition hinggalah ke Piggyback. Semuanya telah dilakukan dalam masa setahun. Bunyi macam hebat. Sebenarnya tak. Aku ni bukanlah insan berduit. Jadi untuk melakukan modifikasi secara ekstrem memanglah aku tak terbuat. Cuma aku suka kata - kata seorang kenalan yang berusia 40an yang mempunyai hobi bermain superbike. Dia selalu cakap "Jadikan benda yang kau minat ini sebagai hobi. Jangan jadikan ianya satu kemestian". Ya benar, akhirnya membuatkan aku yakin, aku akan bermain hobi macam ini hinggalah tahap lutut aku tak boleh pijak clutch lagi.
Harap tahun hadapan, niat untuk menaikkan prestasi handling dapat dilaksanakan secepat mungkin. Mudah - mudahan ada rezeki...Amin...
KEHIDUPAN @ LIFE
Aku sering dinasihatkan oleh beberapa teman. Hidup ini tak bermakna kalau sekadar hanya untuk berseronok. Beranak, belajar, kahwin, seronok lepas itu mati. Macam kambing. Tapi kalau kita pandai bahagikan maka kita akan jadi manusia yang kualiti. Dia selalu pesan, jangan lupa tanggungjawap kau sebagai Muslim. Bantu orang Muslim yang lain jika mereka dalam kesusahan. Kalau kau buat semua benda itu, maka hidup kau akan tenang. Apa yang inginkan akan datang dengan lebih cepat.
Aku tidaklah ada niat nak menunjuk (sekarang ni kena bagitau clear..nanti akan jadi mangsa umpatan). Tapi bagi aku, itulah sebaik perkara yang kena buat. Tolong orang sejauh mana kita mampu buat. Jangan biarkan orang lain dalam kesusahan. Agar kita bukan sahaja dihormati tapi akan diingati zaman - berzaman. Tapi kenalah ikhlas. Kalau niat untuk berlagak. Minta maaf. Tapi itulah, hidup ini biar bermakna dalam apa jua kita buat. Jangan sekata, sebab nanti cepat bosan. Jangan seronok sangat. Pandai bahagikan masa. Dari sebagai seorang Muslim sampailah ke ahli keluarga.
From Motorsports To Life
2010, banyak pahit dan manis. Lalui dengan tenang. Kutukan, pujian, umpatan dan kata - kata manis semuanya harus dilalui dan telah dilalui dengan tenang. Kalau kita punya akal yang baik dan jiwa yang besar segala kata - kata negatif kita akan tepis dan buat tak tahu.
Buat proDRAG Motorsports, moga maju jaya selalu. Tahun depan moga bertambah sukses. Kata keji dan nista orang luar cakap, pedulikan. Tahun depan lumba saja kerja. Dari drag ke track. Lumba dan terus lumba. Moga proDRAG Motorsports terus kedepan.
Buat rakan - rakan lain, teruskan hobi. Jangan berhenti setengah jalan. Teruskan bermain dalam dunia motorsports walaupun kita ni tak segempak mana, tapi jadikan ianya sebagai hobi yang berterusan. Teruskan hidup ini dengan lebih baik dan bermakna.
Moga tahun depan, semuanya akan lebih sukses. Moga Tuhan merahmati kita semua.
Moga tahun depan, trek murah dapat dibina.
Tuesday, December 28, 2010
2010 : From Motorsports to Life
Labels:
2010,
Motorsport,
proDRAG
Saturday, December 25, 2010
Saturday Night Fever is Back (4) : Race Day!
Salam,
Ketika artikel ini ditulis, perlumbaan yang penuh nostalgia di trek Batu Tiga yang kini telah dihidupkan kembali telah pun selesai. Acara yang tersangat hebat dan seronok. Sememangnya acara ini menghidupkan kembali semangaat mahu berlumba di trek.
Penyertaan masih kurang mungkin kerana acara ini baru diperkenalkan. Bagi peminat trek pasti ianya yang ditunggu - tunggu. Bagi yang kurang meminati trek mungkin kurang meminati acara ini. Tapi bila dah tengok pasti semangat mahu berlumba tinggi.
Aku menemani team proDRAG Motorsport dan Evotec Autoparts yang telah menghantar jentera Honda Civic Type-R EK9. Ya, dengan jentera masih lagi standard sudah tentu nak menang pada malam ini teramat jauh lagi. Kehadiran team tersebut selain memanaskan badan, kehadiran pasukan ini lebih semata kepada hiburan.
Buat penganjur Ignition.My, tahniah! Acara ini memang gemilang. Walaupun ada cacat - celanya seperti pemandu tetap kena bayar RM 30.00 walaupun second driver tapi second tetap juga membayar sebanyak RM150.00. Diharapkan bila second driver dah bayar tu, tak payah la nak charge lagi. Just my opinion.
Buat pasukan Evotec Autoparts, tahniah. Anda berjaya mendapat secara puratanya tempat keempat. Dengan jentera 1.6 yang terpaksa berdepan dengan enjin yang berkapasiti 2.0, masih lagi mampu berada di depan hatta di depan Integra DC5. Buat Ali Prodrag, siapa kata skill engkau dah kurang. Masih gempak macam dulu.
Tak nak menulis lagi. Mata dah berat. Mahu tidur. Aku masukkan gambar dan selamat menengok gambar tersebut.
Proton Waja 1.6 Campro milik Uncle Charlie MatSpeed, gempak. Dengan rim 17 cap taiwan, tayar entah apa - apa, dengan tingginya. Tapi menang tempat pertama kategori Campro. Laju dan driver excellent. Goodjob Megat!!
BULAN JANUARI KITA JUMPA LAGI!!!
MOTORSPORT FOR LIVE!!

