Tahun 2010 hampir tamat. Setelah kita lalui sebanyak 365 hari. Banyak pahit-manis yang terpaksa kita hadapi sepanjang tahun ini. Aku secara peribadi mampu menarik nafas lega dan memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi. Semuanya kerana tahun 2010, perkara yang aku telah senaraikan untuk dilaksanakan berjaya ditunaikan.
MOTORSPORTS
Tahun 2010, ada beberapa perkara dalam dunia motorsport telah berjaya aku laksanakan. Dari pemasangan barang - barang yang dari dulu aku inginkan sampailah niat aku untuk melihat orang yang penting dalam hidup aku (khasnya dalam dunia motorsports) kembali beraksi, akhirnya menjadi realiti.
Niat untuk memerhatikan aksi motorsport di era kegemilang trek Batu Tiga akhirnya menjadi realiti. Niat untuk menyaksikan orang - orang lama kembali beraksi dalam dunia motorsport telah menjadi kenyataan. Niat aku untuk melihat trek Sepang digunakan dengan kadar kos yang rendah telah menjadi realiti. Banyak artikel aku tulis untuk Kementerian agar trek murah dibina (1, 2).

Untuk diri aku, kereta yang sekian lama taat berkhidmat. Bolehlah satu dua barang aku letak. Dari ignition hinggalah ke Piggyback. Semuanya telah dilakukan dalam masa setahun. Bunyi macam hebat. Sebenarnya tak. Aku ni bukanlah insan berduit. Jadi untuk melakukan modifikasi secara ekstrem memanglah aku tak terbuat. Cuma aku suka kata - kata seorang kenalan yang berusia 40an yang mempunyai hobi bermain superbike. Dia selalu cakap "Jadikan benda yang kau minat ini sebagai hobi. Jangan jadikan ianya satu kemestian". Ya benar, akhirnya membuatkan aku yakin, aku akan bermain hobi macam ini hinggalah tahap lutut aku tak boleh pijak clutch lagi.
Harap tahun hadapan, niat untuk menaikkan prestasi handling dapat dilaksanakan secepat mungkin. Mudah - mudahan ada rezeki...Amin...
KEHIDUPAN @ LIFE
Aku sering dinasihatkan oleh beberapa teman. Hidup ini tak bermakna kalau sekadar hanya untuk berseronok. Beranak, belajar, kahwin, seronok lepas itu mati. Macam kambing. Tapi kalau kita pandai bahagikan maka kita akan jadi manusia yang kualiti. Dia selalu pesan, jangan lupa tanggungjawap kau sebagai Muslim. Bantu orang Muslim yang lain jika mereka dalam kesusahan. Kalau kau buat semua benda itu, maka hidup kau akan tenang. Apa yang inginkan akan datang dengan lebih cepat.

From Motorsports To Life
2010, banyak pahit dan manis. Lalui dengan tenang. Kutukan, pujian, umpatan dan kata - kata manis semuanya harus dilalui dan telah dilalui dengan tenang. Kalau kita punya akal yang baik dan jiwa yang besar segala kata - kata negatif kita akan tepis dan buat tak tahu.


Buat proDRAG Motorsports, moga maju jaya selalu. Tahun depan moga bertambah sukses. Kata keji dan nista orang luar cakap, pedulikan. Tahun depan lumba saja kerja. Dari drag ke track. Lumba dan terus lumba. Moga proDRAG Motorsports terus kedepan.


Buat rakan - rakan lain, teruskan hobi. Jangan berhenti setengah jalan. Teruskan bermain dalam dunia motorsports walaupun kita ni tak segempak mana, tapi jadikan ianya sebagai hobi yang berterusan. Teruskan hidup ini dengan lebih baik dan bermakna.
Moga tahun depan, semuanya akan lebih sukses. Moga Tuhan merahmati kita semua.
Moga tahun depan, trek murah dapat dibina.