Saturday Night Fever
Friday, December 24, 2010
Saturday Night Fever Is Back (3) : Preparation
Salam,
Preparation untuk Saturday Night Fever telah berjalan dengan lancar. Team proDRAG bersama Evotec Autoparts akan menyertai acara yang penuh nostalgia ini pada 25/12/2010.
Pemasangan barang - barang sepatutnya telah dilakukan seminggu lebih. Pemilihan tayar yang tepat, enjin telah di tune supaya kuasakuda adalah lebih sikit.
So malam tadi 24/12/2010, acara pemasangan stiker pada kereta yang bakal menyertai perlumbaan tersebut. Yerp, suasana meriah mula terasa. Adrenalin untuk berentap di Saturday Night Fever mula terasa. Oh ya, mereka berlumba pada malam nanti bukannya semata untuk menang. Lebih kepada untuk berseronok. Jumpa kawan - kawan lama yang pernah sama - sama di Batu Tiga. Buat Uncle Charlie Matspeed. You not alone.
Enjoy the pictures....See U at Sepang. SATURDAY NIGHT FEVER IS BACK!!!
EK9 Original Straight From Japan..not jadian ok.

Saturday, December 18, 2010
Saturday Night Fever Is Back (2)
Salam,
Kepada sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki disana yakni Trek Batu Tiga pasti akan teringat memori deruman enjin pada saat itu. Aku masih budak - budak lagi masa itu. Tapi sudah cukup membuatkan aku sering teringat kepada suasana perlumbaan malam yang tersangat meriah.
Terima kasih kepada Ignition.My yang terdiri daripada otai - otai yang pernah berlumba di trek Batu Tiga. Terima kasih sebab telah mewujudkan kembali satu event atau acara yang pernah menjadi satu acara yang penuh drama dan menjadi nostalgia buat semua mereka yang pernah menonton atau terlibat untuk perlumbaan itu.
Okaylah, aku and the gang (proDRAG Motorsport) akan turun ke Sepang. Sahabat dari Klang akan turut beraksi di dalam acara tersebut. Goodluck untuk Abang Mat from EvoTec Motorsport. EK9 (original straight from Japan not from Singapura) awak tersangatlah handsome.
See All Of You at Sepang..The Most Iconic Event.

GENTLEMEN, START YOUR ENGINE
(sweet memories at Batu Tiga Track)
Labels:
Saturday Night Fever,
Sepang
Sunday, December 12, 2010
Honda Prelude Monster : Power Awakening
Salam,
Hari ni aku nak bercerita mengenai Honda Prelude Bolt-on Turbo. Kalau korang masih ingat entry dulu (sila klik sini), aku ada tunjuk sikit spec Honda Prelude tersebut. Dengan turbo yang sememangnya handsome, saiz piston, managament yang best dan macam - macam lagi. Horsepower yang dijangkakan pada low boost (0.5-0.9 bar) adalah sebanyak 300++whp. Aku ulang sekali lagi LOW BOOST..bukan high boost.
Yup, dengan boost 0.8 bar Honda Prelude tu dapat horsepower yang dijangkakan. Sorry, aku tak dapat post gambar graph masa dyno kat Millenium Motorsport sebab gua sibuk jadi second tuner!!! Amacam gempak tak? Mestilah gempak. Tapi horsepower tersebut masih boleh lagi ditingkatkan dengan syarat ignition ditingkatkan dua kali ganda. Penyelesaiannya? Tak MSD atau AEM. Gila gangster!!
Tuned and Built Up by Ali Prodrag. Tapi muke jangan ketat sangat brader..hahaha
Ok selamat jumpa lagi.

Honda Prelude
Friday, December 10, 2010
Race At Night
Race at night is more extreme and challenging. If one of you join the Saturday Night Fever on 25/12/2010.
Well the adrenalin, excitement will rush up in your head.
Just enjoy the video...
Well the adrenalin, excitement will rush up in your head.
Just enjoy the video...
Labels:
Saturday Night Fever
Thursday, December 9, 2010
Saturday Night Fever Is Back
13 tahun dahulu ketika aku masih berumur 14 tahun, kedengaran suara DJ di Litar Batu Tiga, Shah Alam yang sedang membakar atau menaikkan semangat para penonton yang sedang menyaksikan perlumbaan di waktu malam. Sutan Mustafa ketika itu menjadi DJ yang sememangnya pakar dalam membuatkan orang "berdiri bulu tengkok". Teringat lagi ketika dia selalu membuatkan para penonton yang duduk di grandstand berdiri menantikan kereta - kereta keluar dari selekoh terakhir sebelum menuju terus laju menuju ke laluan utama. Yup, semuanya itu 13 tahun dahulu. Aku masih kanak - kanak. Aku tak kenal siapa itu Pak Latip Lydia Racing Team. Aku tak kenal siapa itu JC Racing (AMOIL) dan ramai lagi ketika itu. Aku pergi ke sana semuanya atas dasar mahu melihat kereta - kereta street tune berlumba semahunya.
Namun semuanya tinggal kenangan apabila Trek Batu Tiga telah dirobohkan. Maka suasana hiruk - pikuk, deruman ekzos 4G15, 4G92, 4G93, VTEC dan Turbo yang mengelilingi satu trek penuh semuanya menjadi kenangan. Tanyalah kepada siapa yang pernah menyertai atau menonton di trek tersebut. Semuanya pasti akan merindui saat - saat tersebut. Dengan suasana yang cukup friendly dikalangan pemandu, pembuat enjin merangkap tuner dan penonton. Trek tersebut memang sentiasa dirindui dan diingati oleh mereka yang pernah menjejakkan kaki disana.
Semuanya kerana satu acara yang menjadi acara wajib di trek tersebut. Setiap malam minggu pasti trek tersebut penuh dengan kereta - kereta yang telah diubah-suai untuk berentap secara SAH di trek tersebut. Ratusan kereta akan menyertai acara tetap tersebut. Yup, SATURDAY NIGHT FEVER!! Acara wajib buat para pelumba. Setelah trek tersebut dirobohkan atas nama pembangunan, acara wajib tersebut terus hilang. Sunyi. Kosong.
Sekarang pada tahun 2010, setelah bertahun lamanya acara wajib tersebut hilang dari kalendar dalam dunia motorsport, acara tersebut sekarang telah dihidupkan kembali. Acara tersebut telah dilahirkan oleh mereka yang pernah menjadi saksi kegemilangan dunia motorsport buat anak - anak muda dan OLD TIMERS. Yup, SATURDAY NIGHT FEVER IS BACK!!
Aku pasti dan yakin mereka yang pernah berentap di Trek Batu Tiga di dalam acara tersebut pasti akan mula mengingati saat - saat ketika sedang enak berentap di setiap selekoh yang mencabar di trek tersebut. Berlumba diwaktu malam. Melalui selekoh 9 dengan kelajuan yang maksimum. Berebut keluar di selekoh 14 yang menuju ke garisan utama. Sudah pasti keinginan untuk menjadi seperti itu akan muncul dan bangkit kembali.
Aku sebagai penonton sudah dapat membayangkan. Deruman ekzos dan ngauman enjin yang panjang di seluruh Trek Sepang. Gelak tawa, kagum, adrenalin dan pelbagai perasaan pasti akan wujud kembali.
Aku cuma mengharapkan OLD TIMERS macam Pak Latip Lydia Racing, Pakcik Zul GARANG RACING, JC Racing (AMOIL), 3 adik - beradik (Aki, Ali Prodrag dan Maddiah) yang berlumba ketika usia masih belasan tahun di trek Batu Tiga, Fadzil Alang, Uncle Charlie MatSpeed, Anuar Motorsport, dan ramai lagi muncul kembali. Kehebatan anda ketika waktu itu telah menjadi satu penanda aras buat anak - anak muda yang masih kecil, remaja dan lain - lain untuk jadi seperti itu. Aku juga mengharapkan pihak penganjur memanggil semua mereka itu untuk kembali. Kemunculan mereka ini pasti akan menghidupkan kembali suasana Saturday Night Fever sebagaimana di Trek Batu Tiga.
Okay lah, cakap banyak tak guna. Kita jumpa nanti di Sepang.
p/s aku minat betul acara pada pukul 9.30 malam...TERBAEKKK hahahaha
untuk maklumat lanjut sila ke link ini : Ignition

Batu Tiga,
Saturday Night Fever,
Sepang
Subscribe to:
Posts (Atom